January 25, 2012

Local Delights Recipe | Selera Tranung


Semalam sempatlah singgahi Restoran Local Delights Recipe yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Punyalah excited untuk singgahi di sini apabila ianya keluar di Jalan Jalan Cari Makan TV3 . Nampak gaya pengacaranya @ Qushairi nampak menggiurkan.

First Impression masa sampai, umm, kenapa tak ramai orang? Saya silap singgah restoran ke? Umm, dah betul. Pilih-pilih tempat dan agak frustla juga coz tak banyak pilihan makanan time saya singgah ni. 

Ketupat Sotong. So far, Ok la...Biasa-biasaje. 
Kuih Cek Mek Molek. Gula tidak hancur. Makan still rasa gula yang masih keras
Biar Malu-malu,biar segan-segan. Kerna Malu itu....

Isteri pula makan Pengat Durian. Alisya pula makan Pau Kelapa. Order air laici dan 2 teh o ais. Umm, honestly, pandangan peribadi, makanan di sini biasa-biasa saja. Serius saya tertanya-tanya camna boleh keluar di jalan-jalan cari makan tv3. Yang lebih membuatkan rasa sedih, total makanan dan minuman adalah RM21.80. Agak mahal kan? Mungkin sotong kot mahal. 

My suggestion, Jalan-Jalan Cari Makan sepatutnya ambil restoran yang betul-betul sedap dan menepati citarasa. Ini kali ketiga rasanya frust dengan pilihan jalan-jalan cari makan. 1st Restoran Sekinchan Ikan Bakar, 2nd Restoran Putera Ayu Shah Alam dan ketiga yang ni. Umm, next time kena lebih berhati-hati apabila nak terjahi restoran yang kuar di Jalan-Jalan Cari Makan. 

Selamat Tinggal Local Delights Recipe. Ini maybe my first n last time singgah sini kot...

14 comments:

  1. perut lapar. terasa dah gas-gas mula menerawang menghentak-hentak dinding perut ~,~'

    ReplyDelete
  2. Hoho kat mana tuh? Xpasan pun ada hehe
    Jjcm tu saje je makan mcm plg best :p

    ReplyDelete
  3. biasanya yg dihidang untuk kuar tv tu mesti yg masak sedap2 punya.. yg dihidang kat pelanggan lain pulak.. huhu.. bad.. bad..

    ReplyDelete
  4. restoran pun nampak suram je..

    ReplyDelete
  5. i second ur opinion on Restoren Sekinchan Ikan Bakar tu. We have one dekat segambut. mcm best la dgn poster dia yg besar2 tu. i beli 3 ikan pari kecil sgt dah rm60.00!...so overpriced and tak sedap pulak tu. for MERE rm15, i leh dpt a delicios and medium size ikan pari bakar tepi jln kuching tu...u knw!

    ReplyDelete
  6. aku naik heran jugalah.. kenapa kalau kita tengok makanan yg dihidang time jalan2 cari makan sedap.. tetiba time kita pegi indah khabar dari rupa... rasanya sebelum pegi tu kena tengok review org lain dulu kot.. betul tak bro

    ReplyDelete
  7. same kes gak masa aku pergi kat satu restoran kat bangi masuk JJCM....service out...rasanya lately nie TEAM JJCM tak kisah pasal pemilihan kedai makan....aper kate bro panjangkan isu nie kat FACEBOOK JJCM...

    ReplyDelete
  8. kadang2 JJCM ni main celup asal boleh jer.. dia pun mcm just nak penuhi slot dorang...

    ReplyDelete
  9. nurul pernah makan kat sini... mkanan biasa biasa jer:-). harga x thu plak sebab kwn yg bayar...:-)

    ReplyDelete
  10. biasanya, kalau kedai tu sedap masakannya, tengok orang aje. Orang ramai, sedap la tempat tu. kalau sikit. faham-faham la..

    ReplyDelete
  11. Betul2 sokong 100%, tak semua restoran yang keluar di JJCM tu sedap, indah kabar dari rupa je, patutnya mereka kene lebih teliti, kalau betul sedap, harga setanding dengan rasa baru boleh featured dlm JJCM bukan main tangkap muat je. Eriqazz better buat satu blog post about ni.. biar terbukak sikit penerbit JJCM...

    ReplyDelete
  12. JJCM main terjah je restoran mana2. diorang ckp je sdap sdgkan diorang sendiri pun makan xhabis..
    *maybe laa

    ReplyDelete
  13. Laa..Kan JJCM tu cari duit..maybe restoran ni bayar utk masuk prgm ni kn. Ni salah satu cara utk promosi laa. Masuk TV @ masuk paper..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi