September 17, 2011

Pemenang S Spa, Mont Kiara Voucher Give Away (Worth RM290)


Mudah kerja eyriqazz. 2 hadiah ditawarkan, 2 orang yang join. So both menang. Umm, kenapa kurang sambutan Contest eyriqazz ni? Haa, mungkin boleh terjah entri ini kembali : Kenapa Contest yang dianjurkan Kurang Mendapat Sambutan?. Apapun, janji tetap akan dikota, kalau seorang pun join, both hadiah akan dapat kat dia..So inilah pemenangnya beserta feedback mereka :

"2 entry kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah ................ kerana ......................." 

1) Juanita @ Tetikusrusak.net


1) Nuffnang Featured Blogger for the month of May 2011 ( May 2011 ) 

Saya kenal Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka dari blog Mysuperkids. Ketika itu bulan March 11. Pelbagai info berkaitan NN saya kenal dari blog ini. Selepas sebulan, April 11, saya semakin kenal NN hanya dengan membaca Blog ini.

Kemudian hati saya berbisik, kenapa la NN tidak meletakkan blog ini sebagai featured for the month. Alangkah terujanya saya apabila pada May 2011, blog ini diangkat sebagai "Nuffnang Featured Blogger for the month of May 2011 ( May 2011)". Wow.....doa saya dimakbulkan. Kerana bagi saya ilmu yang dicurahkan sangat2 berharga & ianya diberi percuma. Beliau berhak mendapat pengiktirafan itu :) 


2) Tips Berblogwalking

Saya mula berblogging pada tahun 2006 lagi. Ketika itu saya syok sendiri sahaja. Tak perlu bagi saya komen2 dari reader2 yang lain. Selepas itu, saya mula merasakan janggal bercakap seorang2 dalam blog. Aktiviti menulis saya terhenti 3 tahun lamanya. 2010. Saya mula menulis sedikit demi sedikit namun hasilnya tetap sama. Saya mula merayau2 berjalan merata2 secara aktif ke setiap blog. Hingga la saya jumpa keyword BW. Ketika itu saya belum kenal Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka. Banyak juga blog yang bercerita ttg BW.

Saya ikut satu persatu tips2 yang diberikan. Namun masih hampa. Hingga la saya berjumpa Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka. Saya tetapkan hati mengikut setiap2 tips yang diberikan. Nahhhh..dalam masa 5 bulan sahaja. Blog saya meningkat dengan komentor2 sehari tidak kurang dari 30 komen. Page rank mendadak kepada 3/10 dan paling manis, hasil dari BW saya telah membina 1 rangkaian bloglist yang kukuh. TQ Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka. U r great.

2) Madam Mondoq @ Madammondoq.com


1) Jangan Kedekut Nak Kasi Backlink

Kerana bermula dari semangat untuk merebrandingkan blog saya pada awal tahun 2011, saya telah banyak mengorek ilmu tips-tips blogging dengan harapan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Banyak tips-tips blogging yang saya jumpa dan saya baca mostly adalah topik yang sama atau point yang sama tetapi di olah semula oleh blogger-blogger. Sehinggalah satu hari saya terjumpa 
entry ini di Blog Eyriqazz. 

Saya mula tertarik dengan tips yang diberikan, kemudian saya mula menggali semua tips-tips blogging dari blog Eyriqazz. Ternyata tips-tips yang diberikan lain dari yang lain dan betul-betul mengikut pengalaman dan telah dipraktiskan oleh Eyriqazz sendiri. Apa yang paling saya suka ketika Eyriqazz bagi tips blogging adalah prinsipnya yang the more u give.. the more u get. Eyriqazz tidak pernah lokek untuk berkongsi tips dan sentiasa memberikan tips yang membantu antara satu sama lain. 

2)
Saya Menang iPad 2



Kerana sudah tentulah saya suka entry ini kerana nama saya disebut-sebut buat pertama kalinya di dalam blog Eyriqazz. Saya amat bangga dengan kejayaan Eyriqazz yang telah memenangi iPad 2 dari Nuffnang. Walaupun saya turut bertanding dalam contest itu, tapi ternyata kejayaannya tidak sedikit pun menimbulkan rasa cemburu pada saya, malah saya lebih mempelajari sesuatu yang berguna dari situ.

 Tidak sia-sia gambar yang saya ambil untuk contest itu di copy oleh Eyriqazz kerana rupa-rupanya ia membawa tuah pada Eyriqazz. Eyriqazz juga tidak sombong dan sentiasa menghargai blogger-blogger yang membantu beliau. Dan apabila ada yang meminta bantuan, beliau segera membantu dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan.

Terimakasih atas feedback membina yang diberikan...Ada juga kesan positif yang boleh diambil dari eyriqazz.com ini. Tahniah diucapkan juga, nanti kasi e-mail ya supaya boleh saya hantarkan salinan voucher itu..Semoga both of u have an enjoyable Spa moments there.

4 comments:

  1. yes!! boleh bermanja2 and berspa2 soon.. i like!!! thanks a lot mat tiger!!! aummm!!!

    btw, u dah ada email i kan?

    ReplyDelete
  2. #madammondoq :selamat manja2kan diri....hik3..no 2 coming soon kan?ahaks..

    #Mama Zharfan : Congratz..

    ReplyDelete
  3. congrates to both winner xpecially madammondoq~heee....nak join tp tak tau nak bg tips...sbb follower mmg tak ramai...hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails