Showing posts with label kadar parking. Show all posts
Showing posts with label kadar parking. Show all posts

May 27, 2012

Kadar Parking di Sogo

SOGO, salah satu tempat shopping popular di Kuala Lumpur.Sales boleh dikatakan sepanjang tahun, almost hari-hari ada Sales. Menjadi salah satu tempat pilihan untuk Isteri shopping juga. Kadar Parking di SOGO pun boleh tahan mahalnya especially kalau datang sekadar windows shopping dan tiada Member Card. Kadar yang dikenakan :



1 Jam Pertama - RM3
Jam berikutnya - RM2 .Terlebih seminit pun dikira satu jam berikut tau...

Rebat kalau ada SOGO Card dan shopping sekali at least RM100

To cut the story short, semalam shopping di SOGO dan berada di sana lebih kurang 5 jam. Shopping more than RM500+ total termasuk yang dishopping oleh Mak Mertua. Dapat free parking 3 jam, dan still kena bayar RM5 untuk parking. Fuhh, lumayan juga bisness parking kereta ni kan? 

P/s : Kenapa harga parking di SOGO Mahal ya? 

December 10, 2010

Marc Service Residence | Kadar Parking Paling Mahal di Malaysia

Hari Selasa (public holiday) yang lepas menghadiri Majlis penyampaian hadiah dan diumumkan pemenang MySelangorStory di the Delicious, Marc Service Residence, Jalan Pinang, KL tak jauh dari KLCC . Oh, parking di sana pukul 3 petang lebih dan keluar dalam 6 petang lebih  (3 jam) , honestly :

Marc Service Residence  menawarkan Kadar Parking Paling Mahal di Malaysia

Tahu tak berapa kami kena charge? Untuk 3 jam itu adalah RM20, memang paling mahal kan or ada lagi mahal dari kadar ini di Malaysia? Tuhla, dah baca entry pasal kadar parking Mahal ni di blog Tianchad tapi ingatkan macam kadar di KLCC or Sogo. Rupanya, memang mencekik darah dan hidung betul. Nasib baik bawa pulang hadiah, kalau tak, mahu saya buat mogok lapar di situ. Hik3...

P/s : Jom kita buka syarikat parking, kos penyelenggaraan rendah, untung berlipat-lipat kali ganda...Tak gitu?

UPDATED - Please tweet or Share it in ur Facebook to support "Say No To High Parking Rate" .
Related Posts with Thumbnails