July 15, 2012

Apa Yang Penting : Kerjasama


Teringat-ingat pula dengan video ini. Begitu petah Alisya sekarang ini. Terasa begitu cepat masa berlalu. 3 tahun sudah usia Alisya kini. 

Papa : Alisya nak adik tak?
Alisya : Nak, nak..

Itulah persoalan yang diajukan kepada Alisya tahun lepas . Ianya menjadi kenyataan :
 Yup, Berdua lebih baik. Adalah teman untuk bermain
Bukan main lagi Alisya cuba membacakan buku buat Azim, Si Adik
Tidur pun nak sebelah Adiknya...

Yup, berdua lebih baik dari satu. Berkahwin lebih gembira dari hidup bujang. Two Things work better than one. Itulah yang kami praktikkan dalam keluarga kami. Bagi Alisya dan Azim, antara yang kami titik beratkan adalah pemakanan mereka. For us, kami memang memilih :
Anmum Essential untuk Alisya dan Anmum Rumusan Bayi untuk Azim

Untuk Azim, terpaksa ditambah dengan Rumusan Bayi kerana susu Isteri tidak begitu banyak untuk diperah bila nak dihantar ke Pengasuh tapi susu badan tetap diberikan apabila berada di rumah. Salah satu sebab kami memilih Anmum Essential, adalah kerana Tiada kandungan Gula Tambahan di dalam Susu Tepung ini.

Selain itu, faktor lain adalah kandungan Ingredientnya yang lain yang amat penting dalam perkembangan otak dan pembesaran anak-anak. Susu tepung, antara makanan utama anak-anak jadi ianya amatlah penting. Antara kandungan utamanya adalah :
DHA dan Gangliosida - It work hand in hand
Saling melengkapi antara satu sama lain

DHA - Ianya penting untuk perkembangan otak yang optimum.Elemen utama dalam perkembangan sel otak.
Gangliosida - Menghubungkan sel-sel otak ( brain sel connection).

Ianya saling melengkapi satu sama lain. DHA saja tidak mencukupi kenala tambahi dengan ingredient lain seperti Gangliosida ini. Syukur, Anmum Essential membekalkan kedua-duanya ini. Apa yang penting? Kerjasama. Berdua lebih baik dari satu. DHA with Gangliosida lagi baik dari DHA alone . Anmum Essential kini dengan peningkatan formulasi yang memberikan kandungan DHA dan Gangliosida yang lebih baik/banyak.

Berkongsi pengalaman, semenjak menggunakan Anmum Essential ini, nampak perubahan yang positif ke arah Alisya. Caranya berfikir, cara dia menjawab soalan walaupun belum kami hantarkan ke sekolah, cara dia meniru gaya, cara dia mencipta lirik lagu sendiri :
Alisya tiru aksi gunting rambut. Rasanya dia ternampak aksi tukang gunting rambut mengguntingkan rambut Mamanya di Pulau Pinang bulan lepas
Lukis gambar Papanya yang "Comel"
Kami tidak pernah mengajarkan dia cara menggunakan Sudu dan Garfu, melalui pemerhatian, dia cepat belajar...Sel-sel otak berfungsi dengan baik..
Alisya with IPAD 2

Yangni antara eyriqazz kagumi. Memang Eyriqazz tidak ajarkan function IPAD ini kepada Alisya. Namun, dari segi penggunaan, rasanya Alisya lebih mahir dari Papanya. Gerak-gerak alihkan folder di dalamnya, cari video di dalam youtube, etc. Kadang-kadang, wondering juga, camne budak di umur 3 tahun ini yang masih belum pandai menulis boleh mencari video kegemarannya di Youtube? Umm, pemakanan itu memang penting dan Anmum Essential membekalkan zat yang Alisya perlukan untuk membesar lebih sihat dan bijak.


Feedback dari Ibu-ibu yang menggunakan Anmum Essential untuk anak-anak mereka

Bagi Eyriqazz sebagai ketua keluarga, rasanya kami membuat pilihan yang bijak beralih ke Anmum Essential tahun lepas. Banyak feedback positif dan Alisya pun nampak membesar dengan lebih sihat dan bijak. Susah juga kalau terkasi jawapan yang salah .

Papa : Alisya, dah malam ni..Tidurla kat belakang ..
Alisya : Tak, tak, cerah lagi..Mana malam lagi Papa...

Adussh, pening juga dibuatnya. Bijak menjawab dan berfikir... Itulah yang diinginkan kan? Yup, memang Eyriqazz rekomenkan Anmum Essential, reasonnya bolehla baca testimoni dan Pengalaman Bersama Anmum Essential selama ini , atau lebih lanjut bolehla layari laman webnya di http://www.anmum.com.my

"2 things work better than one" sudah semesti
DHA dan Gangliosida saling melengkapi
Anmum Essential ingredient terbaik Alisya gemari
Anak sihat dan lebih bijak gembiranya hati

16 comments:

  1. Budak budak sekarang , yg di ajar lambat , tk di ajar cepat pula .. heheh

    alisya n adiknya muka sama je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka sama? Muka Papanya or muka mamanya?

      Delete
  2. Budak2 cepat belajar! Tambahan minum susu Anmum ni....

    ReplyDelete
  3. entah macam mana lah rasanya ada sebuah keluarga sendiri dan punyai anak kan??

    ReplyDelete
  4. sama la dgn beberapa anak buah den...kerja main ipad jer...hebat pulak tuh...budak2 skrg...hehe

    ReplyDelete
  5. Saya perasan, Kanak-kanak sekarang ni memang semakin bijak.. Anak saya yang baru berumur dua tahun setengah dah mahir menggunakan aplikasi dalam komputer dan telefon bimbit.. Kalau main game memang expert.. semua benda dia boleh explore..

    Masa say kecil-kecil dulu mana tahu pasal benda ni semua.. Saya baru mengenali komputer kietika berumur 12 tahun.. maklumlah orang kampung.. Tapi budak zaman sekarang ni memang jauh lebih advance..

    Perkara ni terjadi Mungkin akibat minum susu yang tinggi kandungan Protein dan zat-zat lain yang terdapat di dalamnya.. selain itu, mereka telah terdedah kepada teknologi sejak kecil lagi..


    Pertarungan sengit di antara Eyriqazz Vs Denaihati

    ReplyDelete
  6. DHA dan gangliosida berfungsi sempurna :)

    p/s:: bibir alisya dan azim samalah.hehehehe

    ReplyDelete
  7. aku tak pernah lagi guna susu anmum ini, dekat kepala dah set dengan susu snow tapi dah baca cerita kau ini rasa yang akan datang nak cuba berali arah ke anmum lah.

    ReplyDelete
  8. budak2 skg memang advance, cepat belajar.. pemakanan memang penting utk perkembangan otak & minda sikecil.. comel & bijak si Alisya ni kan,

    ReplyDelete
  9. selamat pagi sahabat,,,saya suka dengan artikelnya,sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  10. susu untuk yang 21 tahun ada tak? =)

    ReplyDelete
  11. Salam Bro.. Comel pulak gambar Alisya potong rambut tu..hehehehehe..

    ReplyDelete
  12. susu penting utk pembesaran anak2 mcm anmum ni terabiklah...

    ReplyDelete
  13. susu penting utk pembesaran anak2 mcm anmum ni terabiklah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails