Showing posts with label gambar keluarga. Show all posts
Showing posts with label gambar keluarga. Show all posts

November 23, 2010

Pantun Happy Anniversary Buat Isteri

Saya dedicatekan Pantun Ini buat Isteri saya sempena Our 3rd Anniversary today :

23 November 2007 kita diijabkabulkan
Hari Jumaat, hari yang bahagia
Detik terindah masih segar dalam ingatan
Dikau bergelar Isteri, detik teristimewa

Isteri tersayang sudah semestinya
Mengajar aku erti sebuah keluarga bahagia
Tanpamu aku terumbang-ambing meniti usia
Usia yang semakin bertambah oh dah ramai yang memanggil Uncle pula

3 tahun usia perkahwinan kita
Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi ,Alhamdulillah kita masih bersama
Maafkan abang tersalah perbuatan dan bahasa
Abang hanya manusia biasa

Kehadiran Alisya penyeri hidup kita
Keletah yang comel , perangai yang sukar diduga
Terimakasih Tuhan atas anugerah tidak terhingga
 Kami semakin gembira dan dimurahkan rezeki dengan kehadirannya

Oh Mama asyik bertanya
Papa next year, berikan adik untuk Alisya ya?
Susah juga untuk ku menjawabnya
Kerana ilmu kebapaan belum cukup di dada

Doakan kami semoga terus bahagia
Menjadi Ibu dan Bapa yang berjaya
Mendidik anak ke arah yang terbaik untuk masa depan mereka
Dimurahkan rezeki dan gembira sehingga hujung nyawa
P/s : Jika takut dilanda bah, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut mendirikan rumah tangga, jangan cuba-cuba nak tackle anak dara orang pula.

August 5, 2010

Alisya Suka Main Masak-Masak

Alisya dah ada hobi baru sekarang. Saya tahu ni pun dari pengasuhnya. Kata pengasuh kami, kalau alisya merengek, mudah saja, biarkan dia main masak-masak. Saya pun mencubalah di suatu malam :


Sudi ke Kak Ina KL? Alisya nak belajar ngan akak.

Itulah permainan masak-masaknya. Senang nya, letak dua tiga ketul ais dalam mangkuk, kasi sudu, pastu biarlah dia mengacau di dalam mangkuk tu. Hik3, macam Mamatoknya menggulai pun ada gayanya.

Kusyuknya Puteri Papa. Dah Masak Belum Gulai Sayang ?
Yang ni kena tambah garam skit ni.
Sejukkk. Kena cuba dulu ni.

Hik3, makin seronok melihat keletah Alisya membesar. Ceria, gembira dan tersenyum selalu. Terasa Indahnya hidup ini. Alisya suka main masak-masak, Papanya pula rindukan masakan mama. Hik3, mama weekend ni Mama masak ya?

Alisya membesar gembiranya hati
Main masak-masak menjadi hobi
Cukup keletah melihat dia gembira dan heppi
Mama oh Mama, Jom kita tambahkan koleksi peribadi (hik3)

P/s : Tak sabar menanti Alisya untuk berjalan pula. Tentu makin peningla Papa melayan keletahnya nanti.

March 17, 2010

Sehari Sebelum

Salam dari Eyriqazz dari kampung. Nak updatekan suasana sehari majlis kenduri . Meriah juga dan amalan kekampungan jelas kelihatan. Kalau di bandar mungkin agak susah untuk melihat keadaan sebegitu. Jadi, tanpa membuang masa, inilah gambar yang sempat diambil adikku (huhuhu,masih sedih memori kad ku kena virus)

Kanak-kanak tersenyum kegembiraan

Inilah cousin-cousin ku. Sekarang ni rasanya sudah lebih 20 orang sepupu-sepupuku. Ibuku anak sulung.

Potong,potong, potong

Acara mengupas bawang. Hik3, hey, siapa cakap lelaki tak pandai kupas bawang? Tengoklah pakcik-pakcikku mengupas bawang, mengalahkan orang wanita. Hik3.

Atukku Tertidur Keletihan

Inilah atuk kesayanganku. Kalau kenduri kahwin dialah orang yang paling sibuk. Sibuk uruskan beli daging, cari tukang masak, cari ikan di pasar, dan macam-macam lagi.Masih kuat lagi atukku ini.

Kaum Wanita Sibuk menguruskan rempah ratus masakan

Amalan bergotong-royong amalan yang mulia. Sama-sama bekerjasama membantu. Semangat kekeluargaan semakin dieratkan.

Mak Da @ Mrs Halia
Cucu terbaru Nenekku

Alisya (Cicit nenekku) lagi tua dari cucunya ini (Danish) .Yerlah, bapanya pun ( Pak Su ku ) lagi muda dariku.

Mak Andam @ Pak Andam sibuk juga menghias Tempat Makan Pengantin

P/s : Seronok dapat tengok suasana kahwin ala kampung. Semangat gotong-royong jelas kelihatan. Anda pula bagaimana?Pernah mengalami pengalaman ini ?Kongsi-kongsila.

P/s/s : Oh ya, entry sebelum ni, bukan saya yang kahwin. Adik saya yang kahwin. Aku setia dengan Isteri tersayang. Bukan senang nak jaga seorang isteri apalah lagi ramai isteri. Respek betul dengan Salleh Yaakob, pandai dia menguruskan kesemua isterinya.
Related Posts with Thumbnails