December 26, 2011

Filem Ombak Rindu Tidak Mengecewakan


Ombak Rindu Oh Ombak Rindu

Hebat sungguh penangan Filem Ombak Rindu ini, sampaikan isteri merengek-rengek minta nak tengok filem ini. Umm, tak elok kecewakan hati seorang ibu yang tengah pregnant kan? So, dipendekkan cerita, semalam pergila kami menonton filem 

Ombak Rindu di TGV KLCC

Dah lama tak tengok wayang. Harga tiket pun dah naik. Kalau tak silap, last time RM11 je dewasa, now dah RM14. Kanak-kanak RM9. Yup, kami bawa sekali Alisya sambil berdoa dia takla merengek or menangis di panggung wayang tu nanti.

Di Dalam Panggung. Kasi Pop Corn je terus senyap

Papa, kenapa gelap ni?

Mujurla, Alisya tidak menangis or merengek. Cuma minta susu, dan kadang-kadang menyampukla bila dengar dialog yang pelik-pelik. "Papa, Kakak Nangis.." Papa, Kucing...Papa, mana Chipmunk? Hik3, biasalah, tentu diapun excited kot.

Overall, filem Ombak Rindu ni tidak menghampakan. Eyriqazz suka scene-scene pemandangan cantik yang diambil di sawah padi, di pantai, Cameron Highlands, dan pelbagai lagi. Sejuk mata memandang. Pelakon pun pandai memainkan watak yang dilakonkan terutamanya tiga watak utamanya iaitu Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Memang menyengat aura mereka. In term of penceritaaan,boleh tahan juga.Dunia fantasi sudah semestinya lebih indah dari dunia realitikan? 

Nasib baik sempat juga sempat tunaikan hasrat isteri, dengar cerita last week minggu terakhir filem ini ditayangkan di panggung wayang. 

P/s : Kalau nak menang Novel Ombak Rindu pula, bolehla singgahi SINI.

5 comments:

  1. bui dh tengok..bg bui tak best sgt..mayb sebab dh baca novel kot..sbb novel dia sgt best..hehe

    ReplyDelete
  2. Bro...tiket harga time public holiday dan ahad kalau tak silap...anyway sesekali tengok movie ngan family pun best gak kan...

    ReplyDelete
  3. ...dah boleh download.hukhukhukhuk...

    ReplyDelete
  4. suka tengok scene permandangan dekat sawah.Overall filem Ombak Rindu boleh la tahan.

    LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails