Showing posts with label buah durian. Show all posts
Showing posts with label buah durian. Show all posts

July 2, 2012

Durian Musang King Yang Menggiurkan

Gara-gara entri  Memang Sedap Durian Musang King , balik kerja terus Eyriqazz terjah stall  Durian tepi jalan dekat ngan rumah. My lucky day, durian jenis ini ada dijual. Fuhh, hargapun boleh tahan. RM17 sekilo. Gara-gara nak merasa juga, belila juga :


2 biji kecil, RM19. Lebih kurang sekilo lebih

Honestly, ini pertama kali kot saya beli Durian Musang King. Before this,tengok harga pun cam dah terbeliak sikit mata untuk membelinya. Tapi, rezeki agak murah bulan ini, belikan la dua biji ini untuk dimakan bersama Isteri dan adik ipar.


Fuhh, tengok warna dan teksturnya saja pun sudah cukup menggiurkan 

Honestly, the best Durian I ever taste

Bijinya kecil, Isinya tebal. Manis-manis, lembut-lembut, serius buat air liur meleleh.. Hik3, rating saya 9/10 kot...


Jemput makan, jangan malu-malu

No wonder harganya sangat mahal, memang sedap. Bila makan Durian Musang King ni, rasa cam dah taknak makan durian lain dah bila mengenangkan kesedapannya. Nyum, nyumm, nanti-nanti bolehla beli lagi ni....

P.s : Pernah try Durian Musang King? Apa pandangan anda?

January 16, 2012

Menjamu Durian di Shah Alam

Selepas pekena Mee Ketam, terusla terjahi Gerai durian depan I-City Shah Alam. Tunaikan hasrat adik lelaki yang teringin sangat nak makan durian. Hik3, understood, student duit PTPTN mana cukup kan?


Fuhh, isinya menggiurkan. Rembatla 3 biji makan 4 orang
Sedap....Gembira bila tengok adik dan wifey ku berselera makan durian. Hik3, pregnant2 pun ada hati nak makan durian? Malamtu, tidur ber aircond laa jawabnya
Santai. Pilih, kopek, makan....Tak puas hati suruh kopek yang lain
Santai....Malam-malam pekena durian
3 biji RM10 ada
2 biji rm10 pun ada
Kalau nak yang lagi kaww, pekena la Durian Musang King, RM22 sekilo. Umm, takpelaa...next time
Jemput makan. Jangan malu-malu....Hik3..

January 12, 2012

Kisah Si Raja Buah @ Durian

Masa kecik-kecik dulu ,memang suka sangat makan buah durian @Raja Buah. Tapi, hasrat selalu tak kesampaian. Biasanya kalau mak/ayah beli, dapatla makan seulas 2 sekali makan. Yup, masa kami dulu dari keluarga miskin. Durian is a luxury food for us. Bila dapat makan durian, happy nya tidak terkira.Selalu saja berebut-rebut dengan adik beradik nak lebih. Tapi biasalah, abang sulung kenalah selalu mengalah kan?

Dah dewasa dan kerja dan berada di kalangan middle Income ni, durian masih lagi saya gemari. Durian, u either like it or you don't like it, kan? Skangni boleh katakan durian dah tak bermusim,sepanjang masa bolehje dapat :

Pilih Kak.Pilih.Nak yang murah,nak yang mahal, nak yang timbang,pilihje


Meriah lebih-lebih lagi kalau memborong ramai-ramai
Nyam2..Durinya tajam Isinya tebal. Don't judge buah dari luarannya kan? Hik3...

Buah durian buah kegemaran
Rasanya enak sedap sekali
Raja buah menjadi tumpuan

Buat penggemar sudah semesti
Related Posts with Thumbnails