Pengalaman Pertama Durian Crepe belum cukup lagi. Jadi, Pencarian durian crepe diteruskan lagi. Destinasi kali kedua ini, eyriqazz order dari IrmadiLondon yang sebelum ini menaja Kek Pavlova yang sangat sedap sempena Birthday Alisya.
Satu bungkus dikirim oleh Mak Su eyriqazz di Putrajaya yang kini 5 bulan mengandung. Mengidam katanya. Orang mengidam tidak baik hasratnya dikecewakan, kan?
Isteri cakap, rasanya lebih sedap dari Durian Crepe yang pertama kami cuba. Eyriqazz pun berpandangan sama. Krim dan durian yang lebih banyak dan rasanya kualiti durian yang dibeli lebih sedap. Lebih berbaloi dengan harga yang dibayar dan lebih dekat pula dengan rumah eyriqazz untuk order durian crepe ini. Tak sampai 10 minit.
"byk2 duyang krip..yg ni paling terbaik pernah rsa.. Kulitnye nipis sgt2 n lembut.. Krim byk giler.. Biler gigit 2.. Ringan dlm mulut n terasa duyam yg byk!!! Yammeh!!
--> gemuk2 plop tu.. Ekekek.. - Feedback dari adik Eyriqazz -
Tertunailah hasrat di hati. Durian crepe dari dua lokasi berbeza sudah dirasai. Next ingin mencuba dari La'Min Sweet Craving pula selepas berkali-kali diracun oleh SumiGigi.
Oh ya, bagi yang tinggal sekitar Setapak/Wangsa Maju, teringin nak order Durian crepe, memang saya rekomenkan IrmadiLondon . "Sedap, gebu, dan kena dengan selera kami...