Showing posts with label drink. Show all posts
Showing posts with label drink. Show all posts

October 11, 2009

Bio Aura Hai-0

2 hari lepas kami baruje beli :

Bio Aura Hai-O

Sebenarnya lama dah plan nak pasang bendani tapi tak cukup budget.Hehehe,mujurlah ada saudara isteriku yang jual penapis airni.Harga retail RM2080 tapi kerana saudara-mara hanya bayar RM1980.Yang lagi syoknya,ble bayar ansurans.RM100 je sebulan.Jadi,takdelah lari budget sgt.Seperti dlm kotak dia ni kelebihan guna penapis air ni :



Bio Aura Hai-O Kotak

Tujuan asal kami beli ni adalah kerana kami ada anak kecil.Jadi,kami perlukan air bersih.Sebelum ni ada beli kat supermarket,penapis air yg lutsinar tu tapi asyik bocor sahaja.Lepas tu balik kampung orang kampung asyik memuji air tapisan Hai-0 ni.

Bagi aku,aku takble nak komen mana lah kerana baruje pakai.Cuma pendapat sendiri setakat ni,air yg ditapis ni rasa dia payau skit(isteri aku ckp mula-mula mmg camtu) ,lepas minum badan cepat berpeluh.Macam isteri aku katanya dia buang air kecil makin lawas.Apapun,masing-masing ada pendapat sendirikan?Kalau suka beli,kalau tak suka ,takyah beli.Akupun bukan nak promote benda ni .Sekarang ni beli untuk kegunaan sendiri.Lepas ni tak tahulah,kalau bagus apa salahnya kan?

Sambil-sambil dia jual produk ni,saudara wife aku ada bawa kawan.Sibuk promote suruh kitorang jadi pengedar produk ni juga.Umm,takde masa rasanya.Nantilah aku cerita balik pasal yg dia promote ni.Byk plan dia ,siap boleh lompat jadi Sales Managertu(Dia ada mention Taipan 181 plan).Yang saudara isteri aku tu,dah jual 20 kotak produk ni katanya.Jadi,apa pendapat korang?Boleh buat duit dan senang ke nak jual produk ni?

P/s : Jangan mudah mendengar kata orang.Dengar dahulu,bincang dan dengar pendapat orang.Jangan bila dengar cakap orang boleh buat duit beribu-ribu sebulan walaupun separuh masa terus lompat nak terlibat sama.Lain padang,;lain belalang,jadi seperti kata Bang Bil "Lu Pikirlah Sendiri".

October 7, 2009

SLURPEElicious Moments with 7 Eleven (Part 2)

Kreatif betul laa diorang ni.Banyak 'entry' menarik yang telah dihantar.Bila tengok entry diorang,terasa teringin juga nak join tapi saya ni memang tak pandai nak bergambar.Antara entry-entry menarik (Sumber : http://www.nuffnang.com.my/slurpeelicious/gallery ) . Nama kumpulan mereka ni dicipta dari saya sendiri :


Team 4 Gadis Ayu

Team Atas Bawah

Team Jalan-Jalan Cari Pasal

Team Cinta

Team 2 in 1

Team Straw Panjang

Dan favourite ku : Team Marilah Berkongsi

Banyak lagi entry menarik.Kalau korang nak tgk,pi la tgk di laman webnya.Terhibur juga dibuatnya.

P/s :Kepada sesiapa yang kreatif dan ingin memenangi hadiahtu,sertailah pertandingan ni.Manatau ada rezeki anda.Boleh rujuk kepada pos saya sebelum ini macam mana nak menyertai pertandingan ni  di http://eyriqazz.blogspot.com/2009/09/slurpeelicious-moments-with-7-eleven.html  . Tuah Ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahukan?Tarikh tutup penyertaan ni pada 18 October 2009.

September 30, 2009

SLURPEElicious Moments with 7 Eleven

7 Eleven.Kedai serbaguna 24 jam yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur.Di mana-mana bandar di KL ni kalau takde 7E tak sahkan?Namun,7E ni lah yang menjadi penyelamat terutamanya ketika kedai-kedai lain sudah tutup dan melabuhkan tirai.


Slurpee,segar dan nyaman!!

Sure korang kenal gambar minuman ni kan?Umm,memang sedap.Kalau ada masa,memang aku akan singgah 7E beli minuman ni.

Kalini aku nak ceritakan kisah first time aku merasa minuman ni.Tahun lepas,masa aku balik kampung isteriku,isteriku ajak pi Kota Bharu untuk membeli belah.Kami bawa sama anak-anak buah dan kakak iparku.Nak dipendekkan cerita,wifeku ngan kakak iparku nak pergi ke Pasar KB untuk membeli tudung bawal yang cukup terkenal di Kelantan.

Risau anak-anak buahku buat perangai,aku pun bawalah anak-anak buahku(2 orgje) jalan-jalan dan pergi ke Supermarket sementara kakak ipar dan isteriku membeli barang di sana.

Dalam perjalanan ke Supermarket The Store,anak-anak buahku dah merengek.''Ayah Ngah,dahagalah''.Aiseh,nak sampai Supermarket agak jauh juga lagi,ternampaklah 7 Eleven.Here I come.

Akupun ajaklah anak buahku memilih minuman di 7 Eleven.Anak-anak buahku pun menunjukkan Slurpee 7E yang berwarna-warni tu.Aduhh,tak pernah aku rasani.Sedapke?Mahaltak?Aku pun ikutlah kerenah diorang dan aku pun beli yg warna hijau utk Arman dan warna merah jambu untukku dan Arfan anak buahku.Aaaw gitu.

Dahla tengah panas,sekali teguk...fuhhh,nyaman dan sedapnya.Patutlah anak buahku beriya-riya sangat nakkan airni.Memang sedap dan meresapp gitu.Tangkap pening-pening lalat...Hehehe...

Alang-alang terlanjurtu,aku pun naklah ajak korang join pertandingan ni .Banyak hadiah menarik untuk dimenangi,tak susah pun,just ambil gambar dengan Slurpee dan hantar ke penganjur.


Hadiah menarik untuk dimenangi


Mudahje kan?

Jadi,apa lagi?Cepat-cepatlah hantar gambar anda.Hadiah pertama bernilai RM6,000.00 dan hadiah dari 7 Eleven bernilai RM100.Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web ni Nuffnang Slurpeelicious dan anda boleh menghantar gambar anda melalui e-mail ke alamat e-mail ini : Slurpeelicious@nuffnang.com. Belum cuba,belum tahu,mana tau ada rezeki anda.Kalau dah submit informla,boleh saya tolong vote kan kalau saya tak hantar entry ni (tak pandai sgt bergambarni)

P/s :Entry dia ckp,gambar Slurpee dia kena at least 40% dari peratus gambar .Bykje yg tak menepati kriteria.Jadi,boleh hantarke?Nanti saya tolong tanyakan bila berkesempatan.

Reply by Organizer regarding the picture :

Hi xxx,

We don't exactly measure the percentage of the product in your picture but we merely put the percentage in the page to ensure that participants don't take pictures which the Slurpee product appear to be too small.
As long as the Slurpee is visible, then the picture should be fine. :)

September 27, 2009

Malaysia Heritage Food and Drinks 2009

There are 100 types of heritage food and drinks that listed as a Malaysia Heritage Food and Drinks 2009.The top 10 are as follows:



1) Nasi Lemak

2)Nasi Ayam

3)Nasi Kunyit (Pulut Kuning)

4)Nasi Tumpang

5)Nasi Kerabu


6)Nasi Dagang

7)Nasi Himpit

8)Nasi Goreng Kampung


9)Nasi Ulam

10)Ketupat


For the rest of Malaysia heritage food and drinks 2009 , you can visit National Heritage website at ( http://www.wawasan.gov.my/ )


P/s :Nyam, nyam ,Malaysian food are so delicious!!I want to try Nasi Tumpang as i never tried it before.By the way, where I can buy Nasi Tumpang in KL area?Any recommendation?
Related Posts with Thumbnails