May 27, 2010

Fenomena Facebook | Ketagihan di Laman Sosial Maya 2010


Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai

Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri :

1)Hari-Hari mesti buka Facebook, tak kiralah diri sendiri mahupun Isteri. Diri sendiri lebih kepada berblog, tapi Isteri semakin rancak dibuatnya.

2) Dalam 4 adik beradikku, semua ada Facebook. yang terbaru , adik bongsu baru Add dan join Facebook juga.

3) Tergelak sakan diriku apabila ada boss di ofisku suruh ajar camne nak register Facebook tahun lepas . Lagi beberapa tahun nak bersara, tapi minta diajarkan Facebook kerana semakin ramai rakan-rakan lama dan sekolah dah ada Facebook.

4) Tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari. Kalau Isteri, 1/2 Facebook, 1/4 layan BeatifulNara dan 1/4 lagi barulah layan blog suami, surf internet dan lain-lain lagi. Huk3, Sampai hati Facebook dan BeautifulNara lebih bertakta di hati Isteri.

Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :



Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :

1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat Buku
Lebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku
Facebook oh Facebook ketagihan bersamamu sudah menerjah Keluargaku
Bagaimana pula dengan Keluarga pembaca aku ingin juga tahu

P/s : Apa pula pandangan anda? Adakah ketagihan dan ada pengalaman menarik yang ingin dikongsi juga berkenaan Facebook ini?
Cantiknya Baju-Baju Bayi Ni

P/s/s : Birthday Alisya dah makin hampir. Tak sampai Sebulanje lagi. Terasa mahu sambar Kejutan Pertama ini buat puteri tersayang. Menarik dan tergoda juga hati ini dengan baju bayi berjenama GAP ini .  Tak sangka boleh beli barangan dari US di Malaysia ini dengan Vshub . Jom Sambar sama-sama untuk anak tersayang dengan VsHub Concierge . Takpun, sudi-sudikan lah beli dan hadiahkan buat Alisya. Memang saya suka kalau diberikan hadiah ini. Hik3....Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari boleh dibalas.

15 comments:

  1. memang kena ikut trend semasa kan... apa yang penting guna sebaik yang mungkin.. hmmm tak aktif sangat le, dulu suka juga menanam kat fb

    Thanks AAM

    ReplyDelete
  2. dulu addict gak ..main games ..lor nie busan dah ..bukak fb sbb nak save picture je..lepas tu tgk status kwan2..kira tak addict dah ..sbb jenis cepat jemu ..

    ReplyDelete
  3. hurm, saya juga begitu!

    setiap hari bukak fb!

    terngiang-ngiang siapa yang tulis kat wall, msg ke, aktiviti kwn2 ke...

    haih~

    ReplyDelete
  4. ada setengah ketagihan dgn facebook sebab game.

    ReplyDelete
  5. tulah pasal.. aku sebenarnya kurang guna facebook.. sebab aku banyak guna blog je.. tapi wife aku.. setiap hari, setiap masa..mesti FB.. aku tak kisah janji dia setia dekat aku..dan tak gunakan FB tu untuk benda yang aku tak suka itu je...

    ReplyDelete
  6. tak mahal ke? ehehehe.. *terpk nk belikan atau tak

    ReplyDelete
  7. haha, bro memang penat sehh utk berpindah randah. xpe pelan2 pindah....

    ReplyDelete
  8. suka tengok gambar2 jer. nak buka selalu,jarang...

    ReplyDelete
  9. haha,saya begitu addicy pada facebook !

    ReplyDelete
  10. dulu la saya rase bez ngn fb ni tapi skg ni da slow2 malas la..kat fb semua orang nak post benda2 yang tak penting..kalau sekali sekala tu ok la kot..ni nak masak mee pun nak bgtau, nak basuh baju la, hari nak ujan la...meluat je tengok..kdg2 tu layan la jugak tapi da lame2 can menyampah je..huhuhu...lagi satu fb ni pada saya ade sejarah pahit dimana saya bergaduh dengan bf saya gara2 komen dan post bekas teman wanita die..sakit hati..tapi tak pe skg saya da buat tak tau je....huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Eriqazz~ Dulu I pun FB addicted tp sejak terbaca http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/
    mcm terinsaf sikit...sekali sekala je la jenguk.

    ReplyDelete
  12. haha.. kire MS org dah x layan la skrg nie.. sume da gler FB... hehe

    ReplyDelete
  13. cikhel ada masa fb ada masa blog..hehe kalau fb dtg blog tinggal jap.hehe

    bro nak tanye.bukak lagi tak contest tu??huhu ke saya dah terlambat?

    ReplyDelete
  14. saya pon addicted dengan FB,bagi saya itu satu terapi!

    ReplyDelete
  15. dh berapa bulan sy addicted dgn facebook ni..bangun tidur buka FB dulu...pa tu baru la buat keje lain...tp skg dh addicted dgn blog plak...hari2 dok cari blog yg best2...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails