August 29, 2011

Berbuka Puasa 4 Keturunan

Semalam, atuk dan nenekku adakan majlis berbuka puasa. Khas buat anak-anak, cucu, dan cicitnya. 4 Keturunan lagi. Semoga Atuk & Nenekku terus panjang umur dan menimang cucu/cicit lagi.


Juadah yang disediakan. Menyelerakan....
Daging Gulai, Ayam Masak Merah, Sayur kacang, Telur Masin, Sayur nangka..

Memang sedap masakan nenekku yang dibantu dengan anak-anak/menantunya yang lain. Masakan kampung dan masakan nenekku semestinya lebih sedap dari masakan di restoran/gerai makan. Siap tambah 2 kali lagi saya.


Kuih Muih

Jemput Makan. Bila makan ramai-ramai tentu lebih menyelerakan

Pakcik Makcik dan Sepupu2ku

Atukku bersama Cucu2nya dan Cicit Sulungnya (Alisya)
Semoga Atuk terus dipanjangkan Umur....Pzzz...Bila atuk nak berhenti merokok ni?

Berbuka Puasa 4 Keturunan enak sekali
Hubungan dieratkan yang jauh didekati
Air dicincang tidak akan putus sudah semesti
Semoga kemesraan terjalin kekal abadi

5 comments:

  1. waaaa. best nye. semoga panjang umor.. atuk n nenek. errr selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. meriah dpt bbuka ramai2 ngn famili kan..

    pstt..nmpk macho gile atok bro tu..:-)

    ReplyDelete
  3. tu diaa ketupat daun palas..terbaik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi