Showing posts with label radio televisyen malaysia. Show all posts
Showing posts with label radio televisyen malaysia. Show all posts

August 26, 2010

Mengapa RTM Perlu Memperbaiki Kelemahan?

RTM Perlu Memperbaiki Kelemahan untuk terus Relevan di Persada Penyiaran Malaysia

Terbaca kisah " RTM must overcome weaknesses, become more relevant " dan betul seperti kata Datuk Ibrahim Yahaya yang RTM perlu memperbaiki kelemahan. Umm, saya sudah teguri di entry/Contest  yang saya sertai sebelum ini iaitu " Kenangan Saya Bersama RTM" dan saya juga mengambil sikap proaktif dengan mengemailkan kepada RTM namun ianya bagaikan masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Usahkan respons positif, e-mail saya pun tak berbalas . Oklah, saya tekankan sekali lagi, inilah Pendapat Saya Untuk Memperbaiki mutu RTM :

1) Satu slot dapat dibuka untuk penonton memberikan pendapat dan pandangan misalnya di Facebook Fan, twitter, e-mail dan banyak lagi bagi memperbaiki dan berkongsi pendapat. Kalau inginkan peningkatan, mestilah tanya penonton kan?

2)Slot-slot dan cerita yang lebih menarik di RTM. Dalam pandangan saya, kartun-kartun lama yang best seperti saya nyatakan di atas, disiarkan semula disamping cerita yang lebih mesra dan menarik hati penonton. Saya ingin sangat nak tengok Keris Hitam Bersepuh Emas ditayangkan semula.

3)Laman web http://www.rtm.gov.my dapat diperbaiki. Sekali tengok ,nampak macam kurang profesional ,tidak begitu up todate, tulisan yang kecil ,gambar-gambar yang kurang menarik, membosankan, dan sekali singgah tidak mahu singgah lagi. Mungkin boleh tengok website TV3, http://www.tv3.com.my , perbezaan kualiti laman web bagaikan langit dengan bumi. No wonder, TV3 semakin utuh di persada Malaysia dengan pelbagai inisiatif baru dilancarkan.

4)Lebihkan promosi dan buat survey macam Merdeka Survey jadi feedback secara dekat dapat diperolehi.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang RTM?

April 11, 2010

Kenangan Saya Bersama RTM


Radio Televisyen Malaysia

Apakah KenangAn Saya Bersama RTM ya? Oh ya, sebelum tu, Siapa yang tak kenal RTM sila angkat tangan ? Inilah Radio Televisyen Malaysia milik Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sebelum saya memulakan segmen kenangan saya, serangkap pantun sebagai pembuka kata :

Radio Televisyen Malaysia banyak berjasa
Kepada artis dan penonton setia
Kenangan manis dan pahit bersama si dia
Itulah RTM akan ku mulakan cerita

Inilah kenangan saya :


1) P. Ramlee dan Sudirman

Setiap kali ada filem P. Ramlee di RTM, memang aku akan tonton jika berkesempatan. Cerita-cerita P. Ramlee memang best dan menusuk kalbu seperti Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapuk, Labu Labi dan banyak lagi. Tak lupa juga Sudirman, masa kecil bila tengok filem Kami, aku menitikkan air mata kesedihan.Cukup syahdu dan  menyentuh jiwa.

2) Filem Hindustan

Hak3, aku ni dulu peminat cerita hindustan. Sekarang masih minat cuma kurang berpeluang menonton. Rasanya setiap hari Jumaat atau Sabtu waktu petang, aku dan ibuku memang akan menonton cerita hindustan. Masa tu lakonan hero seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan dan banyak lagi.Syahdu dan layang jiwang je. 

3) Kartun-Kartun Yang Best

Zaman budak-budak memang tak dapat melupakan cerita kartun yang sangatlah best seperti Suria Baja Hitam, Gaban, Thurdercat, Flashman, Maskman, Doraemon, dan juga Dash Yankuro. Sampai skang masih tak boleh lupakan tagline dan irama lagi seperti 'Thunder,thunder,thundercat', 'Atoni to ni ciwa,ang ang ,ang..doraemon dan juga 'Gaban Z potong 2' .Kalau maskman pula sampai sekarang tertanya-tanya kenapa asyik Maskman merah je yang kalahkan musuh? RTM boleh tolong jawabkan?

Cukupla dulu. banyak lagi kenangan  sebenarnya tapi masa mencemburui saya.Sekarang sudah pukul 930 malam. Hik3. Kenangan sedih/kecewa pula bersama RTM pula adalah :

1)RTM bukan lagi saluran No. 1 ku

Lebih-lebih lagi bila kemunculan ASTRO. Kalau buka tv, mesti buka TV3 dulu. Pastu kalau tiada cerita best di tv3, buka AXN 701, 104,105,107, 708,711,812,813 dan bila takde cerita dah barulah buka RTM iaitu TV1 dan TV2. Radio lagila,mesti HOT FM yang dibuka sepanjang memandu.Radio apa siaran RTM pun aku masih tak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

2) RTM macam sudah hilang serinya
HOnestly, cerita last yang aku tengok di RTM adalah National Geographic, semalam layan Walking Tall tak sampai setengah jam, Si Capik dan Gerak Khas. Entah kenapa, rasanya cerita di RTM semakin hari semakin kurang menyengat dan jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan tv lain terutamanya TV3. Kenapa ianya terjadi? Rasanya RTM dapat hak penyiaran World Cup namun Astro pun dapat juga rasanya ditambah dengan Astro B.yond, sudah pasti ramai yang akan tonton Astro.

3)RTM kurang promosi dan bagaikan hidup segan mati tak mahu
Saya bukannya mahu mengutuk, namun ini ikhlas dari hati saya. Sekiranya RTM terus begini tanpa pembaharuan yang membina dan menarik, semakin lama RTM akan hilang dari hati penonton terutamanya generasi baru. Kalau tanya anak buah saya, channel mana yang paling suka? Sudah pasti jawapan 611, TV3 dan RTM tiada dalam senarai mereka. 

Cukupla dulu, kan marah dan kena saman aku dengan RTM. Cakap lebih-lebih pula. Namun, aku mengomen untuk pembaharuan dan supaya mutu RTM dipertingkatkan. Aku sayangkan lagi RTM, teringat cerita Gila-Gila Remaja di RTM, drama bersiri Keris Hitam bersepuh Emas dan sebagainya.

Tak lupa juga, inilah cadanganku untuk RTM :

Pendapat

1) Satu slot dapat dibuka untuk penonton memberikan pendapat dan pandangan misalnya di Facebook Fan, twitter, e-mail dan banyak lagi bagi memperbaiki dan berkongsi pendapat. Kalau inginkan peningkatan, mestilah tanya penonton kan?

2)Slot-slot dan cerita yang lebih menarik di RTM. Dalam pandangan saya, kartun-kartun lama yang best seperti saya nyatakan di atas, disiarkan semula disamping cerita yang lebih mesra dan menarik hati penonton. Saya ingin sangat nak tengok Keris Hitam Bersepuh Emas  ditayangkan semula.

3)Laman web http://www.rtm.gov.my  dapat diperbaiki. Sekali tengok ,nampak macam kurang profesional ,tidak begitu up todate, tulisan yang kecil ,gambar-gambar yang kurang menarik, membosankan, dan sekali singgah tidak mahu singgah lagi. Mungkin boleh tengok website TV3, http://www.tv3.com.my  , perbezaan kualiti laman web bagaikan langit dengan bumi. No wonder, TV3 semakin utuh di persada Malaysia dengan pelbagai inisiatif baru dilancarkan.

4)Lebihkan promosi dan buat survey macam Merdeka Survey jadi feedback secara dekat dapat diperolehi. 

Cukup dulu, last but not least serangkap pantun buat RTM :

RTM semakin hilang seri
Namun masih belum terlambat lagi
Perbaiki mutu  dan dapatkan pandangan pelbagai golongan dan kategori
Agar RTM terus gah di persada penyiaran Malaysia dan terus diingati

"Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan programSorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!" (Sudah terlepas dah, ada sesiapa yang pergi tak? Amcam, best? )

Entry ini ditulis untuk Contest :

Kenangan Saya Bersama RTM yang dianjurkan oleh JARD

P/s : Apa pandangan anda tentang RTM pula? Tentu ada yang ingin dikongsi sekali kan?
Related Posts with Thumbnails