Showing posts with label sosilawati lawiya. Show all posts
Showing posts with label sosilawati lawiya. Show all posts

September 22, 2010

Laporan Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya


Apakah Perkembangan terbaru Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati ni ya ?. Inilah Laporan terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

1) Kes bunuh Sosilawati: Kontraktor tak pulang-pulang - ati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya,” kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

2) Gelang Emas Berlumpur - Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

3)  Kes bunuh Sosilawati: Polis tidak tutup mata kes babit peguam - Cemuhan pihak tertentu kononnya polis Selangor ‘tutup mata’ terhadap kes membabitkan peguam disangkal apabila enam peguam sudah diheret dan dibicara ke mahkamah atas pelbagai kes penipuan dan penyelewengan. [ Adakah Komen Panas Ini seperti cemuhan yang dimaksudkan itu? ]

4) Pembunuhan kejam Sosilawati: Dua senasib Wati - Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.

Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
 
5) Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis jamin siasatan siap 2 minggu - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata kertas siasatan awal berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pagi semalam untuk diteliti, seterusnya persiapan untuk proses pendakwaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Bakri Zinin) memberi jaminan proses siasatan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu. Ini termasuk laporan lengkap DNA bagi membolehkan proses pendakwaan dimulakan secepat mungkin, katanya kepada pemberita, di sini semalam.
 
6) Sosilawati ikon usahawan wanitaDewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) menyifatkan jutawan kosmetik yang juga pengasas Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu pada 30 Ogos lalu sebagai ikon dan contoh kepada usahawan wanita Bumiputera. 
 
7) Suspek utama tunjuk lokasi baru - Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, membawa polis ke satu lokasi baru di sini semalam, yang menjadi tempat beberapa lagi bahan bukti dipercayai milik mangsa kes bunuh dan bakar itu, dibuang.
 
Entah mengapa hati ini berkata-kata
Suspek utama bakal terlepas kerana bukti tak cukup untuk didakwa
Apa pula kata anda?
Adakah penjenayah akan menerima pembalasan yang sewajarnya?
 
P/s : Tahniah di atas pelancaran Facebook PDRM . Semoga dengan pelancaran ini , kata-kata rakyat dan insan yang mahukan keamanan dan keselesaan dalam melakukan sesuatu lebih didengari.

September 20, 2010

Komen Panas | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Entry Perkembangan Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dirujuk. Agak terperanjat bila menerima komen yang agak panas dari Anonymous. Panjang pula tu, korang tengoklah sendiri :

"Anonymous said...

Saya kasi tahu you all!

Polis Malaysia tak banyak cekap!

Keduanya, saya harap polis negara yang baru boleh pakai punya orang berbanding yang lama punya, Musa. Musa punya mungkin banyak tekanan, jadi dia angkat kaki awal, time2 orang sibuk kes Sosilawati.

Seperti kes dato2 atau orang kenamaan sebelum ini, kes mereka digantung sahaja, paling lekeh pun 5 tahun penjara kepada suspek, hanya kerana mereka ada hubungan dengan orang kenamaan. Tidak hairan I kasi sama you, suspek kes Sosilawati akan jadi macam itu juga. Janganla terkejut nanti!

Satu lagi, mentang2 kes ini libatkan orang terkenal seperti Sosilawati, jadi polis ambil kes ini seriously! You tengok, kes2 orang2 biasa yg dibunuh oleh suspek Sosilawati, polis tiada ambil kes! Why? Sebab dia org2 biasa. Lagipun Sosilawati orang UMNO. Banyak double standard polis kita!

You all comment biasa2, takde fikir2 ka? Cuba buat research dengan guna fikiran sikit. Jangan terima bulat2 dari surat khabar pro kerajaan! Seriously you all are puppets of the country!

Itu ketua polis Jenayah cakap, ini KES SELESAI! Waah, cepat selesai! Tapi itu ketua polis yang baru itu, Ismail, cakap BELUM SELESAI! Kenapa ketua siasatan jenayah cepat2 cakap kes selesai? Kenapa dia cakap JANGAN BUAT TANGGAPAN BUKAN2? Sebab apa tau? Sebab kes ini libatkan..RAMAAAAIIIIII orang kenamaan!!!! You korek lagi kes ini, mana tahu itu Najib terlibat juga! You korek lagi, tahu2 uncle you pun terlibat juga! Mungkin ramai lagi dato2 yang kita kenal terlibat! You all tahu ka? You fikir la you all Malaysians, strictly Chinese, Malays, Indians.

Kes Sosilawati ini slow, sebab Polis banyak simpan rahsia yang tak habis2. Jangan percaya sangat itu semua polis sekarang. Dia orang perut buncit banyak simpan rahsia! "

Fuh, saya taknak komen banyak, kan tak saja-saja saya pula yang kena sumbat dlm ISA. Apa pandangan anda pasal komen Anonymous ini?

P/s : Fuhh, semakin hangat kes ini.Semoga cepat selesai dan semua penjahat dihukum dengan sewajarnya secepat mungkin.

September 17, 2010

Perkembangan Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya



Apakah Perkembangan terbaru  kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya ni ya ?. Inilah Laporan/update terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

1) Kes bunuh Sosilawati: Nyaris jadi mangsa kelima - Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

2) Kes bunuh Sosilawati, pemimpin politik jangan buat tafsiran sendiri - Pemimpin politik di negara ini sepatutnya tidak membuat tafsiran sendiri mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

3) Polis hentikan operasi cari bahan bukti - Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting hari ini


4) Pembunuhan kejam Sosilawati: Sukar dapatkan DNA mangsa - abatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.


5) Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes boleh dibukti tanpa mayat - : Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa pembunuhan tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.


6) Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek utama turut disiasat tujuh kes jenayah komersial - uspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, turut disiasat polis berhubung tujuh kes jenayah komersial membabitkan nilai kerugian RM7.1 juta di Kuala Langat, sejak 2005.


7) Pembunuhan Sosilawati: Najib ucap tahniah kepada PDRM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.


8) Kes Sosilawati tiada unsur perkauman - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.


9) Cops find remains believed to be of 20 people - The Sungai Pan­chau riverbed in Banting – where ash and remains of murdered cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others were dumped – could well turn out to be a gruesome watery grave after police found more than 300 hu­­man bone fragments.


10) Another drama unfolds in Chennai - As the investigation into the killings of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three of her aides is being wrapped up here, a related drama is unfolding in Chennai, India.


Update sebelum ini : Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya


Patah tumbuh, kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya sukar diganti. Semoga pihak polis terus pantas dalam menyelesaikan jenayah lain tidak kiralah berprofail tinggi mahupun rendah. Banyak lagi kes-kes jenayah yang semakin berleluasa di luar sana.


P/s : Bukan susah mahu susah, bukan senang jadi orang senang...

September 15, 2010

Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya


Semakin panas dan hangat isu dan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya. Inilah Informasi terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

Pembunuhan Sosilawati: Unit forensik temui beberapa objek dari Sungai Panchau - Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.


Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos - Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.



Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek broker tanah RM100j Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta.



Pembunuhan kejam Sosilawati: Rakan sukar percaya suspek pembunuhBekas rakan sekelas suspek yang juga adik kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya tidak percaya rakannya yang dikenalinya sebagai pendiam dan kuat agama itu dikaitkan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik dan tiga individu lain di sini. 

Nik Shila Kamaruzzaman, 38, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu yang rakan sekelasnya dari Sekolah Seri Langat dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad adalah suspek dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang mendapat liputan meluas pihak media.

Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dalam sungai -  Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.



Kes bunuh Sosilawati: Hentikan sebar SMS boleh cetus api perkauman -  Orang ramai digesa bekerjasama dengan polis supaya menghentikan penyebaran SMS yang boleh mencetuskan api perkauman berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jenayah tidak mengenal kaum, agama dan warna kulit.

Kes bunuh Sosilawati: Mahu ujian di luar negaraKami akan tetap lakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) buat kali kedua di luar negara selepas ini,” tegas Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik yang dipercayai mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya, di sekitar Ladang Kelapa Sawit Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.



Kes bunuh Sosilawati: Rampas tujuh komputer Polis mengambil tujuh komputer peribadi kepunyaan suspek utama kes bunuh, bakar Datuk Sosilawati di pejabat miliknya di Bandar Banting, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.


Muhyiddin kutuk pembunuhan Sosilawati - Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya semalam berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian."



Akaun Facebook kes bunuh Sosilawati makin bertambah -

 Pembunuhan kejam usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain bukan sahaja mendapat  tempat meluas dalam media tradisional dan perbualan hangat khalayak ramai, turut memikat perhatian peminat-peminat beliau di alam siber.

Setakat petang tadi, didapati enam laman sesawang sosial Facebook telah diwujudkan oleh peminat-peminat Sosilawati.
Akaun-akaun Facebook didaftarkan bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama bagi menuntut keadilan dengan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang meragut nyawa mereka.
Salah satu akaun didaftarkan atas nama “Hukum Mati Ke Atas Pembunuh Datuk Sosilawati is on Facebook” – mendapat perhatian meluas dengan mempunyai 13,469 orang yang menanti perkembangan kes ini.

Datuk lawyer ordered killingsThe murder of millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others was carried out under the orders of the Datuk lawyer, identified as the mastermind.


It is learnt that the lawyer had ordered at least three men, believed to be working for him, to carry out the murders at an abandoned house in an oil palm estate in Sungai Gadung.
Entry sebelum ini : 

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya | Pandangan Saya


P/s : Kes berprofail tinggi yang hangat namun apa dah jadi ya dengan kes hangat/sensasi/jenayah sebelum ini seperti Kes Bunuh Nurin Jazlin, Rasuah berprofail tinggi, Kes Rogol dan Pembuangan Bayi yang semakin Kronik? Adakah selepas beberapa bulan, kes inipun akan dilupakan begitu saja seperti kes-kes sebelum ini yang semakin dilupakan dan kesedaran berputik bila kes sebegini muncul kembali?
Related Posts with Thumbnails