October 21, 2010

P. Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti



P. Ramlee Nama diberi
Seniman Agung , disebut-sebut sehingga kini
Bakatnya memukau sukar dicari ganti
Lakonannya mantap tidak bosan menontonnya berkali-kali

Tan Sri P. Ramlee nama yang cukup sinonim dengan Industri hiburan Malaysia. Walaupun dia telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun lakonannya masih ditonton dan digemari sehingga kini. Kenangan Saya Bersama RTM sebelum ini, Setiap kali ada filem P. Ramlee , memang saya akan tonton jika berkesempatan. Cerita-cerita P. Ramlee memang best dan menusuk kalbu seperti Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapuk, Labu Labi dan banyak lagi. Bukan saya saja, malah anak buah saya yang baru berumur 8 tahun turut menggemari filem-filem P. Ramlee.

Syabas diucapkan buat Astro kerana baru saja melancarkan kempen yang menarik di Bulan Oktober ini yang bertajuk " P Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti" . Oh, bolehla terjah di sini : Astro P. Ramlee . Sedikit preview berkenaan laman web ini dan apa yang ada di sini :


Laman Utamanya . Apa yang ada di sini ?

Informasi Berkenaan Tan Sri P.Ramlee 

Antara yang menarik lagi di laman web ini adalah Klip Video "Di Mana Kan Ku Cari Ganti " , Di Ambang Kerjaya Seni P. Ramlee , Konsert " Di Mana Kan Ku Cari Ganti" dan Jadual Program . Memang sesuatu yang menarik dipamerkan di laman web ini mengembalikan nostalgia bersama P. Ramlee.

Bukan setakat di laman web saja, di Channel Astro Ria, Channel 104 turut dipaparkan kempen ini :


Tekan Saja Untuk Lebih Informasi

Pilih Saja yang mana menarik di hati
Antara yang dipaparkan Biodata P. Ramlee (Ohh, baru sekarang saya tahu yang nama sebenar P. Ramlee adalah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh)
Karya dan Anugerah turut dipaparkan

Selebihnya bolehla layari sendiri di Channel 104 dan juga laman web yang disediakan oleh Astro iaitu Astro P.Ramlee

Tahniah dan terimakasih buat Astro kerana mengingati Seniman Agung P. Ramlee yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan di Malaysia. Jasamu dihargai. Sebut pasal Astro pula, sayapun mempunyai pengalaman yang manis yang ingin saya kongsikan di sini. Antaranya :

Sungguh mengujakan bersama Astro B.yond dengan gambar HDTV yang lebih cantik, menarik dan menawan. Pengalaman Menyaksikan World Cup 2010 bersama Astro B.yond/HDTV akan terus mekar dalam memori. Memang lebih menarik bila menyaksikan rancangan kegemaran bersama Astro B.yond.

Ditambah lagi, sekarang ini saya lebih teruja dan bercadang untuk bertukar ke :


Astro B.yond PVR

Gara-gara menghadiri Astro B.yond PVR Roadshow beberapa bulan yang lepas membuatkan saya lebih teruja untuk memilikinya. Yerlah, kesibukan masa dan berblogging membuatkan saya banyak miss rancangan kegemaran saya seperti CSI, Gelora di Hati Sara 2 (kegemaran Isteri), Premier League Highlights/Live dan pelbagai lagi. Tengah bercadang untuk bertukar kepada Astro PVR dan dengannya saya dapat merakam,rewind,pause dan play mana-mana rancangan kegemaran saya yang tak sempat saya tontoni .

Bagi saya, Astro telah memberi satu cara baru yang menarik dalam menonton rancangan kegemaran sendiri dan seperti taglinenya "Astro, Making Your Life Richer" . Lebih kaya dengan pengetahuan, informasi, pengalaman, dan rancangan menarik yang ditontoni.

Tepuk dada, tanya selera. Give and take itulah sebaiknya. Selain memberikan kepuasan dalam menonton, jasa Seniman tidak dilupakan .Syabas buat Astro kerana menghargai jasa Tan Sri P. Ramlee dengan kempen ini. Diharapkan ianya berterusan dan saya cadangkan mungkin selepas ini boleh buat berkenaan Sudirman, Yasmin Ahmad, Aznil Hj Nawawi dan juga Rosyam Nor (ehh,apa salahnya buat bagi yang masih hidup juga kan? )

P. Ramlee, pemergiaanmu sukar dicari ganti. Dimanakah kan kami cari ganti? Bakatmu sukar ditandingi, sehingga kini ku menonton Industri Hiburan, belum ada rasanya yang mampu menyaingi kehebatanmu. Oh P. Ramlee, akan kutontoni lagi lakonanmu yang tak jemu ditelan zaman. 

P. Ramlee jasamu dihargai peminat dan pelbagai kategori
Bakatmu memukar sukar dicari ganti
Astro muncul dengan kempen 'P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti’ 
Terimakasih Astro banyak informasi yang ku pelajari tentang Seniman Agung ini

P/s : Apa pandangan anda tentang Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee?

P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang kempen yang dibuat oleh Astro ini?Adakah ianya bagus dan perlu diteruskan di masa depan?

35 comments:

  1. saya sangat bangga dengan P.Ramlee kerana beliau merupakan anak Penang yang hebat! Bagi inspirasi untuk forecast apa isu yang bakal dihadapi orang Malaysia di masa sedia ada dan masa depan.


    Bagi saya, program camni wajar diteruskan. akan tetapi, perkara paling penting ialah mohon pihak terbabit ambil perhatian untuk mendapatkan sepenuhnya HAK ke atas karya seniman agung ni. Ini kerana skarang ni karya2 P.Ramlee sepenuhnya dipegang oleh Shaw Brothers yang berpengkalan di Singapura dan Hong Kong. Royalti yang dibayar pada pewaris royalti P.Ramlee hanya ciput ja..Takut karya2 ni tak dijadikan bahan manipulasi pihak si MULUT JAHAT!

    www.hilalazmi.com

    ReplyDelete
  2. aku pon peminat setia P.ramlee ni Bro..tapi yang menariknya gambar P.Ramlee tu ada macam sikit2 iras muka ko eyriqazz..heheeh jgn marah aku gurau je..

    Atuk aku kalau ada cerita dia dekat TV mengantuk pon mesti nak tengok juga.. pendek kata kalau tengok lawak dia tak kering gusi kita.. P.Ramlee memang takda yang boleh ganti bro

    ReplyDelete
  3. Good Job by Astro..seniman P.Ramlee lagenda sepanjang masa,wajar diingati,langkah bijak dari astro agar generasi baru sentiasa mengingati jasa beliau didalam bidang seni. Bila terdengar lagu P.Ramlee banyak kenangan dapat diingati..majoriti lagu P.Ramlee aku minati...Keep it Up dan tahniah Astro dan juga Bro Eyriqazz kerna mengimbau kenangan dizaman kecik ku sebab bapak ku peminat no.1 P. Ramlee sebab itu nama beliau Ramli..hehe

    ReplyDelete
  4. salam bro..
    macam salah eja nama sebenar p ramlee je.
    bukan nyah tapi nyak.
    sekadar membetulkan.
    =)

    sayapun memang minat pada baka seni yang ada pada dia.
    pemikiran dia advance berbanding orang2 sezaman dengannya.

    ReplyDelete
  5. memang sekarang ni saya dok berebut remote dengan budak2...berebut channel p.Ramlee dan 611 hahaha

    ReplyDelete
  6. kempen P Ramlee ni memang best.. tapi sayang rumah takde astro.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Bunyi gitar~ teng neng neng neng neng neng neng~

    ReplyDelete
  8. Salam Besan,

    wow kalau nak tau seniman P.Ramlee nie adalah pelakon yg sangat di minati oleh family kakyan, kalau Ayah lagi memang dia tunggu2 kalau ada drama seniman P.Ramlee nie, but now sekarangkan dah ada selalu teater lagenda di astro, memang dia layan abislah..kami mmg takpernah nak bosan tengok. ulang banyak kali pun takpe, ingat lagi dulu-dulu masa tu cuma ada video tape, merata video tape kami pergi sana sini orang pinjam sebabnya orang kampung kakyan pun memang minat sgt dgn arwah seniman P.Ramlee. memang terbaik lakonannya memang tiada penggantinya.

    apa pun tahniah buat astro kerana menganjurkan program sebegini dan review ini adalah yang terbaik!

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Promo macam yang astro buat ni memang bagus. Selain astro dapat jalankan program diorang.. boleh juga terus perkenalkan seniman agung P. Ramlee kepada generasi muda sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. Hilangnya Tiada Peganti.. Al fatihah Buat Arwah P.Ramlee

    ReplyDelete
  11. Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Kecil; Maka, Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar.

    Tetaplah berkarya, hilang satu tumbuh seribu.

    Sukses selalu


    Salam ~~~ "Ejawantah's Blog

    ReplyDelete
  12. P Ramlee, tak jemu di tonton tak jemu di dengar tak jemu di pandang...

    Rasanya dalam banyak2 filem, P Ramlee yang tetap bertahta di hati.

