December 21, 2011

Gula dalam Susu Tepung | Apa Kata Pakar Nutrisi Kanak-Kanak?


Masih keliru/tertanya-tanya tentang Gula dalam Susu Tepung untuk membesar anak-anak? Yupp, inilah yang bermain-main di fikiran Isteri eyriqazz especially. Refer entry sebelum ini :




Kata pepatah melayu, " Malu Bertanya Sesat Jalan". Akhirnya, kami berkesempatan berjumpa sendiri dengan Pakar di Sesi Bersama Key Opinion Leaders di Bora Asmara, beberapa bulan yang lepas.  Mereka begitu berpengalaman dalam bidang nutrisi kanak-kanak,karbohidrat dan juga gula tambahan di dalam makanan di Malaysia. 

Memang gembira bila dapat berjumpa dan have a discussion face to face with Professor Davies, Director for Children’s Nutrition Research Centre, University of Queensland, Australia and Dr John Monro, Principal Scientist, Institute for Plant and Food Research, New Zealand. Mereka berada di Malaysia ketika itu dan  dijemput sebagai speaker utama untuk kajian badan bebas di symposium perubatan untuk   pakar terkemuka profesional kesihatan Malaysia, ahli akademik dan pegawai-pegawai Kerajaan yang terkemuka berkenaan gula tambahan pada diet makanan kanak-kanak.

Di sesi inilah saya berkesempatan untuk bertanya apa yang terbuku di hati. Kata orang, nak kepastian, kenalah tanya yang pakar. Barula sumber itu lebih dipercayai dan diyakini. Well, memang banyak juga soalan yang saya tanya, dan inilah lebih kurang perkongsian yang ingin dikongsi, lanjutan dari entry saya sebelum ini :



1) Macam mana nak detect kandungan gula tambahan (added sugars) pada susu tepung?
Jawapan : Semaklah label. Antara ingredient yang termasuk dalam gula tambahan adalah sucrose, corn syrup solids, glucose syrup. Selain itu, Semak di label "Karbohidrat untuk setiap hidangan" . Kandungan normal adalah 11-12g
of karbohidrat per serving. Anything above that, adalah added sugars.




2) Karbohidrat di label Susu tepung? Betulke ianya contain mainly gula?
Jawapan : Ya. Istilah "karbohidrat" di dalam susu tepung seperti di label ,consists of only sugars ( natural lactose+ added sugars).
 


3) Apakah cara lain untuk menilai kandungan gula di dalam susu tepung anak-anak?
Jawapan : Cubalah taste rasa susu anak-anak anda. Adakah ianya manis? Jika ya, berkemungkinan besar, added sugar are included in the product. 

4) Bukanke gula diperlukan untuk kanak-kanak? Kalau tidak terlebih di susu tepung, mungkin terlebih di tempat lain i.e makanan anak-anak yang lain seperti roti, nasi, etc.
Jawapan : Ya. gula diperlukan oleh anak-anak namun pada kuantiti yang diperlukan. Suggestion lebih kurang 7 sudu gula sehari (38 gram per day) untuk anak-anak pra-sekolah. 


Obesity Kids (Credit picture to Google)


5) Apakah implikasi ‘terlebih gula(added sugar) dalam perkembangan anak-anak?
Jawapan : Antaranya adalah ‘kegemukan’ dan obesity di kalangan kanak-kanak. Statistik menunjukkan Asia mempunyai bilangan yang paling besar kanak-kanak yang ‘terlebih gemuk’ dan obesiti. Ianya bakal mengundang risiko kesihatan di masa hadapan seperti kencing manis.



6) Pelbagai kandungan yang agak mengelirukan di dalam susu tepung kanak-kanak yang mungkin memberikan extra benefit i.e. DHA, pepejal sirap jagung (corn syrups), marin, kolina bitartat,dan sebagainya. Adakah ianya penting dan mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk membesar?
Jawapan :  Secara general, susu tepung membesar kanak-kanak mengandungi nutrient yang diperlukan untuk membesar kanak-kanak contohnya untuk perkembangan otak dan fizikal.  Apapun, ada sesetengah susu tepung membesar ditambah “added sugar” bagi memberikan lebih rasa dan cover rasa extra ingredient yang dicampurkan sekali (i.e. marin yang diextract dari ikan).

Jadi, dari penjelasan di atas, saya menyarakan bagi ibu/bapa seperti saya, buatlah pilihan yang bijak dalam memilih susu tepung yang terbaik bagi anak-anak. Kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jika dari bayi lagi mereka sudah dibiasakan dengan yang manis, memang akan lebih mudah mereka meneruskan habit itu ( Alisya pun sudah semakin nampak semakin gemarkan makanan yang manis, mungkin one of the reason sudah terbiasa dengan ‘added sugar’ di dalam susu tepung yang digunakannya kini. Yupp, kami pun dalam proses untuk beralih ke “No Added sugar” di dalam susu tepung. Better late, than never kan?

Sekali lagi, inilah pandangan dan saranan buat ibu/bapa di luar sana :

1) Apa jua nama yang digunakan di label susu tepung i.e. natural sugars, added sugars, corn syrups solids,glucose syrups solids, sucrose all of them adalah gula dan semakin tinggi penggunaannya, semakin tidak elok untuk kesihatan anak-anak. Apapun, tiada sucrose tidak berkamkan tiada gula tambahan. Semak kandungan karbohidrat dan rasa kemanisan susu tepung membesar anda anda untuk mengenalpasti kewujudan gula berlebihan .

2) Cubalah rasa sendiri Susu anak-anak anda. Adakah manis or OK? How about their behaviour? 


3) Semak Kandungan Gula untuk Susu Anak Anda. Semak di label "Karbohidrat untuk setiap hidangan" . Cam kes anak saya, 24g. Paras normal adalah 11-12g, so disini setiap hidangan sudah terlebih lebih kurang 13 g added sugar.

*Under Malaysia labelling act for Children Growing Milk, Carbohidrat on the label contains only sugars level (either naturally present or added into it)

4) Pilihla Susu Yang Terbaik Untuk Anak-anak.Bukan setakat bandingkan harga dan jenama, tapi bandingkan sekali apa yang terbaik untuk kesihatannya. Well, semuanya bermula dari kita. Tepuk dada, tanya selera.Wish us Luck. Bigger result start with small actions.

5)Jika masih belum berpuas hati, keliru, ataupun tertanya-tanya, langkah terbaik, bertanyalah kepada Doktor ataupun Dietician. Pandangan profesional lebih memuaskan hati dan lebih dipercayai, tidak gitu?. - Gembira akhirnya saya sudah dapat penjelasan dari pakar dan saya berpuashati dengan penerangan yang diberikan. It is not an easy step untuk menukar susu tepung, namun jika ianya ke arah kebaikan, tak salahkan? Be a Smart Parents for a better future of our kids.

Last but not least, buatlah “informed judgement” dan jangan hanya berpandukan kepada kata-kata dan pujukan rakan-rakan,dan  sumber dari internet yang tidak disertakan dengan fakta yang tepat. Ya, harga antara faktor terpenting dalam memilih susu tepung, namun “kualiti dan kuantiti” sepatutnya “go hand in hand” rite?. Tanyalah pada yang pakar jika masih keliru .
 Anak yang Sihat akan lebih Menggembirakan Hati Ibu dan Ayah
  
 P/s : “ Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang memilih susu tepung untuk membesar anak-anak, pilihla yang terbaik untuk kesihatan dan masa depannya”. Apa pula pandangan anda?

31 comments:

  1. ibu bapa sekarang kalau tengok anak gemuk minum susu disangka anak tu sihat.tengok yang kurus dikatanya anak tak minum susu dan tak sihat..
    padahal yang gemuk tu terlebih gula..

    ReplyDelete
  2. susu ibu adalah pilihan yg terbaik... xde susu tepung yg leh lwn khasiatnye.. :)

    ReplyDelete
  3. Penerangan FAKTA sebegini memang berguna berbanding kita buat andaian sebegini

    ReplyDelete
  4. salam, nak jemput GTO join giveaway

    http://bamyuyu.blogspot.com/2011/12/ladies-photographer-giveaway.html

    lucky draw-hadiah menarik:)

    ReplyDelete
  5. betul, terpulang pada kite ibu dan bapa ape yang kite nak untuk anak kite

    ReplyDelete
  6. susu tepung sekarang banyak yang nak untung je tapi tak jaga nutrisi untuk kanak2

    ReplyDelete
  7. tu laa payah skng. dulu susu ibu senang, tarak payah fikir gula ke hape

    ReplyDelete
  8. susu ibu adalah susu yg terbaik untuk anak. jimat pn jimat. tp skg..anak xmau susu ibu, nak susu lembu lak..duhai anakku. isk =(

    ReplyDelete
  9. Saya memang suka minum susu sejak dari kecil. Sehari satu gelas. Daripada pengalaman saya, susu skim ialah susu terbaik. Jenis susu ni susah nak cari. Yang saya tau ada dijual di tesco atas jenama tesco. Saya belum pernah jumpa susu skim daripada jenama lain lagi. Susu skim ni memang pure. Harga mahal sikit.

    ReplyDelete
  10. tq for sharing...at least mama yg tak berkesempatan nak dengar talk ni dapat jugak info..

    my kids selalunya kan bila kerap minum susu mula la hyper semacam..yer la kabohidrat = tenaga =aktif tak hengat..huhu

    ReplyDelete
  11. Buat masa ni anak sulung kami mamanya nak susukan sampai 2 tahun.. hope termakbullah cita2 nya

    ReplyDelete
  12. #diana :indeed..can't agree more...

    ReplyDelete
  13. #SuZiE :x dapat dinafikan lagi....susu ibu memang terbaik..

    ReplyDelete
  14. #hazman aka species1980 :better ask the expert kan?

    ReplyDelete
  15. #yangyuyu :thanks for invite...

    ReplyDelete
  16. #Em's Family:tepuk dada,tanya selera...

    ReplyDelete
  17. #Rozuan Ismail :nutrisi tu ada, cuma ditambah situ dan sini...

    ReplyDelete
  18. #Matjoe:masa kita kecik2 dulu, memang payah nak jumpa kanak-kanak bawah 6 tahun yang gemuk kan?

    ReplyDelete
  19. #AiNa Rahman :hik3...InsyaAllah kena caranya dia kembali sukakan susu ibu..susu ibu tetap yang terbaik kan?

    ReplyDelete
  20. #Fazreen:patutla bro mantap bersukan..kongsikan tips stamina skit bro di blog...

    ReplyDelete
  21. #Eswahyudi Kurniawan :can't agree more...

    ReplyDelete
  22. #MamaYatie :Alisya pun samalah...nak tidurpun bukan main susah...

    ReplyDelete
  23. susu ibu bukan saja terbaik, lagi sedap tuuu...
    cuma tak semua ibu dpt menyusukan anak sebab kerja(sebab ni masih ada jalan lagi), memang takde susu atau sebab2 yg tak boleh elak.

    ReplyDelete
  24. susu ibu je pun habis gak nanti..

    lagi lagi pasangan yang tak buat family planning..

    ReplyDelete
  25. Thank for info ...
    Sat gi nak check susu anak ..

    TApi kalau terlebih pun payah g ak.... diaorang ni susah kalau tukar susu .... tak mau ...

    ReplyDelete
  26. anak2 kakyong kurus slim2 jer.. hehhe.. kalo termakan yg terlebih manis depa cepat2 minta air masak...


    nak jemput eyriqazz join contest kakyong..

    http://ibualiya.blogspot.com/2011/12/contest-giveaway-ibu-sihat-anak-riang.html

    ReplyDelete
  27. setahu pembelajaran saya, hehe...gula dlm bentuk fruktose xper..sbb dtg dari buah2an..tp kalau glukose pastu diubahsuai, teruk ckit la...
    http://dzuandiey.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails