October 15, 2010

Pembentangan Bajet 2011 | Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Pembentangan Bajet 2011 (Credit picture to YanmieOnline )

Terbaca entry Yanmie yang bertajuk Pembentangan Bajet 2011 dan extract sikit entrynya :

Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Parlimen secara langsung, Jumaat, 15 Oktober 2010 jam 3 petang di www.tv3.com.my. "

So, dengan slogan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan inilah "Wish List" saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk Bajet 2011 .

1) Perkhidmatan pengangkutan awam diperbaiki terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.

2) Gaji minimum diperkenalkan untuk semua sektor (kadar inflasi dan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat benar-benar mencekik kehidupan rakyat)

3) Bonus buat kakitangan awam (my wifey kakitangan awam). Dah lama takde bonus kan?

4) Harga rokok dinaikkan lagi (hik3, sorry to smoker, i think lebih banyak keburukan dari kebaikan merokok ini kan? )

5) Perancangan yang lebih teliti dan pelaksaan yang lebih telus. Hapuskan koruptsi, kroni dan perkara-perkara yang tidak elok dalam pengagihan Bajet yang diberikan. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.


Cukupla dulu,korang tambahla pula.  Jom Sama-sama layan Pembentangan Bajet 2011. 

8 comments:

  1. yup! yg rokok tu patut dinaikkan lagi taxnye.. :)

    ReplyDelete
  2. saje betul diorang naekkan harga rokok .adoi !

    ReplyDelete
  3. harga rokok tu sangat setuju bro!

    ReplyDelete
  4. masa kerja gomen dulu selalulah jugak tunggu budget ni...sebab nak tau BONUS....la ni tak kisah dah pun...

    ReplyDelete
  5. @makdara TERdiva:setuju juga,tapi ianya tidak menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  6. @xazryx ;hik3,beringat sebelum kena

    ReplyDelete
  7. @joegrimjow:hik3,ambil iktibar dari apa yang menimpa bapa..merokok membahayakan kesihatan

    ReplyDelete
  8. @ieda :haah,byk indah khabar dari rupa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails