Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya semakin terungkai apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.
Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Kalau melihatkan dari caranya kereta dijumpai, macam mereka telah diculik sahaja. Apakah yang terjadi sebenarnya ya? Apapun, saya doakan semoga mereka dapat dijumpai dengan selamat dan beraya bersama keluarga tersayang.
P/s : Semakin berleluasa gejala jenayah. Jika benar kes culik, semakin risau sebagai seorang bapa dan suami, jenayah merata-rata. Adakah bumi Malaysia yang indah ini sudah tidak begitu selamat ?