May 19, 2011

Pengalaman Menguja di Selangorlicious! Sepang Goldcoast Beach Party!|Golden Palm Tree Resort



14 May 2011, Sepang GoldCoast Beach Party kami hadiri
Golden Palm Tree Resort, hotel/resort bertaraf 5 bintang event ini
Event Anjuran Selangorlicious, Tourism Selangor dan Golden Palm Tree Resort menguja hati
Inilah pengalaman kami untuk dikongsi
(Sambungan entry INI)
Hawaaian Theme Tema Diberi
Di Tepi Pantai, Santai dan Syok Sekali
Free Entry, hai senangnya hati
Datang sini, just goyang kaki dan makan sepuas hati
Cantik kan Golden Palm Tree Resort ini?

Lebih kurang pukul 630 petang, kami sampai di Golden Palm Tree Resort ini. Tourism Selangor turut bermurah hati, turut menyewa 3 buah bas bagi yang tiada transport, pick up dari Shah Alam dan juga Petaling Jaya. Agak kelewatan sedikit saya sampai, tidak sempat :
GPT was celebrate all the guest with Rasa Sayang songs and they are wearing traditional clothes! Baju Melayu and Kebaya. With the umbrella. It was so amazing!! -ayat dan gambar diambil dari RabiatulAdawiyah -

Wahh, sayangnya sampai lambat. Sure Meriah time tu..Huk3, ni GPS punya pasal la ni. Bawa kot jalan jauh (Alasan....). Selepas registration,dapat goody bag, acara dimulakan dengan pertandingan Fotographi " Gambar Sunset "

Inilah Gambar yang sempat saya ambil

Ini juga . More Pictures , bolehla terjahi entry INI : 

(Gambar) Sunset di Golden Palm Tree Resort, Sepang Gold Coast


Sudah ambil gambar, submit gambar, kamipun bergegasla ke Pantai. Makanan sudah siap tersedia, menanti saja untuk dimakan. 


Nampak menggiurkan, ala Buffet, pelbagai juadah, dari Steamboat, Makanan Melayu, Chinese food, roti, buah, desert, seafood dan pelbagai lagi. Memang rambang mata dan macam time nak berbuka puasa di Hotel la rasanya.

Acara dimulakan dengan persembahan api. Memang kagum, sembur-sembur api . Meriah gitu. 

Then, the Dinner is Serve, terjah je mana nak pergi :

Inilah meja kami. Tak lain tak bukan, bloggers dari Nuffnang sentiasa memeriahkan event blogging di mana jua.
Jemput Makan...

Menyelerakan. Especially Udang Kara ,tempat Seafood. Dari awal memang beratur panjang. Yerla, bukan mudah nak merasa udang ni kan? Tak lupa juga Chinese Food , Dessert dan lain-lain tempat. Umm, unlucky for me, tak sempat merasa Dim Sum @ Chinese Food. Wife cakap, memang sedap sangat....

Menanti dengan Sabar Udang Kara. 2 Pinggan untuk Eyriqazz dan Keluarga. 
Pilihla mana yang anda suka. Perahu, Bila-Bila, Stimboat Restoran, mahupun Chinese Food.  Tepuk dada, tanya selera

Sambil makan, turut disajikan dengan persembahan , antaranya :

Opps, Forgot the name. I Just Called it "Hantu Dance" . Bukan main takut lagi Alisya
Persembahan dari Orang Asal (Credit Picture HERE )
Black Dragon Percussion (Credit Picture Here )

As always, kalau bawa Alisya ke mana-mana, tentu dia menjadi perhatian. Thanks guys sudi melayan kerenah anakku itu. 

Jen with my daughter, Alisya. (Again, Credit Picture Here)
She Really Has Fun and Enjoy the Food Too ( Credit Picture to Shahrul )

Event diakhiri dengan ucapan dari wakil Golden Palm Tree dan Tourism Selangor. Juga, penyampaian hadiah buat pemenang "Best Sunset Picture" .Huk3, saya tidak menang. Sedih2, ni yang buat nak rembat DSLR ni. 

Overall, what else I can say. Great event, wonderful experience. Enjoy it. Apapun, nobody perfect kan? Ini antara feedback/suggestion dari saya untuk untuk improvekan event sebegini di masa hadapan. Take it constructively ya, saya mengomen bukan mengondem tapi untuk ke arah kebaikan. Constructive feedback kata orang :

1) Quite upset sedikit.Coz dalam Itinary ada mention jalan-jalan sekitar Hotel , so saya expect bolehla tengok dengan mata sendiri :


Cantik kan Golden Palm Tree Resort,Sepang ni?. Bertaraf 5 bintang.
Official website : http://www.goldenpalmtree.com
Teruja bila membaca pengalaman dari SixthSeal
(Both Pictures kredit to SixthSeal )

Tentu lebih mempesona dapat experience dan melihat sendiri suasana bilik, suasana sekitar hotel, dan sebagainya. Tak dapat menginap pun, at least terubat juga di hati melihat keindahan hotel yang bertaraf 5 bintang ini.

2) Perjalanan dari mula nampak agak kelam-kabut sedikit. Especially part jemputan bloggers. Umm, ada Invite dari SelangorLicious, MySelangorStory, etc. Kalau lebih diorganizekan lagi, mungkin takdelah satu bas tu agak kosong je. The more people join in, the merrier kan? 

3) Goody Bag. Umm, saya takdelah teruja mana coz dalam tu mostly on promotional item . Kalau boleh, letakla something yang boleh dijadikan kenangan, i.e. Pen kenangan, KeyChain or Fridge Magnet Tourism Selangor pun jadi.

4) Name tag. Umm, nampak macam tiada fungsi mana. Just ada tag but we still didn't get a chance to know more people. Masing-Masing buat hal sendiri. Mungkin boleh buat games di Pantai untuk memeriahkan lagi majlis i.e. Pertandingan Makan Cepat, Musical Chair, etc.. Takdela rasa dull sangat kan?. Cabutan bertuah pun tentu lebih memeriahkan. Siapa yang tak suka Cabutan bertuah kan?

5) Food. Some of the food saya rasakan tidak menepati standard Hotel 5 bintang. I.e. Roti Canai agak keras + kuah agak masin, Udang Kara tidak diperap lama, jadi kurang terasa rempahnya , Mee Goreng yang just "OK'. Apapun, saya suka ABC nya. Memang terbaiikkkk dan Love It.

6) Diskaun Penginapan untuk Yang hadir. Like myself, 2 jam drive.Penat juga tu nak memandu pulang pukul 10 malam+.  Yup, I still can't afford diskaun 25% iaitu Rm500+ semalam. Memang teruja untuk menginap di sana, namun apakan daya.Tanya poket, bukan dalam budget saya. Maybe boleh negotiate higher discount, lagipun ianya will be a win-win situation coz bloggers will share their wonderful experience staying at this Hotel .Word of mouth is really a powerful tools nowadays.

7) Promosi, Promosi, Promosi.... Enough said, rasanya one of the main reason ramai yang tidak join event mempesona ini kerana masih kurang promosi. Saya nampak ianya ada di Facebook Selangorlicious dan juga entry dari a few bloggers. Most yang hadir di kalangan bloggers saya perhatikan mostly yang masih bujang. 

Opps, terlebih pula. Salah silap harap maafi, sepuluh jari dari eyriqazz tersalah kata dan bahasa ini. 

Overall, Great Event. Pro & Cons tu adatla dalam event ni kan?. Lagipun bukan mudah nak organize event sebegini. Special thanks to SelangorLicious dan Tourism Selangor for the Invitation. Free lagi tu, siapa nak kasi kan?Juga buat Golden Palm Tree Resort sebagai Sponsor utama Party ini. I have fun, my family enjoy it, great food, wonderful Experience, and A Million thanks from Eyriqazz Family. 

Sebelum terlupa, Jom Sama-Sama Join Contest Menarik (Foodster Blogging Competition)  dari Tourism Selangor dan SelangorLicious. Dateline dah tak lama lagi. Eat, Blog , and Win. Banyak hadiah menarik menanti, blom cuba belum tahu kan? More info, terjahi : 



Pengalaman Menguja di Selangorlicious! Sepang Goldcoast Beach Party!
Golden Palm Tree Resort, Enjoy it and Quite Happy
Delicious Food, Wonderful Experience, I Will remember it in My Memory
Special thanks to Organizer and Sponsor from Eyriqazz Family

28 comments:

  1. cantiknya tmpt ni. haritu tgk dgn wife dlm diari AF psl tmpt ni, terus rs teringin nk gi bercuti anak-beranak kt sana. hehe

    ReplyDelete
  2. tu laaa.. nampak macam best.. kalo kena time dan harinya, leh laa aku join.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni.teruja sangat nak pergi =)

    ReplyDelete
  4. tu la kan diorang punya promosi masih lagi kurang gempak walaupun confirm2 diorang ada budget yang besar untuk event nie...

    ReplyDelete
  5. Eyriqq, ko buat aku jeles bila lihat gambar2 ko g Sepang tu hari...

    Bagna lalang aku pernah smapai, tapi Gold Coast aku lom sampai.. menyesal tak g hari tu ikut ko ke Beach Party ...

    Mengujakan la tempat dia..sangat chantik... pergh..kalu dapat bermalam kat situ sure seronok kan?? sbb chalet atas air tu...


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  6. bestnya..dah dekat juga dengan rumah..tapi slalu g sana utk makan-makan aje. lalu je kot depan hotel ni..mungkin satu hari nak try bermalam kat sini tengok sunset plak.. :)

    Jom baca niNur Kasih The Movie..Penangan hebat 2011..

    ReplyDelete
  7. wife aku teringin g tempat tu bro.. katanya view cantik

    ReplyDelete
  8. Best nya dapat pengalaman terindah macam ni. Kalau dapat pergi mesti syok!

    Ermm.
    Maybe I akan postpone untuk honeymoon kami. :)

    ReplyDelete
  9. wow...serius lawala...tak terucap dek kata2...

    ReplyDelete
  10. eat...blog...win...
    best2! nice view kat hotel tu...bilalah sy nk jejak n stay kat sana ni erk...tunggu dapat sponsored saper2la kot!hehe...event tu pun cambet jer tgk gambar2...
    kalo bab fotografi ni, dslr mesti kena ada...apalgi! rembatla cepat2...hehe

    ReplyDelete
  11. pehh..ni ke Gold Coast tu?? Tu ke Golden Palm Tree Resort? even bro tak guna dslr, gambar sunset tu memang nak superb & menarik. sesuai sgt le wat beach party kat situ. happening dengan pelbagai acara & envi yang sgt cool..

    ni yang teringin nak pegi sana nih..

    ReplyDelete
  12. Kami ucapkan Selamat berjaya kepada anda untuk memenangi hadiah pakej cuti percuma untuk 2 orang di Golden Palm Resort yang serba canggun! :)


    - Pasukan Selangorlicious -

    ReplyDelete
  13. tahu pasal event nie pon dari blog MZ.. Rasanya memang betul komen bro kata kurang promosi.. Sebab masih ramai yang tak tahu adanya event nie.. Sebab dari apa yang dibaca kat sini, event nie nampak sangat gempak.. Mungkin bila mereka anjurkan lain kali, kami akan join..
    sokong kalo pihak penganjur resort bagi diskaun kepada mereka yang hadir.. Nanti mesti akan direview kat blog mereka.. dah dapat promosi free.. :)

    ReplyDelete
  14. huu..teringin nak join time ni!tapi sedang berkhidmat!ape2 pun bila blogger bertemu!memang havoc lah!
    selamat mencuba nasib untuk contest makan2 tu bro!:)

    ReplyDelete
  15. @Dawa :memang teruja...Oh, alangkah indahnya kalau dpt menginap di situ...

    @KiD:tuhla..abang dah jumpa,adik blom lagi jumpa ni..hik3

    @Rozuan Ismail:memang cantik..kalau dpt tengok suasana di dalam bilik n hotel, sure lebih mengujakan...

    @BABY(MAMA AMANA&ARIEF) :memang kerugiann.....

    @hazman aka species1980 :yup..to attract bloggers..goo too bloggers ramai...suggestion : Nuffnang....

    ReplyDelete
  16. @Sumijelly:hik3..taupun rugi..orang ajak aritu..jual mahal,memang layan....bukan senang nak lepak2 di Golden Palm tree tu...

    @hanani:tryla..they are something can't buy..for everything else,there are credit card to use..hik3..

    @Myvitrd :memang cantik bro..suggest kalau dtg,dlm kol 5lebih sampai sana..meriah..ada yang memancing,ada yang bermain,...

    @Nurul chumel :good idea...pilih honeymoon package..sure bestt...once in a lifetime,apa salahnya kan?

    ReplyDelete
  17. @iniialahaku:yup...speechless...

    @Lin Azlina :hik3..tuhla..adik dah angkat dslr..3 ribu lebih..abangnya still mencongak2 budget..ada yang lebih penting perlu diutamakan....

    @J.M.R:pergi la bro...time honeymoon ke..hik3...

    @Selangorlicious:Fuhh2,moga2 ianya menjadi milik saya..oh, dream come true kalau dpt....

    ReplyDelete
  18. @Cute MuM :yup..promosi masih kurang..they have the budget,they have what it take..but with great promotion, it will be a great buzz to promote tourism in selangor...More buzz means more potential business to the sponsors as well..win-win....well, it's time to approach NuffnangMY...

    @mAsHiMaRo :hik3..memang havoc...teringat time maxis om nom nom kan? meriah habis...berpuluh2 kereta kita sergah tempat makan sekitar KL dan Selangor..

    ReplyDelete
  19. sayangkan kurang promosi..'deqlis pun baru tahu nie'

    nie klu tahu leh buat tempat perjumpaan blogger2x..:) sambil cuti2x kan? tempatnya pun cantik..sungguh teruja pabila melihatnya

    ReplyDelete
  20. Nice places actually..and the most important is..u have a really happening family..may Allah blessed all of you...

    ReplyDelete
  21. cantik betul tempat ni..sebelum ni takat dengar gitu2 jer tak pernah ambik pot. Ni baru la ada gambaran sket mcm mana rupanya.

    setuju dengan Eyriqazz, sst event tu kalo penganjur buat satu dua acara yg involve org yg hadir akan jadi lebih meriah. Org yg dtg tu pun mesti lebih enjoy. Bbrp hari lepas event tu pun masih duk teringat-ingat.

    ReplyDelete
  22. @deqlis :yup..memang sesuai santai2 dan gathering bersama bloggers...yup, in term of promosi,rasanya kena tingkatkan lagi...great event but many people don't know about it...

    ReplyDelete
  23. @Azri Abd. Rajid :thanks azri..yup,we enjoy n really have fun there..

    ReplyDelete
  24. @MamaYatie :yup...bila participant join..lebih bermakna dan lebih diingati..musical chair memang menarik diadakan di pantai camni....orrr..kotak beracun..mesti tergelak2 sakan..

    ReplyDelete
  25. salam.

    sebenarnya ada dapat juga invitation ni. tapi tak dapat pergi sebab husband kena kerja, maklumla kerja dengan event company susah sikit. kadang2 memang kena kerja time weekend :(

    mula2 dapat tu rasa teruja gak sebab yelah, gold coast tu.. dulu2 lagi memang teruja nak pergi ke sana dan stay kat sana. pernah la juga survey2 harga tapi mak oiii, mahalnya... so, bila ada event macam ni, so kira bonus la bila lagi nak pergi kan. pastu siap ada bas free nak angkut pergi sana kalau malas nak drive sendiri.

    tapi macam yang eyriqazz cakap, ramai yang tak tahu pasal event ni.. yelah mungkin kurang promosi kan. insya Allah lain kali kalau ada lagi, nak juga join dan lepak2 dengan kawan2 baru. memang teruja la tengok gambar2 tu. especially seafood ;) me dan makanan mmg sinonim..hahahahaha...

    ReplyDelete
  26. ifa rasa ifa tau pun dari MZ nie..tp xdpt la nak gi..jauh bebenor..but btol la pe yg bro ckp..macam kurang promotion nie..

    or maybe die mmg bajet saje je nak tgk camne sambutan nie..if ok baru die nak buat proper kot..tp cam pelik..isk2..

    ReplyDelete
  27. part yg paling besh ialah udg kara hehehhe

    me memang tak kan dpt join mana2 event yg waktu mlm ..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails