June 15, 2012

Perfect Romantic Escape

Teringat lagi detik berhoneymoon kali pertama tahun 2009 di Pulau Langkawi. Tak sampai seminggu lepas kahwin, terus terbang ke Pulau Langkawi menikmati Honeymoon kami. Pengalaman pertama ini memang sukar dilupakan. Pertama kali juga bawa kereta buat pertama kali lepas dapat lesen sebelum kahwin. Kekok juga la time tu, nasib baik ada Isteri  tersayang di sebelah.

Memang best bercuti/Honeymoon di Pulau Langkawi. Banyak juga tempat menarik yang dilawati, antaranya :


Dataran Helang, Pulau Langkawi. Slim lagi time ni...Hik3...

Taman Buaya. Buat muka cekudal, banyak Sang Buaya cuba nak mengorat Isteriku...
Syuuh, syuuhh, pi main jauh-jauh

Langkawi Cable Car. Gayat juga dibuatnya. Memang layan...

Memang seronok berhoneymoon di Pulau Langkawi. Namun, sayang, banyak tempat menarik dan aktiviti yang tak sempat buat time ni i.e. Island Hopping, melawat Beras Terbakar, Makam Mahsuri, etc...

Honeymoon kali kedua tak kurang menariknya. Lebih menarik, semuanya disponsor menang Contest Anjuran Astro dan Nuffnang timetu.. 
Hadiah Teristimewa | Honeymooner's Package worth RM1,700+ (3D2N) di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu

Memang Cantik..Mengadap Pantai. Suasana pun Santai

Alisya macam faham-faham, malamtu tetiba dia nak pula tidur di BabyCot. Biasanya memang taknak. Nak je tidur sebelah kami. Ehem, ehem, one of the night that I will remember forever, dan hasilnya :
-Isteri disahkan mengandung sebulan lepas itu. Rasanya hasil dari Projek di Honeymoon kali kedua ini-

Time berhoneymoon, mood lebih santai dan gembira. So, kebarangkalian bagi yang merancang untuk mendapat anak agak lebih tinggi. Dengar cerita, rakan blogger @ Madammondoq kini pregnant 8-10 minggu hasil   Berhoneymoon di Awana Kijal, Terengganu . Tahniah diucapkan Madam..

“If you could go wherever you want, where would you go and why did you choose that as the perfect destination for you and your partner?”
Jawapan saya, saya akan memilih Pulau Langkawi lagi sekali kerana ianya mengembalikan nostalgia Percutian @ Honeymoon kali pertama. Bolehla buat aktiviti yang menarik di sana i.e. Island Hopping, melihat matahari terbenam, shopping (financially dah getting better), dan etc. Dan tempat yang akan saya pilih adalah :


Awana Porto Malai Langkawi (Credit picture Here )

Sebab utamanya, adalah lokasinya yang agak strategik dengan pemandangan yang agak cantik especially kalau dapat menginap mengadap Sea View...

Cantik kan? (Credit picture Here )

Plus, banyak respons dan testimoni positif tentang Awana Porto Malai Langkawi ini. Selain lokasinya yang strategik, layanan nya juga terbaik , pemandangan yang cantik, bilik yang memuaskan hati, tempat makan yang santai ,romantik dan pelbagai lagi. 

Selain itu, pengalaman saya selama ini bersama Hotel dari Genting Awana tidak pernah mengecewakan. Contohnya :


Tiap-tiap tahun, ini lokasi wajib kami. Bilik yang memuaskan, makanan yang menyelerakan, layanan yang mesra, kemudahan pengangkutan naik ke atas Genting Highlands disediakan. Love it, gonna visit this Hotel lagi tahun ini rasanya. 

Time ni pergi Treasure Hunt Syarikat

Viewnya di tepi pantai dengan banyak aktiviti menarik boleh dilakukan, bilik yang cantik, design hotel yang agak unik, swimming pool dan pelbagai lagi buatkan saya terpegun dan jatuh cinta. 

Hanya Awana Porto Malai Langkawi saja yang belum pernah saya pergi untuk resort yang disediakan oleh Awana Hotels & Resort. Namun saya yakin, ianya tentu menarik dan sebagus Resortnya di Genting Highlands dan Terengganu.
Perfect Romantic Escape saya idami
Destinasi pilihan Pulau Langkawi
Tempat menarik, banyak aktiviti untuk dinikmati bersama yang tersayang sudah semesti

30 comments:

  1. langkawi sgt best .. dan tahniah utk baby baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..besttt...anak kedua dah 2 bulan

      Delete
  2. kte tak sempat honeymoom...bunting pelamin..hehehe

    ReplyDelete
  3. Semua tempat best ..Awana Kijal tu belum sampai lagi

    ReplyDelete
  4. menarik sungguh entri ni..
    sweet giler eyriqazz ngn isteri..hehe

    ReplyDelete
  5. Ehem-ehem tu yg tak tahan tu. haha. bro bro

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum, slmt pg jumaat cik eyriqazz n wife..

    wah xboleh thn nengokkkan pic no.1 ngn 2 tuh.. somi steri slim melim ko..ensem n ayus gitu..hehehe


    oooooo aaaa ermm ^^ -ambk tip2 bln mdu-

    a'ah madam pn da ada kn, thniah sgt2 kt madam..

    sonoknyer bile org sume da ada..aku je tadew..hukhuk..

    ReplyDelete
  7. untung lah ada org sponsor honeymoon~huhu

    ReplyDelete
  8. Awana Porto Malai mmg best!!

    ReplyDelete
  9. Owwh... nie mesti entry untuk contest GENTING HIGHLANDS tu kan.... cerita yang menarik bro....GOOD LUCK yea

    ReplyDelete
  10. Hihihihi...statement 'projek honeymoon berjaya' menikam kalbu sungguh...

    ReplyDelete
  11. Congrats la GTO.... Ni nak kena ajak husband pergi tempat jauh2 jugak untuk 2nd baby... Hope success macam GTO jugak gamaknya...

    ReplyDelete
  12. x pernah honeymoon, terus melekat ajer.gi honeymoon ngan anak dah kali pertama. ni baru rancang2 nak honeymoon kali kedua, tiba2 melekat dulu :p

    ReplyDelete
  13. Bila pula bro hendak merancang honeymoon ke negara sejuk pula? :-)

    ReplyDelete
  14. awana kijal kalau siapa nak pergi inform2 la..dekat je saya dgn awana kijal..hehehehehe

    ReplyDelete
  15. Memang langkawei tempat yg best untuk honeymoon.. wah... impiam nih.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh!! Nmpaknya Cik Nurul dah ada tempat untuk honeymoon bila kawen nanti ;)

      Delete
  16. pernah honeymoon anniversray ke-4 kt awana porto malai langkawi..mmg best

    ReplyDelete
  17. Bestnyer....

    Dah lama tak ke Langkawi..
    Boleh consider untuk anniversary la tempat ni, sempat lagi himpun duit ;)

    ReplyDelete
  18. serious..awana siries hotel memang sangat menyelerakan...good luck untuk contest tu..

    dah lama teringin nak bercuti kat awana porto malai tu..ada orang kata pemandangannya macam kat pusat peranginan luar negara..huh!! eh boleh join lagi ke? hehe..adess..

    ReplyDelete
  19. all the best eyriqazz...

    kak sha dan abg hatta pun honeymun di awana porto malai dulu.. :)

    ReplyDelete
  20. langkawi memang besttttttttttttt :D

    ReplyDelete
  21. romantik incik eyriqazz yer...takpe la romantik pon dengan isteri...:-)

    ReplyDelete
  22. Honeymoon sorang2 pun best.. hahaha..

    ReplyDelete
  23. subhanallah,cantik pemandangan tu bro!....nak jugaklah honeymoon pas ne.hahaha..kawen pun blum.

    ReplyDelete
  24. tp pakej yg sy amik tu dh tkde dh kt awana porto malai..aritu ada gk member tnye nk amik pakej sama

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails