October 18, 2012

Ebook Review - Pelaburan Hartanah Tanpa Modal


Fuhh, finally, sempat juga habiskan baca Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal dari Saufi Karim. Giler gigih,107 muka surat dibaca lebih kurang dalam seminggu.  Yerlah, dah pasang niat nak miliki rumah ketiga tahun depan. Impian kena ade kan, barula lebih ke hadapan.

Inilah review dari saya, pandangan peribadi dari seorang "Banker, Part Time Blogger, pemilik 2 buah rumah dan Ex Ah Long with a license one "

#Tajuk Ebook
- Agak catchy dan menarik. Tengok tajuknya pun, terus terasa nak beli. Honestly, this ebook saya beli. RM50 dari JomNiaga. "Invest in knowledge is one of the best Investment"

# Pengenalan/Pendahuluan 
- Pandangan peribadi, agak panjang pengenalannya. 20 muka surat menceritakan tentang jenis-jenis pelaburan yang terbaik di Malaysia, Apa itu Aset, Apa itu Liabiliti, dan Objektif Utama Pelaburan Hartanah. Hik3, I blame u Abang Ensem for this (knowing about this earlier coz hadiri seminar hartanah AE)... Apapun, bagi sesiapa yang masih baru dalam bidang hartanah, this part boleh dijadikan panduan kenapa mahu terlibat dalam bidang hartanah.


#Main Point - Pengenalan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal dan Kelebihannya (PHTM)
1) Case study dan pengalaman peribadi Tuan Saufi Karim diterangkan di sini. Pengalaman pertama beli rumah tanpa modal, beli dari bapa dan mark up kan harganya. COntoh : Rumah dibeli pada harga RM90K, tapi di S&P di mark upkan ikut harga pasaran i.e. RM100K. Buat loan 90% , dapatla loan 90K. So, 100% loan kan? . Sebagai contoh, bukan value sebenar .

2) Everyone can buy home la. Yup, everyone can buy but not everyone berjaya to do it. Kisah AirAsia diselitkan di sini beserta kelebihan Pelaburan Hartanah tanpa modal. Rasanya, almost everyone 'dream' nak beli rumah tanpa modal kan? Including myself. Yerlah, both rumah pertama dan kedua, rasanya kitorang keluarkan lebih dari RM30K untuk memiliki kedua-dua rumah tersebut.

 .
#Teknik-Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
- Di bab seterusnya diceritakan teknik-teknik pelaburan hartanah tanpa modal. Some ada yang saya dah tahu, some saya baru tahu dari ebook tersebut. Ada 6 teknik yang diterangkan. Dalam 6 teknik tersebut, 3 teknik yang sesuai dan boleh eyriqazz praktikkan in future. Bling ,bling..wish me luck...

# Potential Return dari PHTM/ Kes Study PHTM Yang berjaya
- Diterangkan tentang dan case study dari Pelaburan hartanah tanpa modal. Huk3, kalau camni, tak perlu jual rumah first, bolehla praktikkan tips untuk rumah ketiga. Yup, it is not easy tapi tidak mustahil .  This part, turut diterangkan, peguam memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pelaburan hartanah tanpa modal ini. So, choose ur lawyer carefully. Jangan main serkap jarang je...

# Kenal Pasti Lokasi PHTM
- Fuhh, dalam pelaburan hartanah, apa yang penting? "Location,location ,location". 

# Bonus Part 
- Cara mengira pinjaman perumahan yang anda mampu secara kasar
- Kenal pasti lokasi yang strategik
- Tips Mudah Lulus Pinjaman Rumah
- Tips bagi yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah
- Strategi menjadi Pelabur Hartanah

- Lokasi-lokasi strategik untuk Pelaburan Hartanah. Yieza, tempat eyriqazz salah satu kawasan strategik . umm, no wonder harga melambung-lambung sekarang ni .

# Gaya Penulisan 
- Gaya bahasa yang mudah difahami dan agak jelas. Cuma, kekurangan gambar. Kalau letak gambar, mungkin lebih menarik. Just personal opinion.

# Overall Feedback
- 107 muka surat, agak panjang la juga bagi sebuah ebook. Kalau nadot, mungkin dalam masa setengah jam dah boleh habiskan, eyriqazz makan seminggu dua baru habiskan membaca. 
- Banyak tips menarik , ada yang boleh dipraktikkan, ada yang kurang sesuai dan eyriqazz tidak layak
- Possible to do it tapi tidak mudah untuk melakukannya. "No Pain, No Gain kan?

- Still perlukan modal rasanya walaupun dapat loan 100% i.e. untuk legal fees, stamp duty, valuation report etc. Some bank may absorb the cost but base on experience, tak semua akan di absorb oleh bank.Unless, can mark up the harga at around 15% dari harga yang dipersetujui dan mark up tersebut kena dengan harga pasaran.
- Not easy to find buyer yang tak perlukan at least 2% deposit sebelum Sign S&P. Unless desperate seller dan dia sanggup tunggu. Yup, tak mustahil..."Usaha tangga kejayaan"

#Value for Money
- Tepuk dada, tanya selera. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia hartanah, rasanya ini ebook yang agak sesuai. Juga, bagi yang ingin menambahkan ilmu pelaburan hartanah. "The more, the merrier" ilmu yang dipelajari, kan? Kalau tak masakan my sifu, Abang Ensem @ Jutawan Hartanah pun turut rekomenkan ebook ini....


Lebih lanjut pasal Ebook ini, boleh la singgahi --> SINI


13 comments:

  1. Nice review. terasa macam nak beli ebook tu sebab dah perati dari dulu lagi. belum smp hajat lagi. huhuh

    ReplyDelete
  2. Walaupun kebiasaannya ebook nie adalah ringkas tapi dengan harga jualan RM50 ...pastinya lebih berbaloi - kalau nipis confirm orang rasa cam membazir pulak....

    ReplyDelete
  3. beginilah, mmg bukan 100% tanpa modal, dah biasa dgn perihal rumah ni, mmg takkan jadi kes tak keluar modal langsung. pada aku beli rumah dengan diskaun ni dh byk orang kongsikan diblog dan forum, cuma ianya tak dibuat e-book. on of them ialah cari rumah under development yg developer bagi discount.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..haritu ada beli rumah..hanya keluarkan RM1000 je..sebab ada rebate.

      Delete
    2. IJM land bayar rm500 je. Semua dpt diskaun. Tapi harga boleh tahan la juga.

      Delete
  4. Rumah yg dijual sekarang semuanya nak 2% deposit, susah nak cari. Lain la kalau dah yg nak jual tu .. kenalan sendiri.

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  5. rumah eyriqazz kat PV setapak ye..strategic location tuuuu..hehe

    ReplyDelete
  6. cari rumah ke-3 takpe.. jgn org rumah ke 3.. huhu

    ReplyDelete
  7. hohohoho...buku cerite boleh la habis sejam...buku cenggini mungkin 3-4 tahun gak... hohoho
    haaaa... eyriqazz msti dah terer dah bab2 hartanah ni... ape lg, carikkan sy rumah satu pliss.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Kalau ada penasihat hartanah lebih mudah untuk newbie mencebur diri didalam bidang pelaburan hartanah ini.

    ReplyDelete
  9. berbaloi ke? tadi saya usya dia jual ebook ni rega rm150.. camna nk dpt rm50 tu?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails