Showing posts with label laman sosial maya. Show all posts
Showing posts with label laman sosial maya. Show all posts

June 4, 2010

Ada Apa Dengan Ruumz

Ruumz Is Possibly the Most Exciting Social Network in Asia

Ada Apa Dengan Ruumz? Jom terjah bersama saya.

Apa Itu Ruumz ?
 
Ruumz adalah social Network sama seperti Facebook dan Friendster. Jika di Malaysia boleh dibandingkan dengan Jiwang.la ataupun MyFriends2u.com . Bolehla rujuk entry 2 Social Network Dari Malaysia dari saudara Melromeo .

Tambahan pasal Ruumz yang diambil dari websitenya :

Ruumz is a full-fledged social network designed to allow its members (ruumzsters) to socialise, be creative and self-expressive in a fun and safe virtual environment.
Ruumz is currently in perpetual beta. Perpetual beta meaning never finished? Yes. To ensure that ruumz remains true, relevant and engaging to our ever growing community of members, we strive to continuously fine tune, enhance, add and improve our platform and services.

Suka Tagline Ruumz ( MySpace, Facebook, Friendster. Ruumz is Something Different)

Antara Kelebihan Ruumz :

1) Hasil Ciptaan Anak Jati Malaysia. Jika kita rakyat Malaysia yang tidak menyokongnya , siapa lagi?

2) Loading yang pantas dan cepat jika dibandingkan dengan Facebook.

3)Insentif yang agak menarik seperti hadiah tiket percuma di Movieruum . Antara tiket-tiket freebies yang telah diberikan adalah Prince of Persia, The Bounty Hunter, Shutter Island, dan banyak lagi.

4) Penaja Bersama/Official Social Network Site untuk Project Alpha Featured Bloggers Season 2 .Contest-contest Project Alpha dijalankan disini seperti Audition for Guest Bloggers dan Contest Project Alpha. Jika Nuffnang meletakkan kepercayaan yang tinggi, sudah pasti laman sosial ini begitu bagus dan menarik di hati Nuffnang.

5) One of the devigner ( Developer+Designer) Ruumz adalah Arsyan Ismail .Sebelum saya menceritakan lebih lanjut pasalnya, nak inform yang dia adalah Junior saya semasa di KMYS dulu. Memang genius bak-bak komputer dan dia telah membuatkan satu forum/komuniti online di kolej masa tu begitu happening dan menarik. Pernah bekerja dengan Nuffnang dan Advertlerts "he was also involved in some of the major web startups in malaysia such advertlets.com and nuffnang.com" .Lebih lanjut boleh tengok Profilenya di SINI

6) Saya telahpun register. Inilah Profile Saya (First Impression, boleh tahan juga)

Cadangan Saya Buat Ruumz :

1) Lebihkan Promosi. Masih ramai yang belum tahu pasal Ruumz. Mungkin boleh buat Contest untuk promote orang Join Ruumz.

2) Sistem Blings (Ruumz official Currency) diwujudkan kembali namun pointnya itu boleh ditukarkan kepada cash, Top up ataupun hadiah yang lebih menarik dan mengujakan.

3) Boleh tahan juga tapi rasanya dia punya layout masih belum cukup mengujakan hati jika dibandingkan dengan Facebook. Mungkin boleh diperbaiki lagi supaya lebih teruja untuk singgah hari-hari.

Oh ya, tengok Ruumz, baru perasan Birthday rakan bloggers ni, jangan lupa wish diorang Nanti :

Mat Joe - 6 June
KancilBiru - 17 June
Aidi Safuan - 23 June

P/s : Jadi apa tunggu lagi? Jom sama-sama Register dan Join Ruumz. Bolehla register di SINI .Dah sudah register, bolehla vote/Like Video saya di SINI pula.

May 27, 2010

Fenomena Facebook | Ketagihan di Laman Sosial Maya 2010


Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai

Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri :

1)Hari-Hari mesti buka Facebook, tak kiralah diri sendiri mahupun Isteri. Diri sendiri lebih kepada berblog, tapi Isteri semakin rancak dibuatnya.

2) Dalam 4 adik beradikku, semua ada Facebook. yang terbaru , adik bongsu baru Add dan join Facebook juga.

3) Tergelak sakan diriku apabila ada boss di ofisku suruh ajar camne nak register Facebook tahun lepas . Lagi beberapa tahun nak bersara, tapi minta diajarkan Facebook kerana semakin ramai rakan-rakan lama dan sekolah dah ada Facebook.

4) Tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari. Kalau Isteri, 1/2 Facebook, 1/4 layan BeatifulNara dan 1/4 lagi barulah layan blog suami, surf internet dan lain-lain lagi. Huk3, Sampai hati Facebook dan BeautifulNara lebih bertakta di hati Isteri.

Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :



Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :

1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat Buku
Lebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku
Facebook oh Facebook ketagihan bersamamu sudah menerjah Keluargaku
Bagaimana pula dengan Keluarga pembaca aku ingin juga tahu

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah ketagihan dan ada pengalaman menarik yang ingin dikongsi juga berkenaan Facebook ini?
Cantiknya Baju-Baju Bayi Ni

P/s/s : Birthday Alisya dah makin hampir. Tak sampai Sebulanje lagi. Terasa mahu sambar Kejutan Pertama ini buat puteri tersayang. Menarik dan tergoda juga hati ini dengan baju bayi berjenama GAP ini .  Tak sangka boleh beli barangan dari US di Malaysia ini dengan Vshub . Jom Sambar sama-sama untuk anak tersayang dengan VsHub Concierge . Takpun, sudi-sudikan lah beli dan hadiahkan buat Alisya. Memang saya suka kalau diberikan hadiah ini. Hik3....Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari boleh dibalas.
Related Posts with Thumbnails