Showing posts with label sosilawati hilang. Show all posts
Showing posts with label sosilawati hilang. Show all posts

September 7, 2010

Polis Jumpa Kereta Datuk Sosilawati Lawiya | Betulke Mereka Diculik?


Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya semakin terungkai apabila  polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.


Sumber Kosmo mengatakan Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.


Sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.
Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Kalau melihatkan dari caranya kereta dijumpai, macam mereka telah diculik sahaja. Apakah yang terjadi sebenarnya ya? Apapun, saya doakan semoga mereka dapat dijumpai dengan selamat dan beraya bersama keluarga tersayang.
P/s : Semakin berleluasa gejala jenayah. Jika benar kes culik, semakin risau sebagai seorang bapa dan suami, jenayah merata-rata. Adakah bumi Malaysia yang indah ini sudah tidak begitu selamat ?

September 6, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya Hilang | Ke Manakah Dia Menghilang?


Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

Terbaca kisah kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang di YanmieOnline dan TheMalaysianInsider , begitu misteri , kehilangan sudah lebih tiga hari namun baru sekarang ianya dilaporkan di media massa/pihak polis . 


Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.

Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.

Sosilawati, 46, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Sumber : The Malaysian Insider-


Fuhh, apakah yang terjadi sebenarnya ya? Adakah mereka telah diculik ataupun saja menghilangkan diri atas sebab-sebab tertentu?


P/s : Jangan selubungi hidup anda dengan Misteri. Semoga Pihak Polis dapat mencari Datuk Sosilalawati Lawiya dan yang lain-lain dalam masa yang terdekat. Raya dah dekat, tentu merekapun mahu beraya bersama Insan tersayang.
Related Posts with Thumbnails