October 29, 2011

Tiada Aedes, Tiada Denggi

Kecil-kecil cili padi. Kecil-kecil merbahaya sekali. Itulah yang boleh dikatakan tentang Nyamuk Aedes, pembawa utama kepada Demam Denggi. Rakan seofis dan kakak ipar saya pernah kena demam denggi dan dimasukkan ke hospital beberapa hari.Demam panas,sengal otot, dan tidak bermaya. Memang sedih bila mendengar pengalaman mereka. Sehingga sekarang masih belum ada lagi vaksin untuk demam denggi ini.

Apa Itu Demam Denggi?
- "Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya."
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Tanda-tanda demam denggi antaranya demam berterusan selama 3 hari dengan suhu boleh mencapai 40C, sakit sendi, gatal-gatal, keradangan ,pendarahan pada kulit ,Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), dan pelbagai lagi bergantung kepada pesakit.


Kebiasaannya macam kes rakan sepejabat dan kakak ipar, ianya akan sembuh selepas beberapa hari dengan  makan ubat seperti yang disarankan, banyakkan minum air kosong , minum 100Plus ( umm, partni belum ada kajian saintifik lagi), dan mengikut nasihat doktor. Namun, denggi ini lebih berisiko tinggi kepada kanak-kanak terutamanya kerana daya tahan melawan penyakit belum lagi sekuat orang dewasa.


Berdasarkan Sumber dari TV3, untuk enam bulan pertama tahun 2011 , Kes Denggi Menunjukkan Penurunan yang memberansangkan hasil daripada kempen yang berterusan dan kesedaran orang Ramai.



Bagus dan ianya perlu diteruskan.Kata orang , mencegah lebih baik dari mengubati. Bagi ibu dan bapa, langkah pencegahan bolehla dilakukan dari rumah lagi especially buat mereka yang tinggal di rumah yang bertanah. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga antaranya musnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar-tayar kosong yang terbiar, dan letakkan abete(racun membunuh jentik-jentik) di bekas jambangan bunga.


Antara langkah lain yang kami ambil especially pergi ke tempat yang jarang dikunjungi/bercuti, kebiasaannya kami menyapukan Pureen Rekito buat Alisya . Alhamdulillah, setakat ini berkesan dan jarang kami nampak kesan gigitan nyamuk di badan Alisya.



Selain daripada itu, masyarakat perlu memainkan peranan juga antaranya mengadakan gotong royong dengan lebih kerap especially di tempat yang menjadi pembiakan nyamuk Aedes, kempen kesedaran, menjaga kebersihan/tidak membuang sampah merata-rata dan juga saling mengingati antara satu sama lain. Platform blogging ini juga boleh digunakan bagi berkongsi informasi tentang Bahayanya Denggi dan langkah-langkah yang boleh diambil.


Langkah pencegahan perlu dilakukan oleh setiap individu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Mencegah lebih baik dari mengubati.Wujudkan persekitaran yang lebih bersihdan sihat bagi menjamin kesihatan bersama. Dari rumah ianya bermula, di sekolahpun boleh dilatih sama, masyarakat berganding bahu, dan ianya akan lebih mudah bagi mencegah demam denggi ini.

Jadi, marilah sama-sama berganding bahu bagi mencegah demam denggi kerana ianya adalah tanggungjawab bersama.


Tiada Aedes Tiada Denggi
Walaupun kecil, si cili padi
Bersama kita mengambil langkah mulakan dari diri sendiri
Mencegah itu lebih baik dari mengubati 


Jom Ganyang Aedes

Lebih informasi berkenaan pencegahan dan membasmi Demam Denggi ini bolehla terjahi laman web ini : http://www.gayahidupsihat.my/

11 comments:

  1. cepat2 buat fogging.. hapuskan aedes.. hehe

    ReplyDelete
  2. betul.. nyamuk ni kecik je tapi boleh bawa maut .. sama2 kita beringat untuk jaga kebersihan.. tq info..

    ReplyDelete
  3. salam bro
    terima kasih di atas info ni,macam kat tempat saya,dua bulan sekali ada sembur asap dan gotong royong bersihkan taman.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni kawasan umah nyamok dah tak banyak terbang2, dlm tahap terkawal lagi, tapi LIPAS DAH SEBESAR AYAM, TIKUS DA SEBESAR KUCING!!!! tahap gaban punyer revolusi tumbesaran!!!

    ReplyDelete
  5. hmmm.. tak pernah jumpa pureen rekito tu.. mungkin boleh cari selepas ni..

    ReplyDelete
  6. saya penah masuk hsptl sbb denggi.. tapi hubby lagi teruk kena denggi berdarah ..masuk icu..alhamdulilah hubby selamat

    ReplyDelete
  7. Pureen rekito nie produck baru kot.... p/s : AYAT macam sponsored post je....hehehehe

    ReplyDelete
  8. memang seksa bila kena denggi, habis lemah satu badan ni. rs mcm mimpi ngeri jer dulu 3 beranak kena. skang memang fobia dengan nyamuk aedes, every mth 3 botol tu spray beli, list wajib beli.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...semalam baru je lepas operasi rumah :)

    ReplyDelete
  10. anak sulong saya pernah kena denggi Nov 2008. Masa tu br pindah kat rumah skrg ni & most of rumah masih kosong..tu la punca byk nyamuk kot..

    selain 100+ ada org kata makan sup ketam boleh cpt recover, tak tau la kan...

    yg penting usaha utk mencegah lebih baik..

    ReplyDelete
  11. SOKONG JUGE KEMPEN NI BRO GTO!

    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/10/kuasa-ganyang-aedes-terletak-di-tangan.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails