Sebut sahaja nama Mamat (bukan nama sebenar),seluruh kampung tak berapa kenal dia ni.Yerlah,Mamat hanyalah seorang Mat Rempit kelas bawahan.Jadi,namanya takdelah cukup tersohor seperti rakan-rakannya yang lain seperti Epol, Joki, Kilat dan Mat Trojan.Apapun,kalau dah namapun seorang Mat Rempit,hobi Mamat tak lain dan tak bukan adalah :
Merempitt!!
Walaupun, Mamat hanyalah Mat Rempit kelas bawahan,dia ni memang terror merempit.Setakat gaya wiley,superman, terbang,dan sebagainya adalah kacang baginya.Mamat ni terpengaruh nak jadi Mat Rempit bila dia tengok citer Flinstone dan terjumpa gambar ni kat internet :
Gaya Rempit Orang Asli
Aduyai,bak kata Abang Bil.Mudah terikut betul la si Mamat ni.Lepas dah aktif merempit hampir 3 tahun,si mamat makin ketagih merempit.Sebab-sebab lain Si Mamat suka merempit adalah :
Boleh tunjuk eksyen dan berlagak pandai!!Susah tu,belajar pun tak berapa pandai,jadi inilah gelanggang Mamat nak tunjukkan kepandaian dan kehebatannya.
Boleh berlumba haram.Nak berlumba secara halal mahal dan susah.Inilah gelanggangnya si Mamat tunjukkan bakat terpendam
Boleh bonceng awek rempit@Bohsia ke sana ke mari.Aduhai,bohsia pun bohsia la bak kata Mamat.Janji ada awekss.
Namun,selepas kemalangan ngeri yang menimpa rakan Mamat ketika berlumba dan rakan-rakannya ditangkap kerana mencuri motosikal,Mamat telah insaf.Dia sudah berubah dan tidak menjadi mat rempit lagi.Bukan itu sahaja,motosikal yang digunakannya untuk merempit turut dia dermakan kepada :
Persatuan Bermotosikal Orang Utan Malaysia
Kini, Mamat sudah mendapat kerja baru.Walaupun gajinya tak seberapa,namun Mamat bersyukur kerana rezeki yang dicarinya rezeki yang halal.Kini mamat terkenal ke seluruh kampung,namun orang-orang kampung tidak lagi memanggilnya Mat Rempit,sekarang Mamat digelar :
Mat Rumput
P/s :Cerita di atas tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Cerita ini hanyalah berdasarkan imaginasi ku .








