February 24, 2011

Akuarium Ikan Gapi

New addition to eyriqazz family, adik ipar baru beli Akuarium + Ikan Gapi 2 pasang. Huk3, dulu beriya-iya eyriqazz nak beli akuarium+ikan kelisa tapi isteri tak benarkan. Katanya, nanti Mama juga yang kena kasi makan. Hik3, betulke?

Ikan Gapi Pemalu,sedang menyorok...

Bagus juga ada akuarium dan Ikan ni. Menyejukkan mata dan tenang bila tengok ikan tu berenang-renang. Alisya pun suka, Papa , lampu,lampu.Suruh bukakan lampu agar dapat tgk ikan gapi tu dengan lebih jelas. Rakan ofis cakap, ikan gapi ni mudah membiak, sekarang 4 ekor, bila jadi 400 ekor ni? Boleh buat bisnes jual Ikan Gapi ni. Hak3, "Blogger Cap Ikan Ayam jual Ikan Gapi", cool tak?

Takper2, kalau jadi pindah rumah baru yang bakal siap bulan June 2011 nanti, nak pujuk wifey sekali lagi nak beli akuarium+Ikan Kelisa.Lagi Cantik dan seronok melihatnya.

P/s : Apa pula hobi korang? Sukake bela ikan,kucing ,etc?

6 comments:

  1. pujuk lagi bro, ikan kelisa kami dulu beli panjang jari hantu je tapi dekat setahun bela dah panjang lengan,kejap je kan,ikan kelisa pun senang bg makan..:)

    ReplyDelete
  2. eh seronok ape bela ikan. tenang je bila tengok ikan berenang2.. :)
    Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  3. aku dulu ada jugak akuarium..tapi bila my nuha dah pandai celup dan basuh tangan dalam akuarium dlm tu,siap jilat tu..terus simpan bawah katil..

    mantan akuariumku...

    http://www.elissmie.com/2008/06/alhamdulillahpass-pun.html

    ReplyDelete
  4. bela ikan memang seronok bro.. aku dah dekat 2 bulan start hobi bela ikan.. walaupun ikan emas aku bela.. mati jgn cakaplah dah berapa ekor.. tapi still suka bela juga..

    Balik dari koje.. terus nak tengok ikan2 tu.. yg jadi mangsa kena kasi makan cik.pnlah.. hehehe

    Bela bro.. buat penyejuk mata dekat umah

    ReplyDelete
  5. ngah plan nak psg akuarium..layan tgk ikan2 berenang..

    ReplyDelete
  6. kami pun takde bela ikan or kucing. tp rasa cam seronok je bela2 ikan dlm akuarium ni. mmg release tension bila tgk ikan berenang2...*tension lah sangat~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi