Hari ini birthday arwah Ayahku yang ke 54. Blom sempat ku wishkan birthday buatnya, dia terlebih dahulu pergi meninggalkan kami beberapa hari yang lepas. Yes, You Never Know What You Have Until You Lose it, And Once You Lose It, You Can Never Get It Back!
Ayah mengajarku apa Itu Alif Ba Ta. Ayah mengajarku erti hidup berdikari. Ayah mengajarku hidup ini hanyalah sementara dan pelbagai lagi yang diajari dari ayahku.
Apapun, yess..kata-kata yang kudengari sebelum ini adalah benar. You will know siapa kawan sebenar anda bila anda di dalam kesusahan. Apapun, Life Must Go On. Hidup mesti diteruskan. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada pencipta. Dan aku sebagai anak sulung perlu lebih kental dalam meneruskan hidup ini dan menjaga keluargaku.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama Ayahku Sorang
Pergi ke pasar membeli Kepah
Untuk dimasak sambal pedas
Terima Kasih buat Ayah
Kasih dicurah hanya Tuhan yang mampu membalas
Harga Ayam tiba-tiba melambung pula
Macam-macam alasan kononnya
Kenangan bersama Ayah sukar dilupa
Mendidik kami hingga berjaya
Hidup Ini Hanya Sementara
Peluang yang ada digunakan sebaiknya
I Love U Ayah Selama-Lamanya
Now I Know, jasa seorang ayah tidak akan mampu dibalas sehingga hujung nyawa
Al- Fatihah buat Arwah Ayah. Semoga Ayah ditempatkan bersama-sama Orang yang Beriman.