November 30, 2012

What Will I Do - Masalah dengan Pinjaman Kereta



What will I do jika saya berada di situasi Mrs X seperti di entri INI. Ringkasan permasalahannya :

Mrs X Berjaya mendapatkan bantuan AKPK untuk masalah pinjaman peribadi dan kredit kadnya yang tertunggak 4 bulan. Saya rasakan AKPK membantu dalam mengurangkan jumlah bayaran balik tersebut. Satu lagi masalah timbul berkenaan Pinjaman Kereta yang diambil menggunakan nama adik ipar dan sedang digunakannya kini dan pinjaman tersebut menggunakan slip gaji palsu yang dibuat oleh penjual kereta. Apa yang perlu Mrs X buat?

Cadangan Eyriqazz :

1) Langkah 1 - Berbincang dengan Pihak Bank

- Bawa adik ipar berbincang dengan pihak bank. Adik ipar wajib hadir kerana most bank tidak akan melayan proposal dari third party. Ceritakan kisah sebenar (mungkin boleh tinggalkan part slip gaji palsu tu). Inform bank yang anda dalam masalah kewangan dan mahu reschedule/restructure the loan berdasarkan kemampuan sekarang. I.e. dari RM500 kepada RM300. Lakukan seberapa segera kerana jika legal action sudah diambil, semakin sukar proposal anda untuk diterima pihak bank.
Sekiranya bank bersetuju, selesai masalah. Jika bank tidak bersetuju, minta bantuan khidmat LINK Bank Negara Malaysia, FMB (Financial Mediation Bureau) ataupun bolehla jumpa AKPK . In this case, still adik ipar anda kena mainkan peranan.

2) Langkah 2 – Kurang Perbelanjaan, Tingkatkan Pendapatan
- Hendak atau tidak, kenala planning semula perbelanjaan dan pendapatan bulanan. Tengok balik perbelanjaan dan cuba kurangkan perbelanjaan yang boleh dijimatkan i.e. Astro, bawa bekal dari rumah, dan sebagainya. Tingkatkan pendapatan, cuba bina side Income . Banyak sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah i.e. berblog, Program Affiliate, menjual produk online atau buat bisnes kecil-kecilan. Simpanan itu penting,start small i.e. dari RM1 sehari. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian ini juga.

P.s :  Apa pula pandangan anda? What will you do kalau anda berada di situasi Mrs X?

13 comments:

  1. Memang tidak ada pilihan perlu ikat perut sementara masalah hutang selesai.

    ReplyDelete
  2. b'belanjalah ikut kemampuan & sila ukur bj di badan sendirik.. ;)

    ReplyDelete
  3. Bagus cadangan bro tu... hope dapat membantu yang menghadapi masalah kewangan untuk structure balik comitment bulanan..

    ReplyDelete
  4. cadangan saya bayar selang seli ( bulan ni bayar, bulan depan tak, bayar balik) kalau tak mampu sangat dah dan bank tak lulus utk restructure , jgn sampai 3 bulan tak bayar, sebab setahu saya kalau 3 bulan baru bank akan instruct utk tarik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan ni kurang sesuai rasanya....bank sekarang memang pantas bak2 nak recover balik loan ni..

      Delete
  5. Bila dah terjadi macam tu kenalah cari penyelesaiannya. Kenalah berjimat cermat dan tak payah berbelanja utk benda yang tak perlu. Kalau rajin boleh berniaga secara kecil-kecilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan pandangan kak ina..start small...9/10 sumber rezeki dtg dari perniagaan

      Delete
  6. assalamualaikum eyriqazz...menarik info2 yg diberikan ini mungkin dpt membantu juga...;)

    ReplyDelete
  7. perancangan kewangan memang sangat penting...berbelanja mengikut kemampuan adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
  8. ena rasa mmg kena berbelanja ikut kemampuan
    dan restructure semula perbelanjan setiap bulan dgn pendapat bulanan kita
    baru blh manage pendapatan dgn perbelanjaan,

    ReplyDelete
  9. Ramai orang tak tahu sebenar nya boleh buat cara yang no 1 tu..depa ingat bank ni kejam sangt..heheh..sudahnya depa buat senyap gitu la..sedar2 nama dah disenarai hitam kan...

    ReplyDelete
  10. Ramai orang tak tahu sebenar nya boleh buat cara yang no 1 tu..depa ingat bank ni kejam sangt..heheh..sudahnya depa buat senyap gitu la..sedar2 nama dah disenarai hitam kan...

    ReplyDelete
  11. mrs X boleh hubungi sy. Blh jd financial consultant secara parttime. cara nak buat bisnes parttime ni sy akan guide. In syaa Allah income akan bertambah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails