October 15, 2010

Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2011

Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2011 (kredit picture to YanmieOnline)

Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.

2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008

3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan

5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF

6)Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi

7)KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020

8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat

9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera

11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.

13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )

14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.

15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA

16) Sektor pelancongan - 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC - Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam

17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.

18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan...ke atas semua jenis telefon bimbit

19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan

21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

Selingan | cinta : mudah2an rintihan rakyat di dahulukan..

23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.

26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.

27)  Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

Selingan Comment From non politcal man non politcal man :

huh! gaji pengawal keselamatan naik...bagaimana dengan pekerja lain? jika tidak ada yang menarik maka brain@talent drain akan terus berlaku dan lebih ramai golongan muda mencari peluang di luar negeri. ini secara langsung akan juga menyebabkan pengaliran matawang negara ke luar meningkat.
 
28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.

29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011

30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU ...

31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.

33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama

34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung

35) Harga barang - Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS

36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara

37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50 

38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011

39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta

40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi

41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011

42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN

43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan

44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini

45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Kesimpulan, tiada bonus untuk kakitangan kerajaan.(dah expect dah pun) .  Macam tiada yang menarik sangat untuk golongan macam saya. Duit disimpan untuk Pilihan Raya ke? Nothing much for me, family and most of Rakyat rasanya.Malaysia Boleh....Yey,...Apa pandangan anda pula?

Sumber : Utusan Malaysia/Bolehla refer lebih lanjut (tepuk dada, tanya selera, entry ini dibuat untuk rujukan peribadi di masa depan )

24 comments:

  1. belum keluar lagi cite ttg bonus...
    huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. td ada mention psl cuti bersalin 3 bulan ehh???

    ReplyDelete
  3. nape sampai nk amik cikgu bhs inggeris dr luar negara??? patutnyer hantar lebih ramai cikgu bhs inggeris malaysia ke luar negara!!! isk isk...sedih...

    ReplyDelete
  4. bonus...bonus...nek gaji..nek gaji...lmbtnya...

    ReplyDelete
  5. hehehe...
    elaun imam naik,
    means sama ke ngan bilal??
    ke lain??

    ReplyDelete
  6. @azieda razak :takde bonus..huk3,baruje plan nak paww bonus isteri

    ReplyDelete
  7. huhu sedih..500 utk golongan kita..alhamdulillah dr berputih mata..huk

    ReplyDelete
  8. @Iron Lady, Lisa:haah,ada mention..tapi tak pasti untuk semua or kakitangan tertentu saja

    ReplyDelete
  9. @alin :setuju..kenapa tak bangunkan kemahiran rakyat negera sendiri kan?

    ReplyDelete
  10. @~♥ iella ♥~:sekadar penantian..ianya tidak menjadi realiti

    ReplyDelete
  11. @mAsHiMaRo :bilal tak pastila pula..takde pula mention pasal bilal..

    ReplyDelete
  12. Bkn k elaun guru KAFA kt Selangor ni dah RM1000? Kalo dinikkan dari RM500 kepada RM800.. Ape yg naiknya??

    ReplyDelete
  13. Ape la nak amek cekgu luar..
    yang cekgu kat dalam negara ni bodoh sangat ke??
    ke yang tukang bagi idea ni bodoh??

    x banyak pekdah pon bajet 2011 ni..
    bosan...

    ReplyDelete
  14. penjawat awam gred 54 dan ke bawah (termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan) diberi RM500 dan dibayar pada bulan Disember. Itu yang saya baca.

    ReplyDelete
  15. x best laa bajet 2011 ni...!! lgsg x dee bonus...! orang nak tngk bonus sbnrnyee.... da 3 thn bonus tarakk...! cube msk s.c, apee jee yg boleh beli ngan 500 tuu.... nak kene renew roadtax, saving kahwin.... apee daa najibb nii...! lg satu, ade ke patt tarat penduduk tetap dari 10 tahun jd 5 thn??!! abih tuu, kalo org indon keje 5 thn kt sni, die apply jee, dapat jee, ramai laa rakyat malaysia dari orang2 indonn! korang nak mcm tuu, ehh...??!

    ReplyDelete
  16. saya terima saja apa yang kerajaan bagi..huhu

    ReplyDelete
  17. Harap-harap cadangan bajet diluluskan dan dilaksanakan nanti..

    ReplyDelete
  18. salam bro, izinkan saya linkkan entri ni dari blog saya :)

    ReplyDelete
  19. kakitangan kerajaan dh dpt byk dh,pda thun2 sebelum nie..
    bgi peluang kt org yg x dapap keja krajaan lak.. asyik bgi kt kakitangan kerajaan ja, habis tu yg kerja swasta lak?? putih mata saja???
    dh slogan pn raykat didahulukan, so kna ar bgi kt swasta lak,kami pn rakyat malaysia gak..
    ingat kja krajaan saja yg layak ka..
    fikir sama nasib org lain.. jgn penting diri sendiri ja..
    dh rezeki Allah ta'ala dh tetapkan cmtu.. redha je la... jgn x bersyukur lak. k
    assalamualaykum....

    ReplyDelete
  20. Bajet kalini mmg buat down bg kakitangan kerajaan.. Saya mmgla penyokong kerajaan tp rasanya...mmg tak berfaedah... yg kaya bertambah kayala..bile semua cukai x berkaitan di kurangkan contoh beg2 berjenama tu.. kumpulan golongan rendah ..tetap tak akan mampu membelinya... nampak gayanya bukan lg mementingkan belilah barangan buatan tempatan....
    itu satu contoh.. tp apakan daya suara rakyat bkn di dengar.. kalo lantang kang ..kena plak tindakan

    ReplyDelete
  21. sabar2.jangan merungut..masing2 ada rezekinya..tak tahun ni tahun depan mungkin ada..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails