Dalam Perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke KL semalam, kami menyaksikan kenderaan terbakar di depan mata kami , rasanya kerana kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya PLUS antara Gopeng ke Simpang Pulai. Memang tengah marak apinya, inilah gambar yang sempat diambil oleh isteri :
Sebelum sampai
Jalan menuju ke Simpang Pulai memang jem habis, rasanya kereta tidak bergerak lebih dari 4KM..
Semasa singgah berhenti makan di R&R Tapah, terdengar orang cakap-cakap, katanya 4 kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Tak pastila pula apa nasib mereka yang terlibat kemalangan itu, cuba seach berita online, namun tidak jumpa pasal kemalangan ini. Sedih sangat bila tengok gambar kenderaan terbakar itu.
Yup, kemalangan tidak mengenal mangsa. Namun lebih dari 90% kemalangan jalanraya disebabkan atas kecuaian manusia. Pesanan saya buat diri saya dan semua, berhati-hatilah ketika memandu, Ingatlah Orang tersayang. Biarlah memandu slow cam saya di jalanraya (within the speed limit), biar sampai ke destinasi ditujui.
P/s : Betulke faktor minyak RON 95 yang sibuk diperkatakan kini antara faktor penyumbang peningkatan kenderaan terbakar akibat kemalangan?
***Sudah ada link/feeder entry pengomen terhangat di setiap bawah entry (trial version), akan diupdatekan dan diubah dari masa ke semasa sebagai tanda penghargaan buat pengomen setia/terpilih. Thanks dari Eyriqazz