December 8, 2011

Pementasan Teater 1 Plastik Hitam

PEMENTASAN TEATER 1 PLASTIK HITAM
Tempat : DI STOR DEWAN BAHASA & PUSTAKA (DBP)
Tarikh : 7 HINGGA 11 DISEMBER 2011


Intisari/Sinopsis Teater :

1 Plastik Hitam mengisahkan sebuah beg plastik hitam yang ditinggalkan oleh seorang Perempuan Purdah di sebuah taman awam. Perempuan Purdah tersebut meminta jasa baik seorang Budak Permpuan Beruniform Sekolah yang sedang duduk di sebuah bangku menjaga plastik hitam tersebut sementara beliau pulang mengambil sesuatu yang tertinggal.

Sebelum itu, Budak Perempuan Beruniform Sekolah juga telah diminta oleh Busker untuk ‘menengok-nengokkan’ keadaan taman tersebut. Kemudian, taman tersebut didatangi pula Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis. Kehadiran mereka berdua mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua dan Budak Perempuan Berpakaian Sekolah mengenai kewujudan beg plastik hitam tersebut. Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis berasa curiga dengan isi kandungan plastik hitam itu dan ingin membukanya. Apakah hasrat mereka?

 Apa jenis tentangan serta pergelutan di antara Lelaki Perkasa dengan Graduan Muflis? Dan apa kesudahannya? 


Teater berdurasi 1 jam 15 minit membariskan 5 anak muda berpengalaman seperti Karl Shafek, Ameera Ramli, Fasyali Fadzly, Anas Ridzuan dan Fazleena Hishamuddin. Pas masuk boleh didapati dengan harga RM20 pada hari persembahan dan juga boleh ditempah dengan menghubungi Hilal Azmi di talian 019 357 2093.

Makluman lanjut boleh didapati di laman Facebook dengan carian 1 Plastik Hitam atau di Twitter dengan carian hashtag #1PlastikHitam.

Sila layari youtube.com : http://www.youtube.com/watch?v=g6PDz8sNJXs untuk video promo =p

P/s : Memang syok juga layan teater ni,last teater yang sempat eyriqazz tengok adalah :

Persembahan Teater Peta Oh Peta Sempena Festival Kesenian Kanak-Kanak 2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails