Showing posts with label event best. Show all posts
Showing posts with label event best. Show all posts

August 11, 2010

My Water Moments With Sony TX5 at Sunway Lagoon

Pada hari Sabtu yang lepas, 7 August 2010 , atas jemputan Nuffnang, saya menghadirkan diri untuk event My Water Moments With Sony TX5 di Sunway Lagoon. Inilah pengalaman yang mahu dikongsi-kongsikan :

Saya dan Hamzah ( Juara Menyelam Dalam Air Paling Lama). Amboi2 Hamzah, hang sambil menyelam sambil Skodeng Awek heh? Hik3...
Bersama Konco-Konco Kak Ina KLDaydeck 86, Hamzah, Shahrul dan Eyriqq) dan juga Ariffshah yang mendapat jemputan dari Advertlerts

First time rasanya attend event yang dijemput Nuffnang turut disertai oleh bloggers dari Advertlerts dan juga Pengguna Sony TX5. Ariffshah peramah orangnya, diluar lagi hensem dan lagi kurus dari gambar di blog. Caranya bercakap memang berhemah dan no wonder dia cukup Popular, mudah layan borak dan best diajak berbual.
Boleh pun masuk (agak perlahan pendaftarannya) . Saya, Hamzah dan AnakPerak
Aturcara Majlis (Psst,dekat kol 11 baru event start)
Please,Please Be Mine.I Want It..I Want It...
Team D4 @ Team Atan Tuya @ Team Dugong Terlampau (Atan, Daydeck, Zaid, dan Maya )

Inilah Gaya Gila-Gila Remaja Ribena

Ko Pi Cakap Kat Mak Duyung, dia dah boleh balik. Hik3, gurauje,dialog sebenar boleh refer SINI
Geng-Geng Mak Duyung (Model Terbaru Shampoo Sunsilk) beraksi .Amboi,amboi2 CikLilyPutih, happy sakan
Kamera Pink, Tanda Pink, Namun Bukannya Monster PINK
Kusyuk mendengar arahan
Salah satu acaranya ( Dust Challenge)
Shock Proof Challenge
Bergambar Challenge ( Amcam, cuntak? )

Selain  itu ada ATemperature Challenge dan Water Challenge. Rekod Malaysia tercipta di Malaysia Challenge.

11 Saat tu (Team D3, memang gempak sehh,memang penyelam hebatla)
Inilah Hadiah yang Sumijelly @ Mak Ikan Duyung menang
Aku pun dapat, sekali ngan freegift lagi. Tapi beli sendirila, Instalment 12 bulan pakai kredit kad. Tak mampu nak bayar sekaligus lagi. Thanks Nuffnang, kerna iklan di Nuffnangla buat saya teruja untuk angkat Kamera INI.

 Hari ini hari pertama Puasa. Sorry Je JAI, hang dihangitkan lagi oleh Geng-Geng Kak Ina KL. Sumijelly tak menang Sony Tx5, dia dapat tangkap anak ikan dan berjaya mendapat tawaran menjadi Model Kicap Cap Kipas Udang je. Hik3 lagi.

Overall event ni memang menarik cuma ini pandangan/cadangan saya untuk memperbaiki mutu di masa hadapan :

1) Perancangan masa dan event yang lebih teratur. Sudah pukul 3 tapi event belum habis dan ada plan lain. Kami pulang awal.

2)Diadakan juga Cabutan Bertuah. Siapa yang tak suka cabutan bertuah kan? Especially Mak Duyung Sumijelly.

3) Gambar dapat dipublishkan di website jadi kepada sesiapa yang mahukannya boleh save dan print sendiri.

4) Teammate dipecahkan jadi bolehla berkenalan dengan orang lain juga. Barulah lebih adil dan lebih menyeronokkan. Cam event Samsung Corby Carnival . Best gilerrrrr!!!

Apapun, event ini memang best. Seronok main air, sayani memang Hantu Air. Seronok jadi Dugong, seronok dapat jumpa rakan-rakan bloggers dan paling seronok dapat kenakan Monster Pink @ Bro Je Jai. Sorry ye bro? Pakatan Geng-geng Kak Ina KL berjaya. Ahakz-ahakz.

March 10, 2010

I'm Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Hai senangnya dalam hati
Dapat jemputan dari Nuffnang lagi
Event terbesar, kali ini
Gatsby Deodorant Street Fair Nama diberi

Gatsby Deodorant Street Fair yang mengujakan

Sedikit Info pasal event ini :

1) Gatsby Deodorant Street Fair akan diadakan secara besar-besaran :

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10 pagi sehingga 5 petang
Tempat : Ruang legar , Ground Floor bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang

2) Apa yang menarik di sana ?

i) Pelbagai gerai mainan yang mengujakan dan menarik seperti membaling getah, bergusti sumo dalam beg udara sesama peserta. Permainan yang disertai bakal melayakkan memenangi mata untuk menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby.

3)Apa hadiah menarik yang bakal menanti peserta?

Banyak hadiah menarik, tertarik,tergoda bakal menanti peserta iaitu barangan daripada Gatsby. Selain itu semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah yang bernilai RM15,000. Antara barangan yang menanti adalah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit, dan baucar tunai.

4)Macam mana anda dapat sertai dan menikmati keseronokan di Gatsby Deodorant Street Fair?

Mudah saja, layari website ini : http://www.gatsby.com.my/streetfair dan disana ada contest yang membolehkan anda :


Memenangi 2 tiket ke Gatsby Deodorant Street Fair Event untuk pemenang mingguan untuk setiap games itu

Online Gamesnya menarik dan mengujakan. Event ini bakal dihadiri lebih daripada 500 orang yang menjadikan antara 'Street Fair' terbesar yang akan diadakan di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di Malaysia ini.

5)Bagaimana mahu pergi ke lokasi event ini ?

Boleh tengok peta ini :

Mudah Kan?

Kalau menggunakan public transport, boleh ambil monorail dan turun di Imbi Station .Memang turunje station, terus ke Berjaya Times Square.

Kalau naik kereta/motosikal ataupun kenderaan sendiri bolehla gunakan gps.Kalau takde gps, boleh try goole maps. Saya selalu pi mana-mana guna google maps sahaja. Boleh refer link ini : http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan ketinggalan untuk sama-sama pergi ke gathering ini. Memang mengujakan dengan acara-acara dan hadiah menarik bakal menanti peserta. Untuk lebih lanjut boleh refer link ini : http://www.gatsby.com.my/streetfair

Tak lupa juga :


Ingin juga mencuba Gatsby Deodorant ini. Tentu mengujakan.


Satu pantun buat Nuffnang dan Gatsby :

Nuffnang dan Gatsby Deodorant terima kasih dariku
Jemputan diterima terujanya aku
Event menarik aku tertunggu-tungu
Tidak sabar menanti tarikh itu

P/s :Apa pula pandangan anda? Agak-agak menarik tak Event ini ?Setakat ini yang pernah saya alami event yang dianjurkan bersama Nuffnang tidak pernah mengecewakan.Semua mengujakan dan menarik .
Related Posts with Thumbnails