Terbaca kisah kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang di YanmieOnline dan TheMalaysianInsider , begitu misteri , kehilangan sudah lebih tiga hari namun baru sekarang ianya dilaporkan di media massa/pihak polis .
Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.
Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.
Sosilawati, 46, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Sumber : The Malaysian Insider-
Fuhh, apakah yang terjadi sebenarnya ya? Adakah mereka telah diculik ataupun saja menghilangkan diri atas sebab-sebab tertentu?
P/s : Jangan selubungi hidup anda dengan Misteri. Semoga Pihak Polis dapat mencari Datuk Sosilalawati Lawiya dan yang lain-lain dalam masa yang terdekat. Raya dah dekat, tentu merekapun mahu beraya bersama Insan tersayang.