January 24, 2012

Accident Depan Mata

Petang tadi semasa pulang, di simpang tiga nak menghala ke rumah, saksikan Accident depan mata. Lampu untuk kami sudah hijau untuk masuk ke simpang, namun ada satu kereta ni di jalan sebelah lagi tetap tidak berhenti. Motosikal di hadapan kami pun terus jalan jugak. Bumm, langgarla kereta dan motosikal itu, di Simpang Jalan Rusila,Marang,Terengganu ....

Terbang Mamat motosikal tu...Motosikal terseret di bawah kereta. Saya berhentikan kereta sekejap dan kasitau penduduk setempat, yang silap kereta itu tak berhenti dan terus jalan. Yang menjadi mangsanya, penunggang motosikal itu. X sempat nak berhenti lama coz adik nak balik KL malam ni. 

Fuhh, inilah jadinya bila peraturan jalan raya diambil ringan. Tak pastila selamat ke tidak penunggang motosikal tu, masa adik pulang dari kedai gunting rambut, katanya dah dibawa kehospital. Pemandu Kereta (Perempuan) sudah diambil dan dibawa keluar dari kereta cepat-cepat, takut dipukul dengan penduduk setempat coz yang kena langgar tu rasanya tinggal tak jauh dari situ. Adussh,kalau nak cepat pun ,pandula berhati-hati, yang tidak bersalah pun menjadi mangsa. Bukan kita je nak cepat, orang lain pun nak cepat juga...Jalanraya ini milik bersama, bukan milik seorang kan?

P/s : Berhati-hati di jalan raya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. "Ingatlah, Jalan Raya ini Milik Bersama".

9 comments:

  1. malang tidak berbau..tapi kdg2 kita boleh cari jalan utk elakkan bau2 busuk nih..

    ReplyDelete
  2. malang tidak berbau. kerana nak cepat seminit jer... macam2 boleh berlaku...
    yangbaik memang takut nak berhadapan dengan kemalangan di depan mata sendiri... biarlah di tempat lain.

    ReplyDelete
  3. ni akibat jadi buta warna kat trafic light ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah kesiannya.. tak sanggup tengok eksiden depan mata..minta dijauhkan malapetaka ni kepada kaum keluarga kita..

    ReplyDelete
  5. gara2 kejar lampu kuning laa tu..

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang sama ngn insiden rietta xberapa lamer dlu....keta tuh nak kuar simpang sebelah kiri jalan, dia nak trus ke jalan sebelah kanan...mata dia asik pndang line sebelah kanan....rietta yang sedang gerak kt sebelah kiri dia xpndang...dah dkat rietta ngn dia, sebelah kanan kosong, dia trus kuar....alahai..nasib xterbang macam supermak...tapi teruk gak la moto dan tuan moto nie...huhuhu....

    ReplyDelete
  7. uish.. fobia bila traffic light ni sebab dah pernah pengalaman langgar org.. erghh!!

    ReplyDelete
  8. tulah.. kekadang kita dah berada dijalan yg betul tapi malangnya orang lain yg cuai .. kita jadi mangsa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails