October 28, 2012

Sedapke Mi Sedaap?

Semalam, pergi shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara lagi. Ramai yang pulang ke kampung agaknya, mudah pula dapat parking. Orang pun takdela ramai sangat tak seperti masa singgah dulu.


Kuat sungguh penangan iklan. Mi Sedaap eyriqazz beli dek kerna iklan yang nampak menggiurkan. Time supper tadi, sempatla gatal-gatal tangan pekena Mi Sedap ini. Umm, betul ke sedap?

Mi Sedaap, Mi Segera Perisa Kari

Packagingnya nampak cam menarik. Tagline nampak menarik " Jelas Terasa Sedapnya". Umm, betulke sedap?


Nampak Sedap tak?
Jom try...

Dalam paket, ada lebih kurang 2 perencah di dalamnya. Try, try...Umm, personally, tidakla sesedap seperti diperkatakan...Rasanya sedikit rasa cam kari campur tomyam. Personally, in term of preference, mi segera , pilihan saya :

1) Maggi Kari (masih menjadi pilihan hati)
2) Mamee (Pilihan Mak Eyriqazz time Mawi jadi Duta dulu)
3) Mi Sedap  ( Masih belum kena dengan selera saya)

P.s : Lain kali baca pek betul-betul, dah jelas dia tulis "Mi Sedaap" bukan "Mi Sedap"....Huk3, kalau camni, besok lusa nak suruh wifey Buat Coklat buatan Sendiri laa

10 comments:

  1. Mi sedaap ni kalau mi kari sy x berapa suka...saya lebih suka mi sedap goreng je...kalau mi kari sy lebih suka maggi...

    ReplyDelete
  2. kalau lapar,mee sedap tu la paling sedap.hahaha XD

    ReplyDelete
  3. kalau brand mi sedaap , yang sedap mee goreng bro.. hehe

    ReplyDelete
  4. Strategi pemasaran...nama produk boleh mempengaruhi pelanggan untuk membeli hehe.

    ReplyDelete
  5. Mee kosong sahaja bro. Mana hiasannya.

    ReplyDelete
  6. kalau orang lain yang buat mmg sedap.:)

    ReplyDelete
  7. kalau mee sedap kari, kureng sket. y sedapnye mee goreng mee sedap tu. nyum3!

    ReplyDelete
  8. Aku tetap dengan Maggi... ha ha..

    http://www.fazrol.com/2012/10/kenapa-buka-junior-gold-account.html

    ReplyDelete
  9. Kalau perisa kari MAGGI tetap champion....tapi ianya adalah produk mee segera yang dah level international nie...

    ReplyDelete
  10. ena suka mkn mee manggi kari lg dgn tomyam
    memang terbaik la

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi