Showing posts with label adik ipar. Show all posts
Showing posts with label adik ipar. Show all posts

September 9, 2011

Untungnya Siapa yang Jadi Isteri Adik Iparku

Ke mana tumpahnya kuah Kalau tak ke nasi. Jiwa Penyayang Atok Alisya turut diwarisi oleh Adik Iparku. Yup, adik iparku tinggal sekali dengan kami serumah. Masih lagi bujang tapi sudah berpunya rasanya. Memang ketiga-tiga anak buahnya termasuklah Alisya cukup sayang dan rapat dengan Ayah Sunya ini. 


Tengoklah ni, sampaikan kadang-kadang time tidur pun :



Alisya nak tidur dengan Ayah Su nya
Dah terlelap barula kami angkat bawa masuk bilik kami

Honestly, saya sendiri memang tak pernah lagi berjumpa dengan insan seperti adik ipar saya ni. Tidak pernah berkata tidak bila diminta pertolongan dan tidak pernah saya tengok dia melawan kata Mak/Bapa Mertuaku. No wonderla, Mak Mertua bukan main sayang lagi dengan anaknya yang bongsu ini sampaikan Isteri pun turut jealouss..Hik3...

Yup, memang beruntung siapa yang bakal jadi Isteri Adik Iparku. Penyayang dan jiwa kebapaan sudah terserlah. Kata orang kalau nak tahu orang itu boleh menjadi seorang bapa yang bagus, tengok cara dia berinteraksi dengan kanak-kanak. Kalau kanak-kanak,baby sukakan dia, InsyaAllah, dia bakal menjadi bapa /Suami yang penyayang.

P/s :  Setiap lelaki/wanita mengidamkan bakal Isteri/Suami yang terbaik. Perbaiki diri sendiri dan InsyaAllah, akan ditemukan dengan jodoh yang lebih baik. Semoga adik iparku cepat ditemukan jodoh yang terbaik buatnya. 

March 6, 2011

Sweetnya Bakal Birasku


Sweetnya Bakal Birasku. Hadiahkan Kek Birthday dibuat Sendiri sempena Birthday Adik Iparku. No wonder, tengok adik iparku tersenyum sampai ke Pipi. Siap ada pemain bola sepak lagi. Well, well, most men love football. Kenduri besar la nanti agaknya, anak bongsu Mak mertuaku.

Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Semoga perhubungan kali ini ke jinjang pelamin. 

P/s : Oh, Saya nak kek camni juga. Nanti birthday abang, sayang buatkan ya?

P/s/s : Nyam,nyam,tak sabar nak rasa kek ini. Tentu sedap kan?
Related Posts with Thumbnails