July 28, 2011

Minta Pandangan | Masalah dengan Maybank Etiqa

Minta Pandangan |Masalah dengan Maybank Etiqa

Kereta adik eyriqazz Accident bulan lepas. Boleh tahan la juga . Remuk depan n etc.Semalam saya ada terima mesej dari adik saya minta nasihat dan bantuan. Namun, sayani kurang arif skit berkenaan dengan Maybank Etiqa. Hopefully, ada pembaca yang sudi memberikan pandangan or bantuan :

"Nak tanya sikit. Lin ada masalah dengan bengkel yang repair kereta, panel Etiqa.Ada tak contacy kawan-kawan yang tahu untuk buat aduan kepada Etiqa? Lin dah hantar surat aduan kat diorang tapi macam tak layan je. Telefon pun tak berangkat"

Kalau saya ni memang hangin satu badan. Time nak jual insurans, pandai je manis mulut. Time nak claim, kenapa camni dilayan pula? Tak elokla kan?

So,any feedback is highly appreaciated...Thanks in advance.

14 comments:

  1. sy x de pengalaman.cuma baru2 ni hubby punya claim utk total loss kereta dia hampir setahun baru setel dengan MAA.tepon bengkel mcm2 hal.tepon insurans org tu mcm cipsmore.1 jer nasihat sy, suruh adik 'kejar' ejen insurans dia tu sampai dapat.mintak panduan drp dia.kalau ejen tu sendiri tak boleh membantu, sila pergi ke pejabat secraa berdepan.itu lebih cepatlah.nak buat cemana lagi.terpaksa

    ReplyDelete
  2. terus g kat Etiqa tu.. sebab call dorang kadang kadang malas jawab. hmm..

    ReplyDelete
  3. pegi kat pejabat etiqa terus leh tak? kid pakai Lonpac punya insurans.. memang pantas kalau ape2 berlaku..

    ReplyDelete
  4. contact balik ejen yg uruskan insuran dia tu utk langkah seterusnya. duit kita dia makan, bila jadi apa2 takkan buat dek jer..

    ReplyDelete
  5. alamakk.. baru je renew & dah dapat road tax & Insurance dengan Etiqa Takaful semalam... ni yg buat suspen nihhhh

    ReplyDelete
  6. kawan saya yg ilang honda city hr tur berkurun abad tunggu dia org uruskan..at last, sib baik ada sorang x office mate yg keja sana..dia yg tolong push sket..

    ReplyDelete
  7. saya ada pengalaman eksiden nie..tp bukan claim kt etiqa la..saya amik Tokyo punya insurans..mula2 masa saya tanya ejen dia asyk ckp x tau jek..last2, saya geram n x puas hati ngn servis yg diorng bt, saya trs g pejabat insurans tue n bt complaint, siap ugut nk report kt tribunal tuntutan..lps tue baru diorng layan dgn baik..tukar setiap apa yg saya complaint tue..yg penting kena berani, confident n pegi complaint ngn org yg tau selok-belok keta..InsyaAllah ok..just kongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  8. sori tak dapat nk tolong bab kete...

    tp sye bleh ckp psl life insurance...etiqa nye life insurans ade prob nk claim..ni 1st time sye dengar bab kete...bab insurans, dh bnyk kali dgr..agen diaorg akan buat tak tau je, n kalo nk buat claim, amik masa yg sgt lame or tak dpt langsung claim..

    ReplyDelete
  9. aku ada pengalaman dulu bro.. tapi bukan dengan etiqa.. tapi takaful Ikhlas.. aku aksiden langgan pajero.. dah tu pajero claim insuran aku dengan aku punya insuran cover kerosakkan kereta aku..

    Semua bengkel panel uruskan.. sebab dia orang ada link dengan sistem insurans ni..

    tak sampai seminggu pihak insurans contact aku, dah tu aku minta senarai barang2 yang bengkel tu claim.. sanang nak tengok apa yg dia tukar.. sebab kekadang bengkel ni banyak tipu.. dia kata tukar baru.. padahal di ketuk dengan cat balik je.. aku dah kena bro.. dalam insuran tukar baru.. padahal ketuk n cat balik je.. hampeh.

    Bab claim insurans nyawa aku tak de pengalaman.. sebelum ni aku ada beli itiqa maybank.. dia kata kalau nak claim call je bahagian customer service..

    Memang kekadang syarikat insurans ni manis mulut time menjual.. time nak claim macam nak larikan diri je..

    ReplyDelete
  10. Untuk life insurans, dengan prudential bsn takaful, claim akan automatik dibuat sebaik sahaja medical card digunakan..kalo tak guna medical card, agen akan collect all the bil n buatkan claim...

    kat msia ni ade 2 jenis agen:
    1) yg btoi kejar commision n then ignore client diaorg
    2) agen yg mmg berniat nk tlg org, bukan kejar commision semata2.

    ape2 pun, better pegi office insurans n setel..maybe lg senang nk buat urusan..

    ReplyDelete
  11. Actually saya mengalami masalah yang sama mcm adik blogger kita ni iaitu Lin. Sbb nak jadik citer kebetulan kedua-dua kereta kami yg eksiden di hantar ke workshop yang sama, dan juga di uruskan oleh PIC Etiqa yang sama. Masalahnya workshop tu mmg menipu la bila repair, sbb saya sendiri pegi tgk mereka buat kerja, dan ada barang2 yg diganti tu amatlah diragui ketulenannya, sedangkan kalau ikut list semua perlu diganti dgn brg2 original. Bila saya confront owner workshop, mcm biasa la mati2 dia x ngaku brg tu x original.

    Yang menjadikan masalah ni lebih teruk ialah service daripada Etiqa yg teramat-amatlah teruk. Terus terang saya cakap, mmg saya langsung x expect kompeni insuran yg besar mcm ni boleh bagi service yg begitu teruk. Punyalah susah nak dpt ckp dgn PIC Etiqa tu. 2-3 hari call baru la sekali dpt ckp. Cara berckp pun mmg x frenly langsung dan seperti malas nak layan masalah kita. Saya percaya Lin pun mengalami masalah yg sama nak menghubungi PIC Etiqa tuh. In fact adjuster yg uruskan keta saya pun turut mengadu benda yang sama. Mmg susah dibuatnya, sbb segala urusan perlu melalui PIC, dan kalau PIC tak dpt dihubungi mcm mana nak berurusan kan?

    Kesimpulannya, saya dah tawar hati nak meneruskan insuran dgn Etiqa. Saya tak tahu samada masalah ni disebabkan oleh PIC tu sendiri, atau mmg Etiqa yg bermasalah secara keseluruhan. Kalau ada pembaca lain yg ada pengalaman yg lebih baik dgn Etiqa mungkin boleh kongsi.

    ReplyDelete
  12. Sedikit update daripada saya mengenai servis Etiqa. Saya kini dalam proses utk renew insuran kereta. Bila saya check NCD saya, Etiqa masih belum update NCD yg latest. So semalam saya call Etiqa Customer Servis, dan saya di maklumkan bahawa by today NCD tu akan updated. Saya fikir ok la, lagik la tu mungkin ambil masa 1 hari utk update dlm system. Tapi jangkaaan saya meleset sebab bila saya check hari ni, status NCD masih sama seperti semalam. Hari ni shj dah 3 kali saya call Etiqa Customer Servis, dan bermacam-macam alasan yang diberikan. Antaranya computer slow, mereka sedang upgrade system, dan yg terakhir sekali ada queue di bahagian General yg in charge pasal NCD ni. Geli hati juga saya dibuatnya. Bila saya minta nombor direct bahagian General, mereka kata tak ada, semua kena request by system. Tak tahu nak ckp apa, sebab bagi saya it is quite a simple request, mintak update NCD shj, tapi boleh jadi begitu complicated.

    Saya rasa kemungkinan besar perkara sebegini terjadi kerana client mereka sudah terlalu ramai sehingga staff yg mereka ada tak mampu handle claim or sebarang request dgn efficient. Akhirnya yg jadi mangsa customer juga. Saya tak berpengalaman lagi dgn insuran kompeni yang lain, apa yg saya tulis berdasarkan pengalaman saya dgn Etiqa. Harapnya saya tak akan mengalami masalah yang sama bila berhijrah ke kompeni insuran baru nanti.

    ReplyDelete
  13. Ini bukan masalah company etiqa, cuma ejen yang xbuat kerja je.. kalo nak claim terus ke menara etiqa kat ampang.. kat situ terus buat claim. setel cepat je.. sbb skrg sume pkai sistem on9.. xde msalah. sume insurans sama je cuma kita je kena tahu camner cara nak contact bukan judge company camtu je..

    ReplyDelete
  14. Saya setuju, tak semua agen mcm tu, etiqa cuma bagi produk kepada agen, selebihnya agen yg sepatutnya memainkan peranan, komisen dah dapat, so kenalah buat kerja yg sepatutnya dilakukan oleh mana-mana agen...saya agak "terpukul" jugaklah dengan complain2 warga yang perihatin terhadap produk etiqa...terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails