September 15, 2010

Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya


Semakin panas dan hangat isu dan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya. Inilah Informasi terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

Pembunuhan Sosilawati: Unit forensik temui beberapa objek dari Sungai Panchau - Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos - Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.



Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek broker tanah RM100j Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta.



Pembunuhan kejam Sosilawati: Rakan sukar percaya suspek pembunuhBekas rakan sekelas suspek yang juga adik kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya tidak percaya rakannya yang dikenalinya sebagai pendiam dan kuat agama itu dikaitkan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan tiga individu lain di sini. 

Nik Shila Kamaruzzaman, 38, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu yang rakan sekelasnya dari Sekolah Seri Langat dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad adalah suspek dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang mendapat liputan meluas pihak media.

Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dalam sungai -  Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.



Kes bunuh Sosilawati: Hentikan sebar SMS boleh cetus api perkauman -  Orang ramai digesa bekerjasama dengan polis supaya menghentikan penyebaran SMS yang boleh mencetuskan api perkauman berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jenayah tidak mengenal kaum, agama dan warna kulit.

Kes bunuh Sosilawati: Mahu ujian di luar negaraKami akan tetap lakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) buat kali kedua di luar negara selepas ini,” tegas Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik yang dipercayai mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya, di sekitar Ladang Kelapa Sawit Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.



Kes bunuh Sosilawati: Rampas tujuh komputer Polis mengambil tujuh komputer peribadi kepunyaan suspek utama kes bunuh, bakar Datuk Sosilawati di pejabat miliknya di Bandar Banting, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.


Muhyiddin kutuk pembunuhan Sosilawati - Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya semalam berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian."



Akaun Facebook kes bunuh Sosilawati makin bertambah -

 Pembunuhan kejam usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain bukan sahaja mendapat  tempat meluas dalam media tradisional dan perbualan hangat khalayak ramai, turut memikat perhatian peminat-peminat beliau di alam siber.

Setakat petang tadi, didapati enam laman sesawang sosial Facebook telah diwujudkan oleh peminat-peminat Sosilawati.
Akaun-akaun Facebook didaftarkan bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama bagi menuntut keadilan dengan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang meragut nyawa mereka.
Salah satu akaun didaftarkan atas nama “Hukum Mati Ke Atas Pembunuh Datuk Sosilawati is on Facebook” – mendapat perhatian meluas dengan mempunyai 13,469 orang yang menanti perkembangan kes ini.

Datuk lawyer ordered killingsThe murder of millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others was carried out under the orders of the Datuk lawyer, identified as the mastermind.


It is learnt that the lawyer had ordered at least three men, believed to be working for him, to carry out the murders at an abandoned house in an oil palm estate in Sungai Gadung.
Entry sebelum ini : 

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya | Pandangan Saya


P/s : Kes berprofail tinggi yang hangat namun apa dah jadi ya dengan kes hangat/sensasi/jenayah sebelum ini seperti Kes Bunuh Nurin Jazlin, Rasuah berprofail tinggi, Kes Rogol dan Pembuangan Bayi yang semakin Kronik? Adakah selepas beberapa bulan, kes inipun akan dilupakan begitu saja seperti kes-kes sebelum ini yang semakin dilupakan dan kesedaran berputik bila kes sebegini muncul kembali?

6 comments:

  1. kes jutawan pasti kena cari sampai dapat pembunuh...

    tapi kalau kes bunuh orang susah??

    ReplyDelete
  2. tq for the link bro...isu ni makin dapat perhatian ramai...semoga kita semua buka mata dan telinga lepas kejadian ni....

    ReplyDelete
  3. Sangat2 mengecewakan perkara sebegini berlaku..

    ReplyDelete
  4. awal-awal panas la cerita nie. makin lama slow la...
    tak ama lepas tue.. lupa terus...

    ReplyDelete
  5. datuk yang upah bunuh tu cne?
    da kene hukum ke?
    sya xtau perkembangan ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails