December 22, 2011

Beratur Panjang Demi Wang Kertas Baharu

Fuhh,serius kagum dengan mereka ni yang sanggup beratur panjang dan ada antara mereka yang sudah beratur dari pukul 5-6 pagi untuk membeli Wang Kertas Peringatan Baharu yang mula dijual hari ini. Info check entry INI . Tentu ramai antara mereka ni collector dan juga penjual koleksi wang kertas. Yerlah, ada siap yang sound dengan security kerana cuba nak beratur dua kali lepas dah membeli. Limited edition dan terhad berapa seorang boleh beli .


Lebih kurang pukul 8 pagi. Ramainya orang

Sanggup beratur panjang

Barisan sehingga luar pagar BNM

Eyriqazz sangkakan lepas tu legalah, bolehla singgah nak beli kan. Lebih kurang time lunch hour, 1pm+, suasana masih lagi tidak berubah :

Barisan Masih Panjang. Ada yang mencuba nasib beratur dua kali. Ada yang dikantoikan Security BNM

Umm, tak sanggup beratur panjang

Hik3, kalau ada rezeki bolehla beli next time. Boleh buat give away kan? Dengar cerita, siapa yang beli set penuh RM300, boleh dapat no. siri yang sama untuk setiap denominasi. Tunggu 2-3 tahun lagi, dari RM300 ni maybe boleh cecah RM500 or RM1K ,especially kalau dijual kepada collector wang. No wonder ramai yang sanggup beratur panjang kan? Short term pain, for a long term gain, good investment....

P/s : Wang Kertas Baru or Wang Kertas Baharu? 

10 comments:

  1. Gila kentang bro.. Ramai gila..

    ReplyDelete
  2. baharu merujuk kepada "new"

    baru merujuk kepada "just"

    * jgn terkeliru.... slmt beramal ;)

    ReplyDelete
  3. ramai orang sekarang dah pandai beli aset untuk dibuat aset kan...yang penting ada value gitu...

    ReplyDelete
  4. Salam. Oh ramai benar orang..

    Saudara, saya ingin bertanya bagaimana hendak mendapat info mengenai collector wang ni? Sangat berminat nak tahu.. Tq atas kerjasama.

    ReplyDelete
  5. walaupun saya ni peminat numeristik dan collector duit tapi sy pilih syiling drpada wang kertas...nilai dan seni jauh lebih tinggi kalo jadi collector syiling..oh ya eyriqazz,duit syiling 1 sen tahun 1983 jadi buruan numeristik dan collector sekarang..harga mencecah Rm3000++ sekeping!jadi belek2 la tabung kot ada..hehehehehehe

    ReplyDelete
  6. wow.... cantik kot duit baru ni... agak2 kenape tiba2 ada duit RM20 eh...

    ReplyDelete
  7. no more duit gambar bangunan2 mercu tanda kemegahan........ semua flora + fauna.... tapi tetap cantik!!

    *benda baharu semua nampak elok*

    ReplyDelete
  8. Untuk dapatkan barang limited edition memang ramai orang sanggup beratur panjang sampai berjam-jam... pada mereka ianya amat berbaloi...

    ReplyDelete
  9. Short term pain, for a long term gain,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails