Showing posts with label kwsp. Show all posts
Showing posts with label kwsp. Show all posts

November 18, 2010

KWSP | Kadar caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus

Kadar caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus


KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011. 

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010. - Sumber Berita Harian - 

Bagusla dinaikkan, saya pun tak ambil kadar 8% masa ianya diumumkan, simpanan untuk masa depan. On the other note, lunch petang tadi sempat lunch bersama seorang manager di pejabatku, gajinya around RM15 ribu. Katanya kos sara hidup sekarang ni begitu cepat naik , wang mengalir bagaikan air. Masuk lambat, keluar cepat je....

P/s : Itu yang gaji 15K, kalau yang macam saya gaji bersih tak sampai 3k lebih terasa kan? Camne pula yang gaji bawah 2k? Bawah 1K? Entahlah, negara kaya dengan hasil sumber bumi namun only segelintir kecil rakyat yang merasa kemewahan itu. 

*** Apa pandangan anda pula pasal kenaikan kos sara hidup masa kini??

April 8, 2010

Boleh Keluar Akaun Dua KWSP Kerana Kebakaran

Kata orang, berkawan biar seribu, musuh pula jangan di cari. Kadang-kadang musibah menimpa tanpa disangka. Jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan?Perkhabaran berita gembira ini terutamanya kepada pemilik rumah iaitu :


Boleh keluaR Akaun Dua KWSP kerana Kebakaran

Antara Info Seperti Di Entry  INI

1)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mempertimbangkan permohonan ahli untuk pengeluaran wang dari akaun dua ekoran kemusnahan rumah yang teruk akibat kebakaran.

2)Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, walaupun kebakaran tidak termasuk dalam istilah bencana namun untuk membolehkan pengeluaran wang simpanan dari akaun dua KWSP, pemohon mestilah memperolehi pengesahan daripada pihak berkuasa.

3)Pengeluaran yang boleh dibuat akibat kemusnahan rumah berdasarkan nilai menyeluruh dan kerosakan rumah yang perlu dibangunkan semula sesudah terbakar.

4)Beliau (Datuk Dr Awang Adek) juga meminta KWSP mempercepatkan proses permohonan pengeluaran wang dari akaun dua oleh mereka yang mengalami bencana. -Bernama

P/s : Umm, nak keluarkan duit sendiri pun susah kan?

P/s/s : Bila pula boleh keluarkan akaun satu untuk kes emergency seperti rawatan perubatan, bayar hutang bagi mengelakkan tindakan undang-undang?

P/s/s/s :Agak-agak bagus ke Inisiatif ini?
Related Posts with Thumbnails