February 10, 2011

Redmummy Perasan


Betulke Redmummy Perasan? Perasan apa ya? Perasan bagus? Perasan Cantik? Perasan Hebat? Perasan Diva? Perasan sendiri? Aduhai, macam-macam la ya yang dikata dan dicari.

Ada Apa Dengan Redmummy? . Honestly, pandangan peribadi, sepanjang mengenali Kak Red, dia OK dan peramah je. Layan je semua orang. Kata orang, tak kenal,maka tak cinta kan?. Sifu saya dalam berblogging dan banyak mengajar saya erti onak dan duri dalam berblogging ni. Setuju dengan entry Gambar Kontroversi ini.

Hukum alam, biasalah makin naik/berjaya seseorang itu makin ramai la yang dengki dan tak suka. Pandangan saya mudah aja. Kalau ada yang tak suka pun, ambil yang jernih, buang yang keruh. Ingatlah ,kita manusia ni bukannya perfect. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Yang baik utk perbaiki diri, yang buruk itu tolak tepi, tak gitu? Hik3, kata kat diri sendiri juga ni, banyak kena perbaiki diri.

Bak kata filem Social Network " "You don't get to 500 million friends without making a few enemies." Tepuk dada,tanya selera. Satu jari menuding kat orang, 4 jari menuding kat kita balik .Fikir2kanlah.
Je Jai , baik ko cepat ngaku..Hik3,just kidding, semoga problem bro tu cepat-cepat settle ya..

Sangat setuju ngan kata-kata Kak Red dalam entry  Rahsia Redmummy To Be On Top " Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan". Thanks Kak Red, sudah nampak ke arah yang lebih positif kini.

P/s : Cuba kita singkirkan perasaan dengki mendengki sesama kita (tujukan khas buat diri sendiri juga) Tak kemana pun. Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang. Kalau bantu membantu sesama kita kan best kan? Apa salahnya sama-sama meraih kejayaan . Tengok kak red, the more people hate n benci dia, nampak makin Success adala. " If You Can't Beat Them, Join Them"

24 comments:

  1. tak ada guna pun nak berlagak kan...ramah je ngn semua.tapi kene berhati-hati

    ReplyDelete
  2. sangat setuju la..betul tu..kalau boleh mmg nak jadik macam kak red..amik semangat dia yang kental tu..pedulikan apa orang cakap...:)

    ReplyDelete
  3. next entry...

    Eyriqazz Perasan Cam CIkgu.. Tapi Koje kat Bank.. he...23x

    ReplyDelete
  4. betul tu..1st time jumpa RM..dia memang peramah..walau mula2 nmpk mcm sombong.. :D

    ReplyDelete
  5. betul3..sepanjang kenal kak re ni dia ok je..bukan nak mengampu ke ape..tapi apa yg ditanya dia akan jawab klu xbz kat twitter tu^_^

    ReplyDelete
  6. sifat dengki dan iri hati akan makan diri sendiri

    Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

    ReplyDelete
  7. kata2 dalam social network tu betul ... cuma aku ada terbaca kat INNIT pasal redmummy sound lisa surihani dalam twitter

    ReplyDelete
  8. Semuanya betul belaka.. asam garam berblogging..

    ReplyDelete
  9. sapa laa yang search macam tue ekk??

    ReplyDelete
  10. iye, betuii...

    berkawan biar seribu, berkasih biar satu.. :)

    ReplyDelete
  11. apa2pun redmummy ni memang power..

    ReplyDelete
  12. sukalah pepatah ni "You don't get to 500 million friends without making a few enemies."

    setiap apa yg kita dapat pastilah ada nilainya kan... go go kakred, i support u!

    ReplyDelete
  13. bila aku nak jadik cam RM nie ek...??? he he....

    ReplyDelete
  14. saye red daddy:P hehe den x ponah jumpe red mummy=(

    ReplyDelete
  15. biasalah manusia keliling kita ni (bukan semua)..bila kita susah dihina...bila senang ada plk hasad dengki.

    ReplyDelete
  16. biasalah bro.. semua orang dengki kalau orang tu berjaya.. bagi aku jadikan kak red sebagai contoh untuk orang macam aku yg baru dalam dunia blogging ni.. dengki mendengki ni.. tak kemana pon penyudahnya orang yg benci kita betul tak?

    ReplyDelete
  17. hm..musuh ada di mana2..actually kitapun musuh redmummykan sila angguk ye jangan buat2 tak tau haha

    ReplyDelete
  18. suka statement yg last tur.. "If You Can't Beat Them, Join Them"

    lorr..dah setahun tempek link + duk teropong sini br perasan saya belum follow..kekee..ai follower ke 2229..cun eh nombor

    ReplyDelete
  19. biasalah tu, adat manusia. lau kita di atas, dalam pada masa yang sama, ada yg akan cuba 'adakan' kita di bawah kembali. huhu

    ReplyDelete
  20. betul..betul..takyah la nak ada dengki mendengki ni..tak ke mana pon..

    Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk

    ReplyDelete
  21. heheheh

    terimalah daku seadanya

    aku bukan milik kamoooo

    aku milik RDmoooooooooo

    hahahhaa

    ku tengah weng weng!


    Redmummy

    ReplyDelete
  22. uiks, pic bila tu... colorful...i looiikkeee :)

    kalau RM perasan pun ape org tu nak kesah, hati tu ade ulat ke hape??? tp RM tu ok je, peramah...walau den x penah bertentang mata ngan dia...hehehhe

    ReplyDelete
  23. Uikkk sapo kato kak red sombong

    Ramah tamah adolah

    Tak kenal maka tak cinta~~~~

    ReplyDelete
  24. PELIK BETUL AKU..DALAM INTERNET PUN ORANG NAK BERDENGKI..TULIS JE LA APA KO NAK TULIS, APA YANG NAK DENGKI KAT ORANG..TAK PAHAM AKU...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails