April 13, 2011

Apa Yang Menarik Tentang Air Asia


Entry kali ini berkisar tentang Air Asia. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang jelas menghasilkan satu fenomena dalam dunia penerbangan komersial. Kenapa phreak-id katakan ianya fenomena? Kalau dulu, bila kita sebut je nak ke luar negara. Semua orang akan mengeluh. "Mahal lah nak beli tiket kapal terbang nanti". Tapi sekarang, "orang Jitra nak mai KL pun nak naik flight. Sebab murah cheq oi!!"

Air Asia ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996. Walaupun syarikat ini mengalami kerugian pada peringkat awalnya, tetapi tuah syarikat tersebut jelas berubah setelah ianya dibeli oleh Tony Fernandes (kini Datuk Seri Tony Fernandes) pada harga Rm1 pada 2 Disember 2001. Kalau di imbas kembali, situasi tersebut menjadi isu panas dan bahan jenaka hampir semua media, kalangan menteri dan orang awam. Tetapi, di bawah Datuk Seri Tony Fernandes, Air Asia jelas mengalami satu proses transformasi yang terlalu berjaya sekaligus kini menjadi satu jenama yang bukan sahaja terkenal di rantau Asia, bahkan di seluruh dunia.

Apakah faktor-faktor kejayaan Air Asia? 
Pada pendapat phreak-id, Air Asia di uruskan dengan bijak oleh individu bijak yang disokong oleh strategi pemasaran yang terbaik. Kalau tidak masakan Syarikat yang dahulunya mengalami kerugian ini mampu berubah menjadi Syarikat unggul dan contoh kepada Syarikat-Syarikat penerbangan yang lain?

Apakah strategi pemasaran yang dimaksudkan?


Kalau dilihat dari promosi-promosi yang diwujudkan, ternyata Air Asia sememangnya "bullish and optimistic" seperti yang Datuk Seri Tony Fernandes war-war kan. Tapi apakah servis yang diberikan setaraf dengan apa yang dibayar?


"YA!"


Walaupun terdapat perbezaan yang ketara antara harga yang ditawarkan oleh Air Asia dengan syarikat penerbangan lain, tetapi servis yang diberikan hanya berbeza sedikit sahaja dan tidak terlalu keterlaluan kekurangannya. Ramai pengguna mengutarakan masalah logistic di LCCT yang penumpang perlu bergerak jauh untuk ke Kapal Terbang, tetapi pengguna juga haruslah lebih realistik dengan servis yang diberikan kerana ianya berpadanan dengan harga yang dibayar.


Kalau bercakap mengenai pengalaman, phreak-id belum pernah menaiki syarikat penerbangan lain, maka tidak adil lah kalau phreak-id cuba membandingkannya. Pernah suatu ketika dahulu ketika menghadiri kursus di Jitra, Kedah, phreak-id berbual dengan Flight Attendant mereka, bagi phreak-id, mereka bukan sahaja cantik tetapi juga peramah dan bersedia untuk membantu penumpang.


Walau bagaimanapun, pada pendapat phreak-id, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan lebih-lebih lagi dari sudut pengiklanan yang kadang kalanya agak mengelirukan. Selain itu, amat wajar kalau Air Asia menekankan para stafnya agar menjaga tingkahlaku ketika di waktu berkerja selain selain melarang isu kerja dibincangkan di luar waktu bekerja atau mempamerkan gambar-gambar kurang sopan ketika memakai uniform. Ini telah dipraktikkan oleh Singapore Airlines dan ianya amat penting dalam menjaga imej syarikat berkenaan.


Selain itu, sedikit cadangan buat Air Asia, pengiklanan melalui media elektronik perlu diperbanyakkan lagi bahkan ianya lebih praktikal pada zaman sekarang ni. Bukan untuk menafikan kelebihan untuk beriklan di media cetak, tapi bayangkan seorang pengguna yang terbaca mengenai iklan-iklan tersebut ketika membaca iklan di akhbar (seperti promosi Buy 1 Free 1 pada 1 April lepas), pengguna bagaimanapun tak mungkin dapat terus masuk ke laman web untuk membuat tempahan pada waktu tersebut. Tetapi sekiranya pengguna tersebut terpandang iklan ketika online, secara tak langsung, hanya dengan satu klik sahaja, terus membawa pengguna ke laman web untuk tempahan.

phreak-id : Iklankan kat blog-blog macam phreak-id.com la.  :p

Tentang Penulis : Phreak-ID , seorang Papa blogger yang semakin aktif berblogging selepas berjaya dipujuk oleh sifunya : Bean Moreno . Penulisan yang semakin matang dan pelbagai, dari isu semasa dan juga personal. In Person, seorang yang sangat Cool dan seronok berborak .

Juga telah dilantik sebagai Duta tak rasmi Produk Jus Mate dari Dr. Rozmey bersama kembar tak seirasnya, CheArmster

30 comments:

  1. mau tak berebut org naik ,pramugarinya seksa2 belaka.hahhahahha

    ReplyDelete
  2. airasia the best!!i loike!!

    ReplyDelete
  3. saya pon admire cara penjenamaan air asia. tony fernandes mmg layak digelar king of branding :)

    ReplyDelete
  4. we just have to be smart... i like air asia, tp memang xberbaloi kalau beli ticket time xada promo... mahal...

    sape cakap tambang airasia paling murah? cek kat sini:

    http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/12/air-asia-vs-klm-well.html

    ReplyDelete
  5. pramugaranya handsome bangat...hehehehehe....




    New Entry: FACEBOOK | KOREAN DRAMA FUN CLUB

    ReplyDelete
  6. ini jer yang termampu nak naik..hehehe..nak naik mas pengsan lah...

    ReplyDelete
  7. tp aku sgt tak bpuas hati ngn FA air asia berbdning ngn co lain...mybe diorg ptot upgrade cara communicate diorg..

    ReplyDelete
  8. belum pernah naik airasia.maklomlah gomen.

    ReplyDelete
  9. naik AA ke bandung...fuh masa blk ke Msia, dia punye FA - stewardess memang mengancam! dengan muka baru bgn tidur, rambut xikat,xkemas langsung... ape la.. tiket AA pn mahal juga kalau ikutkan... sbeba byk charges yg kena byr..

    ReplyDelete
  10. argh benci.. benci.. Dr Rozmey tak amik aku jadi Duta lagi.. haha. Anyway thanks a lot bro.. Naik jap trafik aku. Hehe



    Terbaru >Man United 2 - Chelsea 1 (Aggregate 3-1) >Kenali Telur Palsu Atau Original >Special Post : Apa Yang Menarik Tentang Air Asia

    ReplyDelete
  11. @atty's :seksa2 belaka?hik3...sepanjang saya naik,okje....

    ReplyDelete
  12. @saza:sayapun suka especially time promotion ngan harga yang memang berbaloi...

    ReplyDelete
  13. @ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ:tryla pula naik lepasni dan bezakan sendiri...

    ReplyDelete
  14. @Dawa :yup..dari syarikat yang dah hampir nak tumpang,now dah menang pelbagai award dan penumpang berjuta2...

    ReplyDelete
  15. @far_east :hik3,tuhla..kadang2 kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  16. @Ms and Mr Red Ribbon :bergantung juga..sometimes time bukan promo..harganya jauh lebih murah jika dibandingkandengan syarikat penerbangan yang lain di Malaysia...

    ReplyDelete
  17. @ oranglidi :hensem ekk?tak perasan pulak...hik3..

    ReplyDelete
  18. @mamasuri:hik3,tepuk dada,tanya poket kan?

    ReplyDelete
  19. @J.M.R :complaintkan aja bro kalau tak puas hati..manatau dia kasi tiket free..lagipun, untuk kebaikan,kan?

    ReplyDelete
  20. @arep_lockermonth :ehem,ehem,takde yang berkenan ke?

    ReplyDelete
  21. @e.l.i.s.s.m.i.e :maklumla gomen..mesti dpt tiket yang lagi bestkan?

    ReplyDelete
  22. @ketawariang:hik3..matik2 ingatkan mengancam apa..setakat ni saya fly ngan AirAsia takdele pula pengalaman "Mengancam" camni

    ReplyDelete
  23. @phreak-id :dah kena buangke coz promosi korang tak menjadi utk filem dua alamtu?takpe2..nanti AC Mizal jemput ko jadi duta gelang dia..dengar cite, banyak kosong...

    ReplyDelete
  24. wah gmbar pramugari tu yg tak tahan bro.. aku balik umah dululah.. hahaha

    P/S : sepanjang aku guna perkhidmatan Airasia aku berpuas hati..

    ReplyDelete
  25. huhu mmg mengancam terancam tau...plak tu masa tu sorang FA dia sombong.... susah senyum tu....
    mtang2 da dpt keje kt AA, nak sombong...sbb bkn snang nk jdk FA AA ni...

    ReplyDelete
  26. Pada saya ianya adalah alternatif kepada orang ramai...... Diorang nie memang advantage dalam pemasaran dan manipulasi media.... ;-p

    ReplyDelete
  27. suka entry ni. simple dan padat dengan maklumat. nak terjah phreak-id jap :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails