April 27, 2012

Majlis Aqiqah Azim

2 minggu lepas, 13 April 2012, sempatlah eyriqazz sekeluarga mengadakan Majlis Aqiqah anak kedua , Azim , di kampung halaman Isteri, Kelantan.


Puteraku, Azim

Marhaban... Berpeluh-peluh eyriqazz time ni..Nervousss
7 Lapisan Kain Batik. Kata Nenek Isteri, Adat orang tua-tua dulu
Bacaan doa
"Tahnik"

Tahnik - Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah `tahnik’, iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma. Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata. 

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain. 

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh. 


Credit Here

Bukan main lagi Azim menghisap...Semoga Jadi Anak yang Soleh
Alhamdulillah, berjalan lancar semuanya
Jemput makan, 3 ekor biri-biri dikorbankan
Tak cukup seekor lagi coz niat kalini untuk Azim dan eyriqazz sekali, mungkin akan dicukupkan dengan buat Ibadah Aqiqah Secara Online tak lama lagi
Order Catering jer, kuih jala,nasi dan etc
Quzi Kambing Biri-Biri... Sedap juga

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi
Lebih gembira dengan kehadiran Mak dan juga keluarga dari Terengganu
Cukur rambut Azim lewat sedikit coz tukang gunting ada hal pula. Takperlah, yang penting buat kan?

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tak sabar untuk pulang ke kampung. Isteri kata, Azim bukan main kuat menyusu skangni, makin cepat membesar. Alisya pula tengah kena "Chicken Pox". Telefon Mak, mak cakap rupa-rupanya eyriqazz pun pernah kena chicken pox masa usia dlm 1-2 tahun dulu. 

P/s : Weekend ini, bukan lagi Gaya Dinner 'Orang Bujang'

19 comments:

  1. fokus dkt alisya je...comel betul dia.hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Baguslah dah buat awal2 lagi aqiqah..senang..tak payah nak pikir2 dah nanti..

    ReplyDelete
  3. Wah..mcm2 info psl majlis aqiqah kt sini..1st time ana tau psl 7 lapisan kain batik tu..utk pe sbnanye slain dr adat?n psl 'tahnik' tu pn,br tau..thnks 4 sharing!>_<

    ReplyDelete
  4. Kak Long langsung tidak mahu berenggang dengan papanya.

    ReplyDelete
  5. aku dulu cukurkan rambut ilham masa kali pertama..

    ReplyDelete
  6. copppp!!..nampak roti jala...alamak!...terliurrrrr...hahaha..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah bro.. selesai perkara yang perlu... semoga azim akan menjadi anak yang solleh... amin

    ReplyDelete
  8. Muka Azim dah berubah sikit dari masa yang lahir dulu..

    aloo comelnyer alisha..

    ReplyDelete
  9. waktu bersila nak tahnikkan anak tu,gaya macam nak bernikah jer...tapi sekali pandang je lah,sebab dua kali pandang baru nampak baby duk depan tu..seronoknya ada baby kecik comel ni...

    ReplyDelete
  10. syukur...dan tahniah... saya kehilangan (keguguran) pada 1 April 2012...dan namanya say letak abdul azim... itu yang baca entry ini :)

    ReplyDelete
  11. tahniah... dan Alhamdulillah.. saya baru kehilangan anak pada 1 April 2012 (keguguran)..namanya pun saya letak Abdul Azim

    ReplyDelete
  12. tahniah bro. haha, nak jumpak azim bila ni

    ReplyDelete
  13. setahun lepas kak sha dan abg hatta pun buat kenduri aqiqah untuk damia. alhamdulillah. anyway masa tu kak sha yg dukung damia sbb kumpulan marhaban is kumpulan ibu-ibu...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah slmt semuanya, tape Alisya kne kcik2, tkot da bso nnti dia malu..

    tp still ksian kt dia, bkn dia tau apa2..thn gatal n merenyam2 jela. mzt merengek je..

    tape ayh n ibu thn ajela ye...sabo byk2..rencah mmbesokn ank..huhu

    ReplyDelete
  15. Alhamdullilah. Semoga menjadi anak yang soleh :)
    Kang nanti alisha mesti jeles banyak entri ttg azim plak

    ReplyDelete
  16. simpan artikel ni khas untuk azim baca bila dah besar nanti

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails