Showing posts with label harga durian crepe. Show all posts
Showing posts with label harga durian crepe. Show all posts

November 26, 2012

Durian Crepe Gebu dan Sedap

Pengalaman Pertama Durian Crepe belum cukup lagi. Jadi, Pencarian durian crepe diteruskan lagi. Destinasi kali kedua ini, eyriqazz order dari IrmadiLondon yang sebelum ini menaja Kek Pavlova yang sangat sedap sempena Birthday Alisya.   


Nampak Menggiurkan? Yess, sangat menggiurkan ..

Bukan satu, bukan dua, beli empat terus

Satu bungkus dikirim oleh Mak Su eyriqazz di Putrajaya yang kini 5 bulan mengandung. Mengidam katanya. Orang mengidam tidak baik hasratnya dikecewakan, kan?


Gebu, Besar, dan lebih menarik .Harganya RM10 sepaket sama dengan harga di Midvalley

Isteri cakap, rasanya lebih sedap dari Durian Crepe yang pertama kami cuba. Eyriqazz pun berpandangan sama. Krim dan durian yang lebih banyak dan rasanya kualiti durian yang dibeli lebih sedap. Lebih berbaloi dengan harga yang dibayar dan lebih dekat pula dengan rumah eyriqazz untuk order durian crepe ini. Tak sampai 10 minit.


"byk2 duyang krip..yg ni paling terbaik pernah rsa.. Kulitnye nipis sgt2 n lembut.. Krim byk giler.. Biler gigit 2.. Ringan dlm mulut n terasa duyam yg byk!!! Yammeh!!
--> gemuk2 plop tu.. Ekekek.. - Feedback dari  adik Eyriqazz -


Tertunailah hasrat di hati. Durian crepe dari dua lokasi berbeza sudah dirasai. Next ingin mencuba dari La'Min Sweet Craving pula selepas berkali-kali diracun oleh SumiGigi. 

Oh ya, bagi yang tinggal sekitar Setapak/Wangsa Maju, teringin nak order Durian crepe, memang saya rekomenkan IrmadiLondon  . "Sedap, gebu, dan kena dengan selera kami...

November 24, 2012

Durian Crepe - Pengalaman Pertama

Papa, jomla pekena durian Crepe. Teringinla nak makan sejak tengok ramai bloggers upkan entri pasal durian Crepe ni. Cishh2, Sumigigi, i blame u for this.

So, semalam, singgahla Midvalley. Cik Epal cakap ada dua kedai di Midvalley yang jual durian crepe.Check out Resepi Durian Crepe Gebu dari Cik Epal dan Durian Crepe Penuh Kontroversi dari Cikmin


Yummy, yummy, nampak sedap la Durian Crepe dari Sweet Chat ini .RM8.90 3 ketul

Bad news, sampai around 7.30 malam, dah sold out. Fuhh, macam pisang goreng panas ketika hujan la durian crepe ni

Tak puas hati, terjahla LG pula. Tak pasti gerai mana satu. Pusing-pusing, jumpalah akhirnya :



Sumptous Desserts. 1 paket RM10.

Time ni ada 3 paket je lagi. Mamat sebelah terus rembat sepaket. Fuhh, tak boleh jadi ni. Terus kami rembat 2 paket. RM20.


Gerainya di Depan Sushi Tei, LG. Tengok tu, habis licin...

Jemput makan, jangan malu-malu.
Ngap..

Isteri : Rasa macam durian je Papa?
Eyriqazz : Lorr, dah nama pun durian crepe, mestila rasa durian, takkan la rasa laici or tembikai kan?



Nyam2...makan lagi. Lembut, sejuk, fuhh, semerbak rasa menusuk 

Sedap, Kena dengan selera saya

Pengalaman pertama try durian crepe ni, memang sedap dan kena dengan tekak saya. Patutla demam durian crepe sekarang ni dan semakin menjadi bualan ramai.

Ada yang tanya. Apa rasa Durian Crepe..?

Luar dia kulit dari tepung yang dimasak nipis. Kemudian diisi dengan krim dan isi durian istimewa. - Credit entri Durian Crepe-


Ala, 4 ketul je lagi tinggal ni...3 Untuk Papa, 1 untuk sayang...Ok?
X sampai sejam, habis licin durian crepe yang dibeli..Hik3..

P.s : X puas lagi try durian crepe. Besok order durian crepe dengan Irma London, next week nak mencuba yang dari La'Min Sweet Craving pula..

Related Posts with Thumbnails