April 20, 2011

Kisah Si Haji Bakhil

Kisah Benar | Kisah Si Haji Bakhil (Credit Picture Here)

Dulu, masa Haji Bakhil ini ada kedai/kilang kecil membuat kain batik, arwah moyang pernah mahu beli dengan harga diskaun satu kain batik yang sudah koyak. Sorry, nak beli takde diskaun, harga tetap maintain. Last-last, kain tu buat alas kesat kaki...

Masa saya abis SPM, dia dah ada Pam Minyak Shell. Saya kerja dengannya. Bukan setakat kerja pam minyak, buang sampah, cuci tandas,sapu sampah,tgkkan kedai dan pelbagai lagi kena buat. Gaji tetap sama. Time bulan puasa kalau kerja malam, hari-hari belikan Nasi Ayam. Air beli sendiri or buat sendiri.

Skangni pula, adik saya nak buka kedai gunting rambut sebelah Shell Minyak dia. Mak telefon, dia dah buat pagar, so kereta tak boleh masuk dan parking depan kedai gunting rambut adik nanti coz nak masuk kena lalu Shell dia.. Reason lain, taknak orang parking di Shell dia sambil gunting rambut. Alahai,sampai camtu sekali.

Rumah nenek sebelah Shellnya, siap dah pesan kat Mak dan pakcik2, kalau atuk & nenek meninggal nanti, dia nak beli tanah rumah nenek tinggal skang. Nak besarkan lagi Shell Minyaknya tapi minta harga nego2 la..Aduhai, langsung tak fikirkan pakcik/makcik 3 keluarga yang turut tinggal di tanah yang sama (rumah lain2).

Anak nak berniaga, minta bantuan kewangan. Sorry, cari sendiri. Anak merajuk diri, pergi cari kerja sendiri. Umm, anak sendiri pun tak mau tolong?

Politik...Parti dia je yang betul. Abis dimaki2 orang yang sokong parti lain. Umm, ni ke ciri seorang Pak Haji? Freedom of making decision, ikut suka la nak sokong parti mana.

Umm, tak faham betul mentaliti orang kaya sebegini. Kenapa perlu menyusahkan orang lain dalam mencari rezeki?. Namaje dah pergi pergi haji, tapiii..... Fikirkanlah sendiri...

P/s : Apa gunanya Title "Haji" jika hanya pada nama?

9 comments:

  1. wujud juga yerr haji bakhil? ingatkan dalam filem p ramlee jer yang ada haji bakhil nie...

    ReplyDelete
  2. aiyoo...ni mmg kategori bakhil, tangkai jering, kedekut, kupik!

    dulu pernah ada jiran mcm ni, lorong masuk umah kami ntah brapa kali jkr nak bubuh tar dan tiap kali tu jugak dia tahan dgn parang..takut pokok duku dia yg tepi2 jalan tu mati katanya, padahal tanah nak buat jalan tu lgsng tak masuk tanah dia..huh!

    ReplyDelete
  3. ada lagi jenis orang bakhil dan kedekut idung masin camni ya.... ish ish ishhhh...

    ReplyDelete
  4. ne pengalaman saya kerja ngan org melayu kaya dan kedekut nak mampus... niaga nak maju bila nak beli barang nak murah p bila org nak mintak harga murah jawapan dia ialah "bisnes is bisnen" ada aku kesah dia sedara ker pekerja ker yg pentig untuk masyuk.... sebenarnya org kaya ne dah kaya lagi nak kaya, dan lagi nak kaya, dah lagi2 nak kaya... lama2 aku kasi kaya kelapa...

    ReplyDelete
  5. teruk betul haji bakhil tu...boikot je pam minyak dia..hehe

    ReplyDelete
  6. kedekut boleh tapi kena masuk kategori berjimat, cuma kalau melibatkan orang lain kena la rasional.. takleh kedekut sangat

    ReplyDelete
  7. mak oii... begitu sekali berkira... sepatutnya jiran sebelah menyebelah kenalah bertimbang rasa. ko kasi bom la pam minyak dio...

    Malaysia paling cekap berbahasa Inggeris di Asia

    ReplyDelete
  8. giloo! ape punya haji lah camtu..emm..memang lah kau kaya,tapi sebab kau kedekut,semua orang benci..Apa kata sekali korang kene kan dia plak?huhu..bagi dia sedar..hahak

    ReplyDelete
  9. tak susah tu. bagi aje aji itu jatuh cinta dengan cikgu murni sijanda muda yang cun. cair meleleh dia.... heh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails