June 7, 2011

Layan Suami Bagaikan Pelacur Kelas Pertama

Layan Macam Pelacur?? (Credit Picture Here )

"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi." - Dipetik dari Artikel Layan Macam Pelacur, Berita harian "

Baru sempat terbaca artikel ini. Umm, pandangan peribadi seorang Suami, kenapa perlu disamakan seperti Pelacur Kelas Pertama? Ada Berapa Kelas sebenarnya Pelacur ni? Tahukan Seorang Isteri Bagaimana Layanan Pelacur Kelas Pertama? Adakah Isteri "Dingin" di Ranjang the only reason lelaki cari kepuasan di luar? 

Mungkin boleh rephrasekan lagi, Layanla Suami Anda Seperti Wanita Dalam Kisah  Ini  [ Wanita Pertama Masuk Syurga ]

P/s : Budi Bahasa Budaya Kita, Patutkah Seorang Isteri disamakan Layanannya dengan Seorang Pelacur? 

15 comments:

  1. memang sangat tidak kena dengan istilah.

    adakah nafsu sahaja yang mengikat suami untuk terusan setia? Kalau begitu, dangkalnya insan yang bernama lelaki itu...

    ReplyDelete
  2. BERITA HAIRAN.. mmg camtu.. huhuhu. camner laa kalo orang salah tafsir..
    Semak Bil Elektrik Baru Anda!!

    ReplyDelete
  3. saya menentang keras istilah yg digunakan.sangat menjatuhkan maruah wanita yg mulia di sisi agama

    ReplyDelete
  4. patut ckp la layan mcm dayang2 istana ke, xpun bidadari ke.. sedap sikit bunyinya

    ReplyDelete
  5. banyak2 isu dlm masalah keluarga islam, ini yg ditimbulkan?? fenin..

    ReplyDelete
  6. adoiyaiii...macam ni pon ada ker punya nasihat??...apa punya teruk nak dibandingkan layanan ngan P******...nak taip pon serba tak kena...ni yang bagi nasihat ni kalau dibaca2 balik ulasan dia agak2 malu dengan diri sendiri tak gamaknyer??

    ReplyDelete
  7. kenapa kena 'pelacur'? bunyi macam x kena je..

    ReplyDelete
  8. setuju....! tak de bahasa lain ke yg lebih layakk.. kalau nak peribahasakan diri sendiri dah la.. jgn nak samakan ngan orang lain.. isk isk isk

    ReplyDelete
  9. bahasa yg dia guna tu terlalu keras.. ramai kaum hawa marah bila disamakan dengan pelacur

    ReplyDelete
  10. wah,lepas ni pelacur angkat keninglah berbangga sebab rasa diri mereka melayan lelaki perlu dicontohi oleh isteri-isteri dirumah...

    ReplyDelete
  11. tak suke istilah tu... masa baca hari tu mmg tak suke... isteri perempuan mulia... apa hal nak sama kan layanan mcm pelacur... klu nak isteri mcm pelacur... tak payah la isteri masak + kemas rumah + jaga anak + keje cari duit semua tu... duduk bela badan mcm pelacur je...
    benci istilah tu!

    nak cari perumpamaan... cari la istilah yg cerdik dgn mulia sikit... apasal la nak membodohkan dgn menghinakan diri (perempuan) tu sendiri ?...

    ReplyDelete
  12. buruk betul perumpamaan yg dibagi..islam pun angkat darjat wanita, penulis ni sapa nk ckp mcm tu.. grrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  13. sapa yang buat perumpamaan itu? sungguh kurang sedap bahasanya, tak suka... tak suka... tak suka... mengapa pelacur dijadikan contoh... kan sebalik pelacur ada macam2 maksud yang tak sedap... banyak lagi contoh wanita yang dijamin syurga untuk dijadikan contoh...

    ReplyDelete
  14. Wah ramainya insan bergelar wanita, ibu dan girlfriend komen kat sini...

    ReplyDelete
  15. aah kan...rephrase mcm eyriqazz cdgkan tu sgt baguss...jgnle samatarafkan wife dgn whore..huhhh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails