June 11, 2011

Jawapan Balas Dari Giant Malaysia|TerimaKasih NCCC


Sambungan dari entry Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White. Aduan turut saya cc kan sekali kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC) di www.nccc.org.my . Fuhh, memang saya kagum dengan respons pantas dari NCCC dan hasilnya tak sampai 2 minggu , jawapan balas saya terima dari Giant Malaysia. Saya copykan jawapannya di sini :



Dear Eyriqazz,

Terima kasih kerana membeli belah di Pasaraya kami, disini saya ingin meminta maaf kerana kesilapan yang berlaku pada hari tersebut. Kami tiada niat untuk promosi ubat gigi Darlie seperti yang Encik sebutkan, cuma pekerja
saya yang baru bekerja tersilap memberi hadiah kerana pada hari tersebut ada promosi Darlie. Dan ramai pelanggan
membeli ubat gigi Darlie dari ubat gigi Fresh & White, tapi kamu boleh datang ke Pasaraya kami untuk membuat
pertukaran.

Pada 29 Mei 2011 juga ada promosi Dynamo percuma Downy pelembut Fabrik Sunrise Fresh Pek Isian Semula
400ml yang bernilai RM3.99. Cuma pada hari tersebut kami kekurangan stok Downy, kerana pembekal kami
menghadapi sedikit masalah. Mereka juga telah berjanji untuk menghantar stok Downy dalam waktu terdekat &
Encik boleh datang untuk mengambil dikaunter perkhidmatan kami di tingkat bawah. 

Saya memohon maaf sekali lagi kerana telah menyusahkan pihak Encik diatas kesilapan pekerja saya.

Terima Kasih. 


Well, thanks NCCC atas respons pantas dan juga Giant Malaysia kerana cepat bertindak. Yup,pengalaman mengajar saya, bila aduan dibuat kepada pihak yang sepatutnya, tindakan yang lepas pantas akan diambil dari normal occasion. Sure anda faham kan?

P/s : Jagalah dan pertahankan hak anda sebagai pengguna supaya kita tidak tertipu. 

5 comments:

  1. hahaaa.. bagus, macam aku gak, kalo tak puas hati, kena betul2 komplen.. dengan bank pernah tak? ni aku kasi tips untuk streamyx bro.. :)
    Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

    kes Astro aku. dulu. Astro Kena Tipu! Aku Kena Tipu! Juliana Penipu!

    ReplyDelete
  2. Bagus pengguna yang pijak, nanti nak juga buat aduan kat NCCC tapi belum ada kes lagi

    ReplyDelete
  3. biasalah tu..bila dah terkena, barulah nak minta maaf..

    ReplyDelete
  4. byk nyer alasan...senang bagi excuse--so new staff tu tak competent lah yer keje kat Giant tu :p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails