Showing posts with label connected tots experience. Show all posts
Showing posts with label connected tots experience. Show all posts

February 26, 2011

Sharing is Caring|Connect the Tots

Hai gembiranya dalam hati
Selepas menonton Youtube ini
Sekarang saya sudah lebih memahami
Pemikiran Si Manja Yang Saling Berhubung (Connected Tots) amatlah penting sekali

Banyak informasi untuk Mummy dan juga Daddy
Jom sama-sama kita belajar di sini
Untuk kebaikan anak-anak dan supaya mereka lebih happy

Apa yang menarik di website ini? : Memang sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak kecil, berkongsi informasi berkenaan Hubungan Antara Otak anak-anak dan macam mana ianya berfungsi, Tips untuk ibu (oh, bapa pun kenalah ambil tahu je), Stories Reading untuk dibacakan kepada anak-anak , dan juga games.

Games antara part yang paling saya suka kerana saya dapat berinteraksi dengan anak directly.

Games berbentuk pelajaran dan berfikir untuk Anak-anak dari 1-6 tahun
Animal Talk untuk Alisya
Alisya Love it

Bila dengar saje bunyi binatang i.e. Queek,queek, cip cip dan Aukk,Aukk, dia menunjukkan tangan kepada gambar binatang. Yup, disini pemikirannya berhubung cuba mengaitkan bunyi dan juga binatang itu. Yes, learning should be fun. The more fun you have, the more enjoyable for the kids, dan lebih mudah ianya diterima oleh kanak-kanak. Alah, like kitapun kann,bila belajar sesuatu yang boring, lambat je nak tangkap kan? Bila sesuatu yang kita minat, cepat je hafal, ingat dan faham kan?

Anak-anak belajar dari persekitaran dan juga sesuatu yang menyeronokkan. Explore the things
Melentur Buluh Biarlah dari rebungnya

Banyak lagi yang boleh dilakukan bersama bersama si Manja dari  Connect the Tots Website ini especially untuk anak-anak yang berusia 2 tahun ke atas. Mahu berkongsi satu video yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan berkenaan pemikiran anak@Alisya ini :

Alisya Menari bersama Tom Tom Bak

Di sini alisya belajar dari Cerita yang ditontonnya ( Tom Tom Bak yang dibawakan oleh Anmum Essential) , meniru aksi menari dan menyanyi. Sambil itu dia teringatkan aksi Mama dan Papa menidurkannya dan dibuatkan perkara yang sama kepada anak patung mainannya. Yes, cerita Tom Tom Bak antara cerita yang Alisya gemari. Saya pun tak kisah kerana ceritanya pun bagus untuk perkembangan minda anak-anak melihat kanak-kanak yang begitu petah dan pandai beraksi.

Informasi entry sebelum ini (first entry), saya ada menerangkan tentang kebaikan Gangliosida untuk otak kanak-kanak. One of the product yang mengandungi Gangliosida adalah Anmum Essential untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas . Honestly, kami belum lagi menggunakan Susu Anmum Essential tapi mahu mencubanya. No harm trying sesuatu yang baguskan? Kami telahpun requestkan samplenya di SINI . Kalau anda pun berminat, bolehla requestkan sekali. Belum cuba belum tahu, dah cuba, anda tahu.

Berkongsi pengalaman. Rakan isteri di sekolah ada yang menggunakan Anmum Essential dan dia berpuas hati dengan jenama itu. Juga seorang guru , testimoninya, anaknya sukakan susu itu dan setakat ini, Alhamdulillah, berumur 3 tahun lebih nampak semakin aktif dan pandai. Pemakanan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan otak kanak-kanak juga kan? Ini yang buat kami teruja untuk mencuba pula buat Alisya. Nanti dah sampai pek percuma itu, bolehla cuba beri minum untuk Alisya. 

Bukan Mudah untuk menjadi seorang Bapa

Bagi seorang bapa macam saya, selain ibu, bapa pun perlu memainkan peranan juga. Masa depan anak-anak perlulah dimainkan peranan sama-sama. So, buat Ibu dan Bapa, laman web Connect the Tots memang saya syorkan buat semua dalam menambahkan ilmu berkenaan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Anak sihat, anak pandai, Anak Lincah dan bijak berfikir, Ibu bapa pun gembira sama. 

P/s : Apa pula kata anda? Pentingke Ibu/Bapa mempelajari ilmu bagi mengajar anak-anak menjadi seorang yang bijak berfikir? 

P/s/s : Apa pandangan anda tentang Connect the tots website ini?

February 20, 2011

Kisah Si Manja | Pemikiran yang Saling Berhubung


Pentingke Pemikiran Si Manja Yang Saling Berhubung(Connected tots)?. Bagi saya, ianya amatlah penting bagi melatih dia menjadi seorang anak yang lebih bijak, pandai dan yang paling utama pandai menyelesaikan masalah in real life situation. Kita perlu ajarkan anak kita untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa perlu "Spoon Feed" selalu. 

Entry Sebelum Ini saya ada bincangkan tentang Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung? . " Bagi membolehkan anak-anak belajar, sel otak perlu dihubungkan terlebih dahulu.  Lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku dan lebih meningkat kemampuan kognitif atau kepintaran seseorang bayi itu."

Sharing is Caring, video yang agak menarik untuk dikongsi bersama berkenaan Pemikiran Si Manja yang saling berhubung :

Connected Tots Experience ( Pengalaman Si Manja tentang Pemikiran yang Saling Berhubung).

Si ibu menerangkan kepada anak tentang magnet yang melekat kepada besi (peti sejuk) kepada si Manja. Secara tidak sengaja, si ibu terjatuhkan kuncinya (diperbuat dari besi ) di bawah peti sejuk. Video ini agak menarik kerana ianya memberikan pilihan buat Si anak tentang cara untuk mengambil kunci itu.


Adakah dengan menggunakan sudu,straw, ataupun magnet untuk mendapatkan kembali kunci itu? Nak tahu jawapannya? Kenalah tonton video itu sampai abis dan ada ketiga-tiga pilihan beserta jawapannya. From there, u will find which one is the Connected Moment .



Pengalaman peribadi berkenanan Pemikiran Si Manja yang saling berhubung dan juga mengajar anak menyelesaikan masalah. Kami belikan mainan untuk alisya dan kami biarkan alisya mencuba permainan tersebut. Apa peraatan yang diperlukan untuk mengorek pasir? She try menggunakan pelbagai permainan itu dan akhirnya dia mendapat jawapannya sendiri iaitu menggunakan penyodok untuk mengambil/mengorek pasir pantai.


Didikla anak-anak menerokai dunia ini dan berikan tunjuk ajar kepadanya dan latihla dia untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Sometimes, u have to let ur kids to solve the problem on their own, jadi otak mereka lebih diransang disamping mendikarikan mereka. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan?


Belajar dari real life situation adalah antara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Membaca pun penting juga, namun apa gunanya kalau pandai membaca , ulat buku namun tidak pandai untuk menyelesaikan masalah in real life situation kan?

Website menarik untuk dikongsi berkenaan  Pemikiran Si Manja yang Saling berhubung (Connected Tots/Connect the Tots). Banyak informasi yang menarik berkenaan Connected Tots, Hubungan Sel-sel Otak, Stories, Peranan Ibu (bapa juga mungkin boleh mempelajari) , dan juga Games .

Kisah Si Manja, Pemikiran yang saling berhubung menarik hati
Mendidik anak untuk menyelesaikan masalah dan lebih berdikari
Sharing is Caring sudah semesti
Terjahi laman web http://www.connectedtots.com.my/  untuk lebih informasi

1st Question : Pentingke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?
Related Posts with Thumbnails