    Sedap di dengar, seronok di tengok, selalu di kenang...

    Filem yang kalu ditonton berulang2 kali tetap tidak jemu. Sungguh bertuah pemilik yang bernama P Ramlee, walaupun tiada di mata, tapi tetap di hati...

    Jasamu amat ku kenanng P.Ramlee

    dari peminat setiamu,
    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  13. Seniman terhebat!kau memberi inspirasi untuk aku buat entry P Ramlee jugak bila free nanti.

    ReplyDelete
  14. bestnye kalu dapat jumpa n Allhyarham P.Ramlee, dalam mimpi pown jadi la

    ReplyDelete
  15. Ini pun kali pertama saya tahu nama sebenar Tan Sri P. Ramlee.. Wonder how from his real name turned into Ramlee instead. He must've had his own reasons.

    Saya lebih gemar menonton the later movies of P. Ramlee banding dengan movie baru2 time beliau masih muda. Entah la, bila org kata lelaki ni bila makin tua makin menarik, begitulah pandangan saya pada lakonan P. Ramlee n pada penampilan dia sendiri.

    Oh but suara nya yang merdu, tiada siapa dapat tandingi. Sedih kerana beliau pergi terlalu awal :(

    ReplyDelete
  16. P RAMLEE - seniman malaysia yang tiada tandingan....

    ReplyDelete
  17. beyong...terbeliak mata melihatnya..hehe..

    oh p. ramlee...sejarah mu akan dikenang sampai bila2

    ReplyDelete
  18. @lAl :thanks bro for the info..sayapun baru tahu pasal hak royalti itu..apapun,saya setuju dengan pandangan bro..anak2 p ramlee ramai yang susah saya nampak,hak royalti tidak dpt kat mereka

    ReplyDelete
  19. @Tn.Punya:P ramlee cam muka eden?bak manisnya tu kan?hik3..haah, setuju..memang sukar dicari ganti P Ramlee ini..menonton filemnya berkali-kali tetap tidak rasa bosan..thanks to astro...byk informasi berguna...

    ReplyDelete
  20. @JAI :thanks bro...dan setuju dengan pandangan bro..thanks to Astro..ehh,betulke nama ayah bro Ramli tu sempena minatkan P. Ramlee?

    ReplyDelete
  21. sy rasa takde siapa pun yg xminat dgn allahyarham p.ramlee kan..filem2nye walau dh tgk byk kali,still xjemu nk tgk...nak2 yg lawak2 tu especially bujang lepak,ibu mertuaku...mmg gifted la allahyarham ni...

    hmm ..astro byond tu mmg best jugak kan...xpayah risau2 ktinggalan siaran ;)

    ReplyDelete
  22. @noor afzan:thanks..sudah diperbetulkan...tak perasan..betul2,he is really in his own league...pemikiran yang maju kehadapan

    ReplyDelete
  23. @etomyam :auranya memang memukau kan?

    ReplyDelete
  24. @yanmie :thanks astro..memang cerita p. ramlee tak luput dan jemu ditonton sepanjang zaman....

    ReplyDelete
  25. @Kulanz Salleh :setuju bro....banyak informasi berkenaan p. ramlee dapat tahu,filem2nya pun memang menusuk kalbu

    ReplyDelete
  26. @aReaL:Al-Fatihah..memang tiada gantinya.harap2 lepas ni astro buat pula tentang hasil karya yasmin ahmad

    ReplyDelete
  27. @R. Indra Kusuma Sejati :hilang p.ramlee,bukan seribu,satupun sukar dicari sepertinya

    ReplyDelete
  28. @Sumijelly:setuju sumi..semua lapisan masyarakat minat p.ramlee..tak dgr lagi setakat ini ada yang tidak sukakan p. ramlee

    ReplyDelete
  29. @azuan:p.ramlee memang hebat...kalau la dia masih hidup,tentu banyak perubahan di industri filemkan?

    ReplyDelete
  30. @mrs jamal:hik3,dalam mimpi pun jadi...

    ReplyDelete
  31. @Bella Enveeus :betul2..no wonder people said,men life start at40...lakonan yang lebih matang dan mantap...cam rosyam nor juga kan?

    ReplyDelete
  32. @kisahsensasi :memang tiada tandingannya

    ReplyDelete
  33. @fendidahada :byond bestt....kenangan yang sukar dilupakan

    ReplyDelete
  34. @Ummi Hanie :setuju..astro b.yond memang besttt...

    ReplyDelete
  35. sya bangga dgn p.ramlee.kalau beliau masih ada msti lbh bnyk filem komedi yg dpt dihslkn..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails