September 9, 2011

Untungnya Siapa yang Jadi Isteri Adik Iparku

Ke mana tumpahnya kuah Kalau tak ke nasi. Jiwa Penyayang Atok Alisya turut diwarisi oleh Adik Iparku. Yup, adik iparku tinggal sekali dengan kami serumah. Masih lagi bujang tapi sudah berpunya rasanya. Memang ketiga-tiga anak buahnya termasuklah Alisya cukup sayang dan rapat dengan Ayah Sunya ini. 


Tengoklah ni, sampaikan kadang-kadang time tidur pun :



Alisya nak tidur dengan Ayah Su nya
Dah terlelap barula kami angkat bawa masuk bilik kami

Honestly, saya sendiri memang tak pernah lagi berjumpa dengan insan seperti adik ipar saya ni. Tidak pernah berkata tidak bila diminta pertolongan dan tidak pernah saya tengok dia melawan kata Mak/Bapa Mertuaku. No wonderla, Mak Mertua bukan main sayang lagi dengan anaknya yang bongsu ini sampaikan Isteri pun turut jealouss..Hik3...

Yup, memang beruntung siapa yang bakal jadi Isteri Adik Iparku. Penyayang dan jiwa kebapaan sudah terserlah. Kata orang kalau nak tahu orang itu boleh menjadi seorang bapa yang bagus, tengok cara dia berinteraksi dengan kanak-kanak. Kalau kanak-kanak,baby sukakan dia, InsyaAllah, dia bakal menjadi bapa /Suami yang penyayang.

P/s :  Setiap lelaki/wanita mengidamkan bakal Isteri/Suami yang terbaik. Perbaiki diri sendiri dan InsyaAllah, akan ditemukan dengan jodoh yang lebih baik. Semoga adik iparku cepat ditemukan jodoh yang terbaik buatnya. 

14 comments:

  1. Semoga cepat ketemu jodohnya.. Aminnn :)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah memang penyayang nampaknya..Mudah2an ditemukan jodoh yang baik untuknya nanti..

    ReplyDelete
  3. semoga beliau mendapat jodoh yg baik.
    lelaki yg baik hanya utk lelaki yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki yg baik hanya untuk LELAKI yg baik ???
      OMG :O

      Delete
  4. Wahhh seorang calon yang baik nieh..

    Tp cheq dah kawen...hikhikhik.. :)

    ReplyDelete
  5. heheheh alamak takde calon adik pompuan la...klu tak boleh kenan2 kan :p

    ReplyDelete
  6. sy ada adik pompuan bole la wat calon hahaha

    mmg suke ciri2 lelaki yg jenis sayangkan budak2 dari situ dah nampak dia sorang yg penyayang

    ReplyDelete
  7. boleh buat bakal adik ipar ni.. masih kosong lagi ke? hehe..

    ReplyDelete
  8. betul2x..lelaki selalu kalo mesra alam ngan budak2, insyaallah akan jadi ayah yg baik & penyayang..

    smg cpt bertemu jodoh & bertemu jodoh yg baik..amin!!

    ReplyDelete
  9. wah untungnye bakal isteri adik ipar awk.. :0

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails