Showing posts with label hak pengguna. Show all posts
Showing posts with label hak pengguna. Show all posts

June 11, 2011

Jawapan Balas Dari Giant Malaysia|TerimaKasih NCCC


Sambungan dari entry Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White. Aduan turut saya cc kan sekali kepada National Consumer Complaint Centre (NCCC) di www.nccc.org.my . Fuhh, memang saya kagum dengan respons pantas dari NCCC dan hasilnya tak sampai 2 minggu , jawapan balas saya terima dari Giant Malaysia. Saya copykan jawapannya di sini :



Dear Eyriqazz,

Terima kasih kerana membeli belah di Pasaraya kami, disini saya ingin meminta maaf kerana kesilapan yang berlaku pada hari tersebut. Kami tiada niat untuk promosi ubat gigi Darlie seperti yang Encik sebutkan, cuma pekerja
saya yang baru bekerja tersilap memberi hadiah kerana pada hari tersebut ada promosi Darlie. Dan ramai pelanggan
membeli ubat gigi Darlie dari ubat gigi Fresh & White, tapi kamu boleh datang ke Pasaraya kami untuk membuat
pertukaran.

Pada 29 Mei 2011 juga ada promosi Dynamo percuma Downy pelembut Fabrik Sunrise Fresh Pek Isian Semula
400ml yang bernilai RM3.99. Cuma pada hari tersebut kami kekurangan stok Downy, kerana pembekal kami
menghadapi sedikit masalah. Mereka juga telah berjanji untuk menghantar stok Downy dalam waktu terdekat &
Encik boleh datang untuk mengambil dikaunter perkhidmatan kami di tingkat bawah. 

Saya memohon maaf sekali lagi kerana telah menyusahkan pihak Encik diatas kesilapan pekerja saya.

Terima Kasih. 


Well, thanks NCCC atas respons pantas dan juga Giant Malaysia kerana cepat bertindak. Yup,pengalaman mengajar saya, bila aduan dibuat kepada pihak yang sepatutnya, tindakan yang lepas pantas akan diambil dari normal occasion. Sure anda faham kan?

P/s : Jagalah dan pertahankan hak anda sebagai pengguna supaya kita tidak tertipu. 

May 29, 2011

Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White

Baruje pulang dari The Mines. Sempatlah singgah dan shopping skit barang dapur di Giant, The Mines. Umm, wifey agak frustrated. Inilah aduan saya buat Giant Malaysia dan Fresh & White. Entry ini akan turut di CC kan kepada Giant Malaysia dan Fresh & White :


1) Yang dijanjikan, beli 2 paket Ubat Gigi Fresh & White percuma Satu Pinggan Corak Roselle Flora 9" (wifey memang berkenan ngan warna pink tu) :


Yang dapat : Mangkuk Besar, Lain yang dikata,lain yang diberi...
Funnier Part : Pinggan Berjenama Darlie yang diberi (Ini sudah Consider Promote Competitor, Agak-agak Fresh & White Marah tak? )
Promosi di Berita Harian, hari ini : Promosi Giant Hari Ini Sahaja,29 Mei 2011
2) Janjikan Beli Dynamo Percuma Downy Pelembut Fabrik Sunrise Fresh Pek Isian Semula 400ml bernilai RM3.99

Di kaunter Dynamo, takde mention anything. So, we thought memang dah Ok. Dah bayar pun, takde pape...Masa redeem, sorry, dah abis barangan percuma itu. Umm , mengelirukan. Siap promosikan di Berita Harian, tapi inikah yang jadi?

IIt's not about money , tapi aduan ini ditulis atas dasar hak seorang pengguna. Tak elokla mengelirukan pengguna sebegini. Janji mestilah dikota. I'm thinking nak buat aduan ini juga kepada National Consumer Complaint Centre tu. One reason promosi tidak seperti dijanjikan. Ianya mengelirukan ...

P/s : Semaklah barang selepas membeli. banyak kes terjadi , saya kadang2 kurang ambil peduli, mujurla ada Isteri yang agak teliti...

UPDATED

@Terima panggilan dari wakil Fresh&White pada 30/5/2011. Katanya diorang akan gantikan balik dengan Pinggan seperti yang dijanjikan. Akan telefon kembali utk urusan penghantaran.

August 21, 2010

Berhati-Hati dengan Jualan Murah


Indah Khabar dari Rupa (Gambar kredit to
Mstar Online )

Terbaca di Mstar Online kisah Awas Jualan Murah , jadi kesimpulan yang dapat saya katakan, berhati-hati dengan Jualan Murah, ianya tidak semestinya murah dan mempunyai harga yang berpatutan. Sedikit Informasi yang ingin dikongsi dari entry itu :

Persoalan :  adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

Kes/BuktiSehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan : pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Selebihnya, bolehla rujuk entry itu.
Rupa-rupanya betullah apa yang dikatakan oleh rakan kepada seorang rakan yang pernah bekerja sebagai Sales Assistant di salah sebuah Pasaraya terkemuka di Malaysia. Inilah katanya :
"Barangan Sales kebanyakannya adalah barangan yang telah lama disimpan dan hanya dikeluarkan semasa sales. Harga asalnya memang harga itu cuma ditambah label diskaun bagi mengelirukan pengguna dan mengaut keuntungan"
Anda fikir-fikirkanlah sendiri. Isteri saya selalu saja teruja dengan Sales ini ,almaklumlah kaum wanita, tapi bagi saya banyak Jualan Murah yang diragui i.e. produk yang muncul secara tiba-tiba, sebelum ini tiada pula di Pasaraya yang sama.
Pengalaman peribadi membeli baju kerja, harga beratus-ratus selepas diskaun jadi puluh-puluh. Yang ironinya, hampir setiap bulan saya singgah di Pasaraya itu, tidak pernah pula jumpa baju-baju itu? Di mana baju itu sebelum ini?
P/s : Tepuk dada, tanya selera. Berhati-hati dalam membeli dan Jualan Murah. Jualan Murah tidak semestinya murah. Jangan sampai penat berhimpit-himpit tapi rupa-rupanya tertipu dengan helah penjual.
P/s/s : Apa pula pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails