November 17, 2011

Give Away|Coca-Cola Limited Edition Heritage Bottle Set

Cantikkan Coca-Cola Limited Edition Heritage Bottle Set ini?

Special edition sempena 125 tahun Coca-Cola. 

Satu set ada 2 botol di dalamnya, satu replika botol pertama yang dikeluarkan pada tahun 1886, dan satu lagi replika yang dikeluarkan 125 tahun selepas itu (terkini...)

Umm, teringin untuk memilikinya? Of course, Give Away limited edition ini specially buat pembaca blog eyriqazz.com . Camne nak menang? Hik3, sabar-sabar, sebelum tu jom layan video ini :

Memang kreatif...Special Coca-Cola video bergermerlapan di bangunan PWTC 

Aiseh, kenapa sebelum ni balik kerja tak perasan ya? Hik3, no wonderla, sampai rumah before pukul 7, ianya dipasang dari pukul 8 malam sehingga 2 pagi 4-10 November yang lepas...

Hik3, antara pengalaman bersama Coca Cola antaranya excited nak kumpul Coca-Cola Glass Meal ini dari Mcd. Yerlah, nampak lain dari yang lain...Huk3, tidak tertunai hasrat di hati nak kumpulkan koleksi..Ada yang dah pecah pun ada...Maybe next time..

Orite, buat pembaca blog eyriqazz. Mahu menang :


Limited Edition ini?

Syarat-syaratnya :

1) Komen di entry ini "Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola...." Tidak melebihi 100 patah perkataan ya...
2) 2 pemenang yang memberikan komen terbaik akan memenangi 1 set each....

Tarikh tutup adalah 1159malam, 19 November 2011.


Boleh dijadikan Collection Item or Make Money from it later 

Special thanks to Coca-Cola for sponsoring the prizes for this Small Contest....

Good Luckk....

25 comments:

  1. Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola ialah menjadikannya minuman wajib bersama panadol ketika bersukan ketika zaman sekolah.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman menarik yang sukar dilupakan bersama Coca Cola ialah...

    Coca cola membuatkan saya adik beradik sentiasa bergaduh dan berebut untuk mendapatkannya. Beli 1 botol kecil tapi nak kena kongsi bertiga. Siap main kejar-kejar dan tarik-tarik baju untuk dapatkan tegukan yang terakhir coca cola itu! Ada masanya kami naik basikal bersama-sama ke kedai untuk membeli sebotol Coca Cola.
    Coca Cola kenangan keriangan dan kegembiraan menikmatimu bersama adik-adikku tidak dapat digambarkan. Coca Cola - keranamu jalinan kasih sayang terpatri hubungan kian mekar melatari kehidupan ini!

    ReplyDelete
  3. Pengalaman akak

    Dulu masa kecik kitaorang ada camping dan kitaorg jadi fc. Masa junior buat aktiviti waktu malam...kitaorang lepak-lepak dekat pondok sekolah.

    biasalah waktu malam mesti laparkan pasal last makan waktu petang.
    kebetulan budak lelaki yang sama tingkatan nak pergi warung sebab nak beli makanan naik motor.

    diorang tanya kitaorang kalo nak beli apa-apa tak?.
    kitaorang suruh ajer beli nasi goreng dengan air coca cola sebab tengah ngantuk dan nak tidur pun tak boleh.

    Bila minum air coca cola barulah segar sikit sebab boleh sendawa..kira cam buang anginlah....hehe...

    dalam 15 minit lepas tu, mereka balik bawak makanan dan air coca cola pastu diorang cakap tak payah bayar sebab dorang belanja kami.

    Ishh rasa pelik kejap...tapi kitaorang buat bodoh je sebab waktu tu cikgu suruh kitaorang kumpulkan junior bawa pergi khemah untuk tidur..

    haaa...waktu untuk makan...minum air dulu...glup!!wek!!air apa ni??

    rupanya bukan akak aje buat reaksi macam tu tapi kawan-kawan yang lain pon sama...bila rasa betul-betul...rupa-rupanya kicap!!

    mangkuk hayun betul..lepas tu kitaorang pon ingat nak makan nasi. lepas buka je bekas makanan..kitaorang memang tahan geram je waktu tu..sebab kat dalam tu ada batu ngan rumput..bengang gila la waktu tu...kitaorang pun tidurlah dengan kelaparan yang melampau...

    esok paginya...terus perli-perli diaorang...

    walaupun perkara tu menyakitkan..tapi kenangan tu lah akak ingat sampai sekarang...

    ReplyDelete
  4. Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola....

    Pengalaman zaid tak la sehebat mana pun tapi zaid nak cerita sikit sebab teringin sangat nak set coke ni sangat cantik..

    ok ceritanya macam ni, teringat masa zaman sekolah dulu, time tu ada world cup dan coke ada buat peraduan. Peraduannya kena kumpul penutup tin warna merah dan hantarkan kepada diorang kalau nak menang jersey. so masa kecik-kecik tulah zaid pergi cari tin coke kat tepi jalan semata-mata nak kumpul penutup merah. Satu hari tu zaid pergilah cari tin kat satu restoran cina ni, diorang ada jual TUTT.. so dengan selamba zaid pi masuk kedai dia mintak penutup tin merah dari tin coca-cola.. haha nasib baik uncle tu baik dan kasilah 2-3biji penutup merah tu.. esok lusa zaid datang lagi sebab dah pesan kat uncle tu suh simpankan kalau ada... hambik. satu plastik besar dia simpankan utk zaid.. nak dijadikan cerita satu hari tu singgah lagi kedai uncle tu.. tiba-tiba mak zaid pun lalu kat hadapan kedai tu.. apa lagi ambik kau mak zaid tarik telinga zaid sampai kerumah.. memang malu gak masa tu tapi taklah malu sangat sebab masih kecik... mak zaid cakap orang ramai nampak kau makan TUT kat kedai uncle... haiyaaa... diorang ni memang suka gossip cakap zaid makan TUT padahal zaid nak penutup coke je.. tak makan apa pun.. so lepas pada tu zaid dah tak pergi kedai uncle tu.. dan syukur dengan koleksi penutup merah yang uncle tu simpankan kat zaid dapat juga zaid jersey special edition tu.. dapat 5 helai lagi.. so zaid bagi satu kat uncle cina tu then dia suka sangat.. so dia belanja zaid minum coke kat kedai dia.. haha. itulah ceritanya... :)

    ReplyDelete
  5. beshnya baca mcm2 pengalaman :) --tp mcm ada yg lebih 100woerds tu hehhe me tak de pengalaman menarik lah plak...

    ReplyDelete
  6. Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola ialah asyik sendawa bila minum kerana gasnya yang banyak..sekejap2 sendawa kuat pulak tu..orang pakat tengok jer...hehehe

    Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR
    Santa 2011 xpakai rusa dah...dia pakai..
    soalan killer buat lawyer
    Libresse boleh jadi anak patung
    RM 30 Shopping voucher

    ReplyDelete
  7. alamak panjangnya pengalaman.. pengalaman yg menarik cuma my mil ada satu tabiat setiap kali raya mesti beli soft drink berbotol2 & yang pastinya termasuk cocacola. And percaya tak cocacola lah soft drink yg paling cepat habis compare to others brand.. & my hubby pun kena pg beli lagi berbotol2 sbb tak sanggup dgr sepupu-sepapat tanya "coke dah takde? coke habis" -KENANGAN RAYA BERSAMA CCA-COLA.. EVER YEAR HAPPENS!!

    ReplyDelete
  8. Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola..

    Dulu2 setiap kali balik sekolah agama confirm sy dgn adk sy akan singgah kedai untuk beli air coca cola ni. kitorg selalu beli yg dalam botol kaca tu sbb murah sket. Tiap kali lepas beli mesti berebut2 nak minum.dahla berebut time naik basikal. adik sy bonceng kt belakang, sampai kadang2 tumpah la kat baju sebab nak berebutkn minum coca cola ni dengan saya. kalau beli coca cola yang botol kaca, mesti saya mintak sekali tutup botol tu untuk dibuat main.kitorang panggil main ceper.

    Itulah pengalaman sy dengan coca cola.

    ReplyDelete
  9. Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola adalah bila Coca-Cola menjadi minuman untuk tuang puasa zaman aku kekanak dulu. Kami minum kat pantai memang da jauh dari pandangan orang.

    Tapi ntah macamana leh kantoi plak tu ngan cikgu sekolah aku pada hari tu. Dan botol Coca-Cola tu telah menjadi bahan bukti.

    Dan oleh sebab itu aku dan kekawan kena denda berdiri depan perhimpunan sambil pegang botol coca-cola.

    ReplyDelete
  10. Pengalaman menarik bersama Coca-Cola ialah,membesar seiring dengan perubahan dan reka bentuk setiap kulit luar tin Coca-Cola. Coca-Cola juga tidak pernah lupakan setiap peristiwa penting diseluruh negara. Umpama duta kecil yang meniti dari tangan ke tangan,sesiapa jua pasti akan membelek dahulu tin sebelum minum. Pasti akan membaca Coca-Cola adalah penaja kepada majlis rasmi yang besar contohnya sukan Piala Dunia.

    Coca-Cola juga berkongsi setiap kegembiraan di hari perayaan. Tanpa hidangan Coca-Cola,kurang meriahlah suasana. Iklan promosi minuman kegemaran ramai juga tidak mengecewakan.

    Namun begitu,nostalgia yang sukar dilupakan ialah,melihat botol kaca Coca-Cola. Zaman kanak-kanak dulu sering ternampak botol kosong Coca-Cola akan disusun kemas di warung-warung kampung. Sehingga kini masih teringat lagu Coca-Cola yang lama. Uhhh Coca-Cola yeahhh...

    ReplyDelete
  11. Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola adalah...

    saya pernah digelar oleh kawan-kawan HANTU COKE sebab tiap kali pergi mana-mana mesti ade stok COCA-COLA dlm beg...smpaikan makan kt mana-mama kedai pon order COCA-COLA je...tak pernah order minuman lain...tak kira masa siang malam, bulan puasa ke tak bulan puasa...always in my mind is COCA-COLA...sanggup tak makan tau daripada tak dapat COCA-COLA...kiranya dalam banyak2 minuman COCA-COLA adalah nombor satu la dalam kehidupan masa mude remaja dulu.

    ReplyDelete
  12. pengalaman dengan coca cola adalah amat jarang minum coca cola..hehe

    ReplyDelete
  13. kenangan manis tak ada la sangat bro...tapi ini baru terjadi 2,3 hari lepas...masa tu dalam pukul 3 pagi kot...bangun mamai..kluar dari bilik...lepak kat meja depan ruang tamu rumah sewa...saya mmg ada satu penyakit kalau bangun dari tidor ja mesti nak cari air yang rasa ala ala cola sikit..tak kisah la coca cola ke..pepsi ke...tp plg best vanilla coke la...masa bangun tu.duduk kat meja tu...masih mamai lagi...sambil merenung atas meja...ada la setin coke atas tu yang dah dibukak...adui sape punya nak merobek nafsu ni....dalam dok mamai tu..boleh saya hentam sampai habis setin....pastu dengan muka inesen masuk bilik tidor...pagi esok...member saya bangun dan tanya...wehh sapa tibai coke aku smpi habis..dan sampai ke harini saya diam...bro rasa saya patut bgtau tak?? hahaha...tp pagi tu sy tgk ada semut dlm tu...klw saya tak minum pun..semut masuk gak kan? so saya dah menghalang kerugian besar besaran kan?haha. at least tak ada la buang sampai setin air coke...GILA KOT NAK BUANG SETIN. rugiiii.....~~~brrrrrrrrrr satuuu~~~

    ReplyDelete
  14. pengalaman dengan coca cola....
    yang paling minat coca cola adalah my hubby..mana-mana pergi coke..makan nasi minum coke..makan kfc pun dengan coke....paling best makan panadol pun bersulam coke...

    anak aku pulak penah sekali dia goncang tin coke tu dengan tiada niat apa-apa..datang abangnya pergi bukak dalam kereta..berlambak la coke kat muka abang dia..bila tanya napa adik goncang coke tu...adik pun jawab dalam sleng pelat dia...
    " adik tak goncam pun..adik nak pegam je"

    satu lagi kes bapak aku...minggu lepas kena muntah & cirit birit..tak lalu makan..kira tak selera langsung la...bila call dia cakap abah minum la 100 plus boleh recover balik...dia cakap abah dah minum coke...apa kena mngena pulak tu???? tak paham aku...

    aku minum coke tapi sometimes sebab gas dia memeritkan tekak...

    ReplyDelete
  15. Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola adalah pernah menjadikannya sebagai tambahan dalam perapan ayam BBQ dan hasilnya adalah mengujakan ! Oh Yeah !Coca Cola !!

    ReplyDelete
  16. PENGALAMAN MENARIK BERSAMA COCA-COLA

    Peristiwa ini berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu. Mak & ayah aku bawa aku dan adik-beradik bersiar-siar di pantai. Bermain, berlari sana sini. Tiba-tiba, terasalah haus. Jadi aku dan abang aku pergi gerai yang berdekatan beli air. Air yang dibeli adalah Coca Cola. Lepas beli, saya dan abang berlumba-lumba ke arah mak dan ayah. Secara tidak disedari, terlanggar pula dengan seorang wanita ini. Dia pun minum air Coca-Cola. Semua air dalam tin-tin Coca-Cola tu tumpah dan memanglah tak boleh minum lagi. Sebab tu, abang belikan yang baru buat dia. Berkenal-kenalan selepas tu.


    Kini, wanita itu kawan wanita istimewa abangku sekarang :)

    sekian. terima kasih!

    ReplyDelete
  17. Sebu! Mana taknye, habis sepinggan besar tepung goreng tepung aku dengan nasik 2 pinggan! Bila dah habis makan aku rasa loya nak muntah. Aku dah tak tahan, aku panggil brader kedai minta kira. Terus aku keluar duit sambil kepala dah berpeluh tahan sebu. Lepas 10 minit brader tu sampai bagi duit baki ngan setin Coke. Burrrpppppp!! Satu kedai ketawa dgr aku sendawa lepas minum. Malu beb, berlari aku keluar restoran. Berkesan! Tapi angin ada sikit lagi jadi aku beli setin lagi Coke sebab Coke yg brader tu bagi aku tinggal atas meja sebab dah malu sgt..haha.

    ReplyDelete
  18. Pengalaman sukar dilupakan bersama Coca-Cola;
    aaaahhhh… Coca-Cola….

    Sebelum nier aku kerja sebagai pengendali program. Aku bekerja dalam satu department yang kecil dengan manpower yang terhad, tapi aku dan rakan sekerja terpaksa multi-task; dari segala kerja-kerja pejabat hingga ke melakukan kerja-kerja fizikal sebagai penyediaan program, semuanya terletak di bahu kami.

    Dengan kekuatan sebanyak 5 manpower sahaja, kami berjaya mengendalikan program dengan jumlah peserta sebanyak 800 orang dengan lancar, tetapi letihnya tak payah cakaplah. Bukan setakat badan je yang penat, tetapi minda pun down.

    Nasib baik ada Coca-Cola untuk menyegarkan kembali badan dan otak kami.

    Coca-Cola refreshes body and mind.
    ABUYA HAYAT

    /*Komen sampingan*/
    Ps: Bro, thanx for dropping by @BLOG SESUMPAH. Entri tuer belum design muktamad lagi. Ada gak design lain cam yang nier;
    a)Contest Saya Nak Menang Hadiah
    b)Orange Monday
    c)Cute Moonster
    d)footer/bahagian bawah blog pun baru dicustomizekan.
    Anyway, thanx so much for the comment. Most definitely I’d change the font colors :)
    Sub-ps: Komen untuk Coca-Cola tuer tepat 100 perkataan…

    ReplyDelete
  19. "Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola...."

    Saya masih ingat satu kejadian saya dan COKE ketika berada dalam tingkatan 5.

    Satu hari sebelum naik bas sekolah
    Saya sempat membeli sebotol air coke yang sejuk. Kebetulan cuaca sangat terik jadi peluang untuk menikmati air Coke memang tidak akan saya lepaskan.

    Sedang saya asyik menikmati tiba-tiba bas sekolah tiba dan membunyikan hon. Saya terus berlari tanpa menyedari saya tertinggal botol air coke tersebut.

    Saya sudah melangkah naik dalam bas, tiba-tiba saya menyedari saya tertinggal botol coke di atas pangkir. Tanpa teragak-agak saya terus berlari mendapatkan air coke saya.

    Gembira sungguh hati saya apabila melihat botol coke masih saya berada di situ. Malangnya saya telah ditinggalkan bas sekolah. Terpaksalah saya menelefon ibu saya untuk mengambil saya dari sekolah. Sadis kerana sebotol Coke habis saya kena bebel ibu, sadis.

    ReplyDelete
  20. Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola....
    Dulu setiap sekali sebelum lawan bola, mesti aku minum air coke ngan panadol sebagai penambah tenaga. Kemudian stamina akan meningkat. Tapi siapa yang tak pernah try jangan amalkan ye. Takut ada kesan negatif plak nanti.

    Anyway, aku memang suka kumpul barang coke nie, sebab ada seni. Tak percaya. Leh tengok kat Live blog aku. Fazsya.tumblr.com

    Aku baru share gambar, gelas coke yg terkumpul ada kat ofis nie.. He he..

    ReplyDelete
  21. My coca cola unforgettable memories was when i stole one can from my house fridge during chinese new year, you see, i was an asthmathic kid since young and i was forbidden to take cold canned drinks, but somehow i just wanted to try it that year.. yea i got caught at by my parents at the end, but well, it was worth it :)

    ReplyDelete
  22. Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola ialah masa 2 saya dan tunang saya tgk wayang, biase la mesti ade popcorn dengan coke. Mase kt dlm panggung 2,sblh kiri tunang saya dan sblh kanan orang lain. Tgh2 lyn wyg 2, saya dgn selambanya mencapai air yang disblh kanan dan trus sedut. Dalam hati, 'td aku bli coke nape rs ice lemon tea....rupa2nya air org sblh. Dengan tersipu2 malu saya minta maaf dan tunang saya ketawa kecil melihat saya. Dan bile masa nk tgk wyg je, tunang saya slalu sindir 'Jgn minum air org eh'....Haha....

    ReplyDelete
  23. Nak masuk jugak lah..

    Pengalaman adalah kenangan..

    Kenangan itu yang hingga kini mengusik jiwa dan kekal abadi disanubari. Semasa itu time study n the geng yang otai-otai...minum coca-cola sambil menyanyi-nyanyi..Chopp...chopp...Coca-cola yehhhh..yehhhh....

    Akak...bila minum coca-cola je mesti saja-saja nyanyi..Chopp...chopp...Coca-cola yehhhh..yehhhh....masa tu pemes iklan tukan, tu yang syok sakan..Bila selalu jer cakap chopp2..hingga sekarang best friend panggil akak chopp.. Dulu hubby pon panggil chopp..coca-cola yehh..

    Buat kan hati kekadang tersenyum sesorang...kenangan itu indah...

    ReplyDelete
  24. "Apakah Pengalaman Menarik/Sukar dilupakan bersama Coca-Cola...."

    Pengalaman yang mendekatkan saya bersama coca-cola adalah kejadian semasa saya belajar di kolej dulu. Tin coke nie betul-betul jatuh atas kepala, hamba allah mana la yang buang dari tingkat atas, nasib la air dah tinggal skit, then air tu terus meleleh masuk dlm mulut, not bad rasanya. Start from that day la i suka minum coke. (Actually i sempat collect 4 glasses of coke glass meal by McD)

    ReplyDelete
  25. alamak baru perasan entry ni...
    NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!
    saya penyokong tegar (addict) Coca Cola since sekolah rendah but terlepas nak menang botol2 comel ni..
    UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